BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...PART 2


1. Niat di hati ingin berjumpa sendiri Datuk Seri Nizar tetapi memandangkan kesibukkan ketika ini, rasanya sukar untuk bertemu. Bagaimanapun sedikit formula ingin saya sampaikan kepada Datuk Seri Nizar mengenai persiapan pilihanraya ini jika benar ia berlaku. Namun jika dapat, ada beberapa perkara saya akan emailkan sendiri kepada Datuk Seri Nizar yang saya anggap ia sesuatu yang sulit.


2. Perkara yang paling penting semua jentera parti mestilah menggerakkan pasukan masing-masing. Pertama kumpulkan kesemua bloggers Perak untuk berkongsi maklumat dengan mereka. Bloggers juga mempunyai maklumat tersendiri dan mempunyai pengaruh yang besar. Berbincang dari segi strategi yang ingin dibuat.



3. Di dalam pertemuan tersebut, Nizar mestilah melantik bloggers sebagai satu unit yang dikenali sebagai Unit Penerangan Khas Perak, semasa kempen pilihanraya. Ia diketuai oleh 'team Nizar' sendiri bersama wakil dari PKR dan DAP. Bloggers mestilah terdiri dari pelbagai kaum untuk memudahkan kesemua kaum mendapat maklumat terkini.



4. Kedua wakil rakyat PAS, DAP dan PKR mestilah duduk semeja untuk membentangkan masalah di tempat masing-masing. Jika jentera tidak cukup, laporkan segera agar Nizar (sebagai Pengerusi PR Perak) boleh meminta bantuan dari PR pusat tentang kekurangan yang diperlukan.



5. Ketiga, Nizar dan Ngeh mestilah meminta PKR menghantar wakil terkuat mereka untuk menjadikan PR Perak hebat dari segi sepakatan. Ketiga-tiga parti mestilah memaklumkan kepada akhbar milik masing-masing mengenai aktiviti bersepadu ketiga-tiga parti politik terbabit.



6. Dana pilihanraya yang secukupnya diperlukan. Dana dari PR pusat mestilah mencukupi untuk kos kempen pilihanraya kali ini. Samada untuk sewa khemah, makan minum jentera parti, kos bendera, poster dan lain-lain.



7. Dana khas? Mulakan kempen pilihanraya menerusi ceramah dan sebagainya untuk mengutip derma bagi dana khas pilihanraya dari setiap ahli dan penyokong PR sekurang-kurangnya RM 10 seorang. Andaikata PR mempunyai 200 ribu ahli (PAS/DAP/PKR), bermakna dana khas ini akan bernilai RM 2 juta.



8. Apa yang mahu dilakukan dengan dana ini? Satu langkah yang paling berkesan di mana di sinilah kekurangan PR sejak dari dulu ialah dengan mewujudkan sebuah CD atau DVD khas untuk diserahkan kepada pengundi atas pagar.



9. CD ini berkonsepkan dokumentari di mana Nizar, Ngeh dan Anwar Ibrahim sebagai wakil PKR akan menjadi pemidato (pengulas) mengenai senario politik di Perak dan isu Nasional. Di mana di dalam CD tersebut akan disiarkan klip video mengenai tragedi-tragedi berlakunya kekejaman polis terhadap rakyat sepertimana berlaku di Kuala Kangsar, Perak, sidang DUN di Perak, peristiwa di mahkamah dan salah laku pemimpin BN.



10. Selain itu dimuatkan misi PR apabila berjaya memerintah negara suatu hari nanti. Dengan mutu rakaman, suntingan dan visual yang menarik, CD untuk tempoh 1 jam ini pastinya akan menarik minat dan memudahkan rakyat atau pengundi atas pagar ini memahami agenda perjuangan PR.



11. Ingat! Gunakan sebaik-baiknya CD tersebut agar ia mendapat impak secukupnya dengan segala maklumat lengkap bersama fakta untuk diserahkan kepada pengundi atas pagar. Diselitkan judul sarikata di dalam bahasa Cina dan India.



12. Mungkin ada yang bertanya berapa jumlah dan kos penerbitan tersebut? Dalam perkiraan saya begini. Kos penerbitan(suntingan, rakaman dan lain-lain) melibatkan kos sebanyak RM 70 ribu. Kos sekeping CD atau DVD hanyalah sekitar RM 3 serta cover yang menarik. Dengan nilai RM 3 CD itu mampu dicetak sebanyak 666,666 keping (lebih kurang) selepas ditolak kos penerbitan.



13. Jumlah tersebut sudah cukup untuk diberikan kepada pengundi atas pagar atau orang-orang tua di kampung yang berat ingin membaca akhbar PR atau pergi mendengar ceramah. Saya masih ingat Al-Arqam menggunakan strategi menjual akhbar untuk berdakwah. Ia dilihat lebih positif daripada konsep Tabligh yang pergi ke rumah untuk mengajak penghuni rumah ke masjid.



14. Pendekatan memberikan CD secara percuma ini akan memberikan kebebasan kepada pengundi atas pagar untuk menilai kepimpinan PR. Fikirkan betul-betul mengenainya dan percayalah ia akan memberikan impak yang besar kepada pengundi? Selamat berjaya..salam perjuangan untuk anak-anak Perak dari saya nun jauh di sana.


By: Norman

No comments:

My POST