By. Norman
1. Bila terbaca cerita ini ia bukan sesuatu yang mengejutkan saya. Jika ia berlaku di dalam PKR, saya anggap ia perkara biasa kerana banyak saudara-mara UMNO di dalam parti itu. Baunya tidak hilang lagi, maklumlah masih baru.
2. Mengapa ia terjadi? Ini kerana apabila mereka telah lama berada di dalam UMNO, sifat material dan ego sudah hampir berkarat di otak mereka. Jika susah sikit, ditekan dan ditegur pasti berlaku perletakkan jawatan atau lebih teruk lagi keluar parti.
3. Terjadi perkara seperti ini kerana tiada ruginya mereka tinggalkan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat tidak menjanjikan kemewahan untuk mereka terus kekal di situ. Jadi apabila mereka tinggalkan parti, mereka tak rasa rugi. Itulah pemimpin yang kita geruni. Kita gerun bukan kerana kelantangannya tetapi kerana kemungkarannya.
4. Jadi andaikata selepas ini keluar berita YB Zulkifli meninggalkan parti, kita jangan hairan langsung. Di dalam dunia kewartawanan ia adalah cerita biasa seperti kisah seekor anjing mati dilanggar kereta. Selalunya pengarang akan campak artikel tersebut ke dalam bakul sampah atau di zaman sekarang ini hanya tekan 'delete'.
Di bawah adalah berita mengenai Datuk Salehuddin Hashim meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR.- Sumber Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Salehuddin Hashim hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.
Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.
"Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain yang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya," katanya kepada Bernama di sini.
Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.
Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.
Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.
1 comment:
Setiausaha agung PKR letak jawatan
Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.
Dah nak semakin hanyut parti PKR ni...mintak simpang tak berjangkit ke PAS.
Jawatan S/U AGUNG...besar ni jawatan tu
YANG NI LAGI TAK MENGEJUTKAN...
Ketua UMUM PKR DS Anwar Ibrahim dah mengaku dalam Facebook yang dia adalah THE FUTURE PRIME MINISTER OF MALAYSIA (dalam Penerbitan Herald disebut BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA)...
Hebat sungguh PKR, mengalahkan PAS.
Post a Comment