PKR TUBUHKAN LAGI PARTI LAIN!!!


By: Norman

1. Teman saya bertanya, bukankah parti Keadilan tidak memilih bulu (kaum) untuk perlantikan Presiden atau jawatan dalam parti tersebut. Saya kata bohong, Keadilan tahu, jika berlaku perubahan kuasa, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pasti akan memilih Perdana Menteri di kalangan orang Melayu.

2. Jika tidak semua pihak di kalangan orang Melayu akan menentang dan pastinya kemenangan PR akan bersifat sementara (ahli parlimen lompat parti) atau tidak mendapat perkenan atau PAS sendiri akan menentang perlantikan itu sendiri. UMNO akan tersenyum lebar.

3. Jadi teman saya bertanya bagaimana? Saya jelaskan mekanismenya lebih kurang begini. Keadilan mesti tubuhkan dua parti di bawah nama, Contoh: Parti Keadilan Rakyat Cina SeMalaysia (PKRCS) dan Parti Keadilan Rakyat India SeMalaysia (PKRIS). Kedua-dua ini seperti di dalam perniagaan merupakan anak syarikat kepada Parti Keadilan Malaysia.

4. Ia lebih memudahkan PKR sendiri dalam menjalankan kempen mereka untuk meraih lebih banyak pengundi atas pagar untuk menjadi ahli PKR. Saya katakan PKRCS ditubuhkan dengan struktur organisasinya sendiri seperti ini: Sebagai contoh sahaja

PKRCS


Dato' Chua Tian Chua Wee Choo Keong Elizabeth Wong Lee Boon Chye

Presiden: Dato' Chua Jui Meng
Tim Presiden: Tian Chua
Naib Presiden: Wee Choo Keong
Naib Presiden: Elizabeth Wong
Naib Presiden: William Leong
Setiausaha Agung: Lee Boon Chye

PKRIS


R. Sivarasa Dr Jeyakumar Xavier J. Manikavasagam Gobalakrishnan Ravi

Presiden: R. Sivarasa
Tim Presiden: Dr Michael Jeyakumar Devaraj
Naib Presiden: N. Gobalakrishnan
Naib Presiden: Xavier Jeyakumar
Naib Presiden: Manikavasagam Sundaram
Setiausaha Agung: Ravi A/L Munusamy

5. Tujuannya sangat mudah, pengundi mengikut kaum akan lebih memahami konsep perjuangan menerusi agihan kerja daripada parti-parti ditubuhkan tadi. Sekaligus menyenangkan Keadilan mengenai keinginan rakyat berbilang kaum selain memantapkan parti Keadilan yang kini lebih diterima oleh kaum India, Bumiputra (Sabah/Sarawak) dan kaum-kaum lain.

6. Pengagihan tugas ini mampu untuk memperkasakan lagi parti Keadilan untuk menjadi sebuah parti terbesar di negara ini. Dalam kempen mereka juga ia akan menjadi lebih mudah jika pemimpin Keadilan Cina untuk berbicara dengan penyokong berbangsa Cina. Begitu juga dengan kaum India.

7. Pastinya kedua-dua presiden parti ini akan menjadi Menteri Penuh andaikata PR menang di dalam pilihanraya nanti. Sekaligus membuatkan orang Melayu lebih berminat untuk menyertai parti Keadilan kerana mereka yakin parti ini tetap mengutamakan bangsa Melayu dalam perlembagaan parti dan perlembagaan negara.

8. Ia juga akan membantu PAS dalam keadaan pengundi Melayu yang mempunyai fahaman yang berbeza. Kita mesti ingat ada ramai pengundi Melayu terbahagi kepada beberapa golongan.

a) Bencikan UMNO tetapi kefahaman Islamnya kurang. Mungkin kerana ketika ini isu lebih memihak PR, mereka memilih PR menerusi parti Keadilan.

b) Ada orang Melayu yang tidak kuat pegangan agama dan malu untuk menyertai PAS, akhirnya mereka tidak berparti kerana jika menyertai Keadilan pula, mereka bimbang mengenai nasib orang Melayu di dalam parti tersebut.

c) Orang Melayu yang tidak mahu menyertai Keadilan kerana bimbang andaikata suatu hari nanti Anwar tiada, siapakah yang akan menerajui parti. Mungkin Datuk Chua atau Sivarasa akan menjadi Presiden mereka.

d) Ada orang Melayu yang masih meragui atau bimbang andaikata PR memerintah adakah Keadilan akan memutuskan untuk melaksanakan hukum hudud dan sebagainya. Jika benar bolehkah Parti Keadilan yang diwakili pelbagai bangsa menerimanya.

e) Ada orang Melayu memilih Keadilan kerana mereka mahu parti ini menjadi check and balance di antara PAS dan DAP.

8. Jadi jika berlaku perkara-perkara seperti disebutkan di atas, PKR boleh bertindak sebagai pendamai yang lebih selamat. Datuk Chua pasti akan memberikan lebih sedikit perhatian kepada kaumnya. Itu tidak salah dan mana-mana parti pun begitu. Jika Datuk Chua di dalam parti Keadilan seperti sekarang, sukar untuk beliau bertindak demikian.

9. Datuk Chua mesti mengutamakan dasar parti yang dipimpin oleh pemimpin Melayu. Tetapi jika Datuk Chua di bawah partinya sendiri, beliau boleh membawa isu tersebut kepada PKR sebagai agenda 'Keadilan' (parti induk) umpama BN apabila parti komponen akan merujuk kepada UMNO.

10. Dalam masa yang sama, saranan saya untuk DS Wan Azizah mengundurkan diri kerana di dalam konsep perkongsian perniagaan mahupun parti, ia akan membawa kehancuran kepada perniagaan mahupun parti tersebut.

11. Contohnya jika ada rakan kongsi atau ahli menegur Presiden, pastinya suami akan terasa. Di rumah perbincangan di dalam bilik akan berlangsung. Untuk menjaga hati isteri, sang suami akan bersikap prejudis.

12. Jadi ahli parti akan merasakan parti yang mereka perjuangkan bersifat parti milik keluarga. Mereka akan berasa segan dan malu untuk menegur Presiden walaupun untuk kebaikan parti. Rakan kongsi perniagaan pula merasakan dia sukar mengutarakan idea jika si isteri tidak bersetuju dan tentu akan mempengaruhi suami untuk menyokongnya.

13. Jadi fikir-fikirkanlah. Masih ada masa untuk DS Anwar memikirkannya.

2 comments:

ex lebai pkr said...

ha ha ha mmg klakar, naper...dah semakin faham apa kedudukan org melayu dlm pkr ?! kat tempat aku, dah ramai melayu pkr yg panas buntut pasal org cina dan india mula berlumba2 nak ambik jawatan ketua bahagian dll dari org melayu. ada yg sanggup tukar tempat pasal depa tau,depa boleh dpt undi majoriti utk jawatan2 itu. percayalah cakap aku, pakatan korang ni takkan kemana...hanya menjadi pemecah undi melayu shj. fikir2kan.

Anonymous said...

hahaha..betul tu..nak masuk pas...hmmm...sama mcm umno jugak. Baik masuk DAP...

My POST