"Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman. Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi kepangkuan rakyat."

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
12 Syawal 1430

DI HUJUNG TAHUN

11:50 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (0)

25.11.2009

Sibuk atau buat-buat sibuk? Biasalah hujung tahun, banyak yang nak kena 'clear'kan task sampaikan tak sempat nak menulis di blog. Projek restoran di Kota Kinabalu, Insyaallah target dicapai. Projek di TLDM lumut, Insyaallah mana yg tahun ini semua dapat diselesaikan.

Projek untuk tahun hadapan, tengah duk kaji, nak buat tak nak? ikut hati nak rehat sebulan dua boleh aktif 'five'kan blog yg lama terperap.

Gua rindu kat Hj Nizar, gua syahdu kat TG Nik Aziz. May God bless both of U!
Ureka, insyallah gua kembali ke persada. Buat rakan semua esp. PE team selamat membicarakan kebenaran, gua tetap jadi pembaca setia.

RM2 FOR TUAN GURU!

11:25 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (5)

Sumber: MSK, PerakExpress.

Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.

*OM: Panjang-panjangkan kepada yang ikhlas utk turut serta. Ikuti di : RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah

Labels: , ,

BANTAHAN INDUSTRI KELULI @ MANJUNG

10:23 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (0)

BANTAHAN AWAM BERKAITAN CADANGAN PROJEK INDUSTRI KELULI DI ZON PELANCONGAN TELUK RUBIAH/ TELUK BATIK


SUMBER : N51 PASIR PANJANG


Orang-orang awam yang mempunyai kepentingan untuk membantah rancangan pembinaan industri keluli di zon pelancongan Teluk Rubiah/ Teluk Batik, bolehlah membuat bantahan awam dengan menggunakan borang bantahan yang boleh didapati di Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung. Tarikh tutup bantahan ini ialah pada12 November 2009 (khamis).



Kenapa kita membantah????


. Industri keluli boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.


. Menjejaskan pendapatan dan pergerakan nelayan-nelayan pantai untuk mencari ikan sebagai sumber pendapatan.


. Menutup dan mengurangkan aktiviti-aktiviti pelancongan khususnya tempat riadhah di tepi pantai yang cantik dan indah.


. Tidak sesuai dengan suasana persekitaran sebagai kawasan industri.


*OM : Jangan terjadi seperti Projek Kolam Udang di sekitar Tanjung Kepah persisiran pantai Lekir, bakau dicantas, kolam digali, akhirnya ia mencemarkan keaadaan, kroni BN dapat untungnya, penduduk 'terduduk'.


Ribut yang sebelum ini dipecahkan bakau, ikan-ikan bermain tepian pantai, kini tiada lagi. Nelayan miskin terpaksa ke 'tengah' laut mencari sesuap nasi untuk keluarganya, ribut pula datang memusnahkan teratak buruk si miskin.


Sesal, dan kini penanaman semula bakau dilakukan. Jadikan ia pengajaran.

Manjung telah dan sedang dicemarkan, bakau di venice of perak semakin dikikis, pulau buatan manusia si marina island melimpahkan air laut ke rumah nelayan, asap dan debu arang di janakuasa manjung mencemarkan udara, kesihatan pekerja terjejas.


Majlis Perbandaran Manjung kini menswastakan kutipan sampah untuk penduduk manjung, pekerja dan pelanggan tidak lagi dijamin kebersihannya!


Akan menyusul :

1. Bantahan Pekerja Am MPM terhadap penswastaan pegurusan sisa pepejal & pembersihan kepada Syarikat Environment IDAMAN SDN BHD.

2.Gambar sekitar bakau ditarah untuk pembangunan kawasan Venice of Perak, Desa Manjung Raya.

3. Marina Island pulau buatan yg terindah di Malaysia memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar dan nelayan.


Labels: ,

PARTI ISLAM SATU MALAYSIA (PAS)

11:37 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (8)

Indahnya Malaysia jika pemimpin seperti Nizar itu Presiden Parti Islam SeMalaysia.
Namun, PAS tetap mempertahankan manusia seperti 'si dia' yang tidak berdaya kuat seperti manusia macam Nizar yang diasak segenap penjuru, namun rakyat tetap bersamanya.

Ilmu agama 'si dia' memang tinggi dan ditauliahkan, orang macam Nizar mungkin tidak seperti 'si dia', silap haribulan kalau tazkirah di Selangor boleh kena tangkap dengan JAIS tapi manusia semacam Nizar upaya membina 'rumah' untuk semua rakyat termasuk bangsa Umno Miskin bukan shaja 'rumah' orang PAS.

Si Miskin UMNO pun kini bersama manusia bernama Nizar. Tapi tiada pula rundingan untuk bermesra dengan Umno, sorry beb!!

Nizar for Pakatan Rakyat, Nizar for Rakyat,
Nizar for All,

PAS FOR ALL !?!?
TIDAK, PAS untuk Ahli PAS sahaja.
YA, PAS untuk Semua Ahli PAS.

Semoga PAS terus perjuangkan hak semua rakyat bukan sahaja hak ahli PAS di Perak.Terimalah kenyataan yang kini PAS perlu 'suntikan perubahan' demi rakyat yang menaruh harapan kepada PAS di dalam Pakatan Rakyat. Buang sifat 'umno' di dalam PAS. Ramaikan NIZAR di dalam PAS.

PERGI JAHANAM UMNO!!

Labels:

ROH KEBANGSAAN DI DALAM PAS

10:53 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (5)


02.11.2009
Di Perak, Adun Pasir Panjang, DS Nizar jenuh dalam tazkirahnya menyedarkan umat Islam bahayanya perjuangan bangsa. Kemana sahaja serata surau-surau dan masjid-masjid yang mengundang DS Nizar untuk bertazkirah, pasti DS Nizar menyentuh dan menekankan agar umat Islam meninggalkan perjuangan kebangsaan. Nada yang tinggi penuh semangat itu ditujukan kepada ahli bawahan dan rakyat khasnya.

Namun, sayang seribu kali apabila di dalam PAS itu sendiri ada pemimpin-pemimpin yang diselaputi roh kebangsaan ingin menjayakan 'kerajaan perpaduan' bersama Organisasi Kebangsaan Melayu Bersatu demi MELAYU & ISLAM. Rahsia yang sudah tidak menjadi rahsia memakan diri sendiri. Suara-suara ini masih cuba menutup 'perpaduan' yang ditentang oleh penyokong PAS samada di luar parti atau di dalam parti itu sendiri. Adakah 'putar belit' ini benar-benar jujur & ikhlas atau semata-mata demi kedudukan di dalam politik kepartian? Yang pastinya, mana ada 'putar belit' itu ikhlas & jujur!

Rakyat melihat, tiada gunanya lagi PAS jika ingin bersama UMNO. Perjuangan menentang UMNO tidak diharapkan kepada PAS lagi jika masih cenderung untuk tidur sebantal dengan UMNO. Tuan Guru Nik Aziz telah mengesan 'roh-roh kebangsaan' di dalam pimpinan PAS, lalu bangkit menentang sekeras-kerasnya! Pergi Jahanamlah UMNO! Namun, politik roh kebangsaan masih berlegar di dalam jamaah PAS yang telah dikesan lamanya dan dinafi-nafikan demi kuasa politik.

Dalam keadaan politik di Perak sudah pasti suasana ini melemahkan semangat jentera di dalam Pakatan Rakyat (PR), segelintir sudah pun meninggalkan PR. Namun, DS Nizar selaku pengerusi Pakatan Rakyat Perak tidak dilihat sebagai pemimpin PAS, rakyat menyokongnya kerana beliau adalah pemimpin rakyat untuk semua bangsa yang tidak menegakkan kalimah kebangsaan. Akan tetapi, komitmennya bersama PR akan musnah jika PAS tidak berubah.

DAP yang dulunya sukar untuk bersama PAS tapi kini di Perak ia lebih mesra dan mula mendengar ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan. UMNO masih tidak mahu dengar, kenapa perlu kita memaksa diri supaya UMNO mendengarnya? Alangkah bagusnya PAS terus mengukuhkan perjuangannya dengan memahamkan orang bukan Islam selagi mereka mahu mendengarnya. Gunakanlah ruang ini sebaik-baiknya dalam mendakwahkan rakyat. Pakatan ini tidak harus dikianati kerana ia pilihan rakyat, maka janganlah kianati rakyat yang memilih PAS untuk bersama-sama menjatuhkan UMNO.

Walaubagaimanapun PAS tetap menjadi perhatian kerana masih ramai yang sayangkannya. Dalam UMNO sedang membina kekuatan kebangsaannya, janganlah pula PAS terjerumus ke dalam perangkapnya yang telah memberi pengajaran sebelum ini. Biarkanlah 'roh-roh kebangsaan' itu menjadi ahli UMNO dari duduk di dalam PAS. Jauhkan 'roh-roh kebangsaan' dalam PAS, jika perlu dibuang, bertindaklah secara sihat! Buang yang keruh, ambil yang jernih! Rakyat akan terus dan kembali bersama PAS untuk menentang UMNO.

PERGI JAHANAMLAH UMNO!

Labels:

CELARU!!

11:06 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (3)


29.10.2009

Cukuplah Zambry me'ngeri'kan gua, Pakatan Rakyat bertindaklah!!

PAKATAN RAKYAT vs BARISAN NASIONAL

Parti-parti di dalam Pakatan Rakyat(PR) harus berani melakukan perubahan, ia juga antara faktor PR menjadi pilihan rakyat demi perubahan! Rakyat meluat malah benci kepada Barisan Nasional(BN)umumnya dan Umno (khasnya)kerana tiada perubahan! Rasuah tetap rasuah, pemimpin berebut kuasa didalam parti walaupun tidak menepati citarasa rakyat yang majoritinya tidak berparti .

RAKYAT vs AHLI POLITIK

Orang diluar parti seperti gua mahukan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan PAS terutamanya dikukuhkan untuk menentang Umno, bukan bersetubuh dengan Umno. Jatuhnya Umno, jatuhlah jua BN. Bukan bermakna PAS hanya menunggu kejatuhan Umno secara 'automatik', usahakanlah perancangan 'hajat-hajat' rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan yang benar-benar utuh dan menjamin kepentingan rakyat.

Rakyat mahu ahli-ahli politik menggunakan landasan politik untuk menjadi Pemimpin rakyat memenuhi kehendak rakyat. Hukumlah mereka yang tidak menepati spesifikasi kehendak rakyat!

PAS vs UMNO

"PAS for All", kini nyata hanya slogan semata-mata jika tidak ada perubahan. PAS bukan sahaja bakal kehilangan sokongan kaum India, Cina dan Melayu malah ada juga ahli-ahli PAS turut meninggalkan PAS jika tiada tindakan atau susulan yang lebih telus. Gua bukan nak melemahkan PAS, tapi mahu melihat Pakatan Rakyat lebih baik dari BN.

PEMIMPIN vs BLOGGER

DS Nizar sendiri menyindir blogger di Perak terutamanya, kerana bagi DS Nizar 'kritikan' adalah perlu dan adalah enak bagi pemimpin berjiwa rakyat sepertinya untuk dinilaikan, bukan di'ampu' setinggi-tingginya sepertimana sesetengah blogger berfahaman politik parti. (Dialog UREKA 17.10.2009)

Kita bukan macam Umno!

Gua juga bukan blogger sepenuhmasa, tapi memberi ruang masa gua untuk mem'blog' yang tidak memberi keuntungan apapun pada gua, tapi saluran ini membenarkan gua untuk memberi apa yang tersirat dihati. Secara tidak langsung blog ini menyokong Pakatan rakyat.

Siapalah gua? dan gua hargai rakan bloggers yang lain samada berparti atau tidak, yang memberi kritikan, yang memberitakan, yang mengampu, yang merencanakan, yang menyanyi dalam penulisan yang tak seberapa ini, mem'blog' tentang aktiviti Program Pakatan Rakyat untuk tatapan rakyat, akan tetapi idealisme mereka diketepikan Pemimpin Parti.

BLOG COPYPASTE vs BLOG KEDEKUT TAHI HIDUNG MASIN

Dan selalunya, penulisan itu di'copypaste'kan di blog-blog serata dunia. Penulisan mengampu atau memberi keuntungan politik digunakan secukup-cukupnya oleh blog-blog parti politik, yang mengkritik dihentamnya tak ubah seperti Umno. Penyebarannya begitu meluas, tapi adakalanya blogger 'copypaste' samada sengaja atau tidak disengajakan memberi kredit atau menyembunyikan dari sumber asal.

Gua nak cakap lebih, nanti kata gua macam bagus, gua pun tak bagus mana. Orang nak baca-bacalah, janji kupasan dari hati gua dilepaskan. Ayat pun berterabur. Maka berlakulah, blogger cap "kedekut tahi hidung masin" dan "copypaste". Apabila penulisan itu tidak dihargai secara beretika, apatahlagi untuk menerima idealisme penulis itu. Bukan susahpun untuk memberi kredit kepada blog yang kita 'copypaste'kan!

Gua juga pernah melakukan kesilapan yang sama, isu ulasan mendiang teoh oleh allahyarham Yasmin yang di'copy' dr blog wartamaya dandikreditkan kpdnya, namun penulis asal adalah dari blog http://pulakdah.blogspot.com/menghubungi gua bahawa itu adalah penulisannya. Dia terkilan, bukan untuk mendapatkan nama tapi seolah-olah 'original posting'nya diciplak oleh lanun cetak rompak. Begitupun, gua simpati dan memperbetulkan keadaan kembali. Tujuan tetap satu, menaikkan pakatan rakyat.

Nasib gua dan rakan bloggers di Manjung tak kira berparti atau tidak, kami lebih bernasib baik. Bukan bermaksud kami ditaja atau diupah, akan tetapi DS Nizar tahu bagaimana menghargainya dan betapa pentingnya pengkritik-pengkritik seperti blogger "kedekut tahi hidung masin". Malah, YDP Kawasan Lumut sendiri menjemput bloger-blogger hingusan ini untuk merealisasikan Perjumpaan ulungkalinya PAS kawasan bersama Blogger. Dalam perjumpaan itu, YDP menimbulkan ideanya untuk mengukuhkan Bloggers sekitar Manjung dengan penyatuan secara teratur termasuklah untuk menjemput bloggers bukan melayu sekitar Manjung. Tidak ada label blogger PAS atau bukan PAS di Manjung!

Maka berlakulah perjumpaan tidak formal antara Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang, Hamidun, Pak Itam, Azam, warga OM, blogger cictHJHASANu, blogger ManjungMari dan Perakexpress team di Manjung sebelum pelancaran UREKA. Begitupun ia sekumpulan kecil, idea perubahan tetap dilakukan. Percanggahan pendapat membina kekuatan kita dengan mengambil jalan penyelesaian yang terbaik, begitu juga berlaku di UREKA.

Bolehlah gua katakan, belajarlah dengan YDP Lumut bagaimana beliau turut bersantai bersama warga OM di kedai kopi dan 'memikat' gua untuk mendengar pandangannya dalam usrah di surau Madah. Persoalan gua terjawab dihadapan ahli-ahli PAS Seri Manjung. Sekurang-kurangnya, YDP Lumut berjaya membuka ruang PAS Lumut dalam keterbukaan menerima pandangan orang diluar parti.

Pembaikan demi kemajuan. Namun, undi gua di DUN Pasir Panjang tetap untuk DS Nizar dan kata-kata TG Nik Aziz untuk perubahan tetap gua sokong!



Labels:

PERAK NGERI LAGI!

11:59 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (0)

28.10.2009


SUMBER : http://www.youtube.com/user/malaysiakini

OM: Perak sekali lagi menonjol dimata dunia, MB Haram Zambry yang belum pasti kemelayunya dan juak-juaknya terus merosakkan sistem demokrasi dan perundangan serta memperkudakan yang secara tidak langsung menjahanamkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia.

Terima Kasih kepada petugas dan bloggers yang melaporkan suasana NGERI ini untuk tatapan rakyat. Tahniah juga buat Adun-adun Pakatan Rakyat Perak yang masih bersemangat meneruskan misi Bubar Dun untuk dikembalikan kepada Rakyat membuat pilihan.

Teruskan mencapai hajat rakyat, lakukan perubahan dalam parti demi rakyat bukan demi kepentingan politik. Politik adalah landasan untuk berkhidmat untuk rakyat!

Labels: ,

PEMUDA PAKATAN RAKYAT PERAK LEMAH!

10:07 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (10)

25.10.2009

Manjung melakarkan sejarah sekali lagi dengan pelancaran Seketariat Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri beberapa pimpinan dan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak. Walaupun dihalang oleh pihak-pihak tertentu yang 'memperkudakan' anggota Polis dari sekecil pangkat hinggalah 'berpaku-paku' terpaksa dikerahkan untuk bekerja pada hari minggu, namun pelancaran dan konvoi pemuda tetap berjalan dengan jayanya. Misi tercapai namun sebaliknya membongkarkan 'kurang sambutan' mengikut pengamatan OM.

Sumber rapat yang warga OM terima, beberapa anggota Polis mula timbul rasa 'menyampah' dengan arahan 'politik' walaupun 'bungkusan makanan percuma' disediakan kepada mereka yang bertugas. Ini antara kelebihan kepada Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung ia memberi impak sendiri kepada Kerajaan Haram di Perak.

Bandar Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim yang telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut DiRaja Malaysia pada awal tahun ini oleh DYMM Sultan Perak, pada semalam hari ia seolah menjadi 'Bandar Polis DiRaja Malaysia' untuk 'menakut-nakutkan' pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat serta Rakyat marhaen.

Kehadiran Pemuda yang tidak 'ditaja' sepertimana program-program BN, secara puratanya tidak begitu memberansangkan mengikut perkiraan OM. Mungkin kerana berbagai sekatan jalan raya, 'tiada upahan' atau barangkali kelemahan pengurusan program ini antara punca kurang sambutan, maka hanya yang 'tegar' sahaja muncul di Pelancaran program ini. Begitupun, misi pada hari ini tetap berjalan dengan lancar tanpa 'acara kejar mengejar' mahupun semburan 'air gatal'.

Ternyata dalam himpunan yang bertaraf 'Pemuda Peringkat Negeri' ini, kehilangan Pemuda India, Pemuda Penyokong Pas dan dimanakah 'bunyi-bunyian' gendang yang dipalu oleh pemuda India Kelab Penyokong Pas di setiap kali PRK? Faktanya, bandar Lumut pada hari himpunan itu kehadiran Polis dan SB-SB lebih ramai dari Pemuda Pakatan Rakyat Peringkat Negeri Perak.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus menilai kembali! Apakah perkembangan ini ada kaitannya dengan permasalahan di dalam Pakatan Rakyat atau libasan di PRK bagan Pinang atau suara perubahan di dalam PAS atau perebutan kuasa dalam PKR Perak? Ini orang politik punya kerja dan hanya orang politik sahaja yang boleh jawab. Akan tetapi rakyat menilainya, suara-suara rakyat sudah pastinya mengatasi suara parti dan terpulanglah kepada pemimpin parti samada mahu menjadi jagoan parti atau jagoan kepada rakyat.

Persoalan kesediaan PR untuk menghadapi PRK jika berlakunya pembubaran DUN telah dijawab oleh DS Nizar sendiri, " Kami telah bersedia sejak 8 bulan yang lalu dari segi strategi dan percaturannya antara parti-parti Pakatan Rakyat".

Namun, adakah perancangan 8 bulan yang lalu masih boleh diterima pakai yang membolehkan rakyat memahami dan menerima mengikut situasi pada hari ini? Tidak jelas! Adakah ia mengambil perkiraan Rakyat atau ahli-ahli parti Politik? Relevankah dengan perkembangan terkini? Dimanakah manifesto PR perak yang telah didrafkan untuk tatap rakyat Perak yang tidak berparti untuk menilainya? Sekurang-kurangnya rakyat akan memberi 'feedback' mana yang tidak menepati citarasa rakyat, dan kesempatan inilah harus diambil oleh pemimpin rakyat untuk mengolahkannya dengan lebih 'mesra rakyat'.

Jika masih 'berpolitik', pengalaman telah mengajar Pakatan Rakyat, orang yang bermain politik akan ambil kesempatan ini, ketika inilah rakyat akan menilai samada pemimpin itu pemimpin politik atau pemimpin rakyat. Rakyat tahu pemimpin juga 'penat', tetapi jika pemimpin itu turun kepada rakyat pastinya rakyat menghargai komitmennya demi perubahan jika bukan untuk masa ini tapi untuk generasi akan datang. Perubahan akan berterusan.

Kita harus menerima realiti ini dan wajib bagi Pemimpin Pakatan Rakyat mengolahkannya untuk tidak menghampakan Rakyat Perak. Tidak gunanya PAS, PKR & DAP menggunakan istilah 'rakyat' dalam mewujudkan sebuah Pakatan jika tidak kembali kepada rakyat.

Labels: ,

Manjung dikepung!

6:39 PM / Posted by cicitHJHASSANu / comments (0)

24.10.09

Setiap laluan masuk ke Manjung@Lumut bermula dari malam tadi hingga saat ini masih dikawal ketat anggota polis sempena Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Program yang pada awalnya dirancang di Padang Astaka Sitiawan,telah diubah ke Tokong Kong Hock Keong Lumut, namun sekali lagi terpaksa diubah ke Markas Pas Batu 9 Lekir pada pagi tadi kerana halangan polis yang diperkuatkan dengan unit FRU. Maklumat dalaman memberitahu dipercayai ianya didalangi oleh MB Haram Zambry.

Walaupun dihalang, program ini telah berjaya dilancarkan Ds Ir Nizar Jamaludin dan beberapa pemimpin PR di Lekir di hadapan ratusan pemuda yang datang dari seluruh Negeri Perak.

Sebaik sahaja selesai pelancaran itu, berpuluh aktivis pemuda turun ke sekitar Parlimen Lumut untuk mengedar beberapa risalah berkaitan kepincangan politik di Perak khususnya isu Pembubaran Dun Perak.

Pada sebelah petang,program diteruskan ke Pulau Pangkor yang terpaksa berlepas dari jeti Lumut dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah dihalang semasa menaiki feri untuk ke sana.

Walaupun pada awalnya Speaker Sivakumar berjaya ke sana tanpa apa-apa halangan dari polis, namun kerana semangat untuk menjejak kaki ke kampung halaman Zambry, mereka berjaya juga melalui berbagai cara termasuk menaiki beberapa bot nelayan dari Teluk Muroh.

Syabas kepada mereka yang telah berjaya membantu majlis bersejarah ini.

Tahniah dan simpati juga kepada warga Manjung@Lumut kerana Bandar Lumut yang dinaik taraf daripada Bandar Pelancongan ke Bandar Maritim dan Tentera Laut, kini seterusnya pada hari ini bertukar lagi menjadi 'Bandar Polis Raja Di Malaysia'.

***selanjutnya akan bersama OM Man beserta gambar dan video kerana
beliau masih menjalankan tugas-tugas khas....

Cerita kaitan :

Suasana Terkini Jalanraya ke Lumut. (ManjungMari)
GAMBAR sekitar PELANCARAN SEKETERIAT PEMUDA PR (Batu Gajah Mari)
Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak (Manjung Center)

Edit by : blogmaster


Labels: ,

HIMPUNAN SEKITAR MANJUNG ESOK (24.10.2009)

9:56 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (0)

HIMPUNAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT


HIMPUNAN MUSLIMAT

GEGARKAN MANJUNG!! BUBAR DUN PERAK!!




Labels:

SUARA PERUBAHAN DALAM PAS

1:29 AM / Posted by Otai Manjung Man / comments (1)

Tuan Guru Nik Aziz sudah bersuara! Sebelum ini, ramai bloggers telah bersuara tapi tidak diendahkan, rakyat tidak didahulukan, parti diutamakan.

Bertindaklah untuk rakyat, dengarlah luahan majoriti pengundi yang tidak berparti, nilaikanlah luahan rakyat, inilah suara-suara yang memberi kemenangan.

Kami bekerja bukan untuk parti, bukan kerana nama tapi ingin 'mewujudkan' pemimpin rakyat bukan pemimpin parti untuk membela kehidupan rakyat bukan kehidupan parti!

Desakan dan tekanan antara faktor kemajuan untuk mara ke hadapan! Sudah masanya untuk perubahan. Jangan Syok sendiri beb!

Jika dulu kita mendesak bekas PM untuk berundur, mereka boleh lakukan, kenapa tidak kita yang lebih terbuka! Berundurlah secara terhormat demi rakyat sebelum rakyat berundur kepada pihak yang mahukan perubahan.

Labels:

GUA, POLITIK & MANJUNG

10:39 PM / Posted by Otai Manjung Man / comments (4)

20.10.2009.

Sebelum ini gua pernah dedahkan kehidupan gua di dalam blog ini, cuma kini gua cuba seringkaskan mungkin untuk menghidupkan kembali penulisan gua yang bukan dari latar belakang penulis. Ini untuk tatapan pembaca blog gua dan 'contributors' yang sukarela membantu gua menghangatkan blog OM. (Sila baca posting2 terdahulu).

Kronologi terciptanya blog ini pada mulanya hanya untuk memberitakan apa jua sekitar daerah Manjung, dan kebetulan keluarga gua cukup sinonim dengan politik UMNO hingga kini. Gua dilahirkan di Teluk Bakong, dan gua bangga kampung gua ada blog sepertimana yang hadir pada hari ini iaitu TBO, nak dijadikan cerita antaranya adalah rakan gua sepenuntut ketika di Ipoh. Lahir sahaja di TB, gua dibesarkan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar sehingga umur 6 tahun dan gua juga turut berbangga kerana 'founder' PERAKEXPRESS juga dari Kuala Kangsar. Dan kini di Manjung, bersepah Bloggers dan antara yg cukup terkenal adalah MANJUNGMARI.

Telah ditakdirkan, bonda gua yang seorang guru di sebuah sekolah di bkt candan (kini galeri raja azlan) dipindahkan ke sebuah sekolah kebangsaan Lumut, menetap di Taman Seri Manjung yang ketika itu tidak dikenali. Pembangunan menjadi pesat antara faktornya adalah penempatan Pangkalan TLDM yang terbesar di Malaysia. Ia menyumbangkan ekonomi terbesar di Perak hingga kini. Kos kebakaran KD Sri Inderapura baru2 ini lebih hebat dan tidak akan setanding jika berlaku kebakaran seluruh bangunan MBI. Ini gua akan dedahkan dalam 'posting2' yang akan datang, yang mana kebetulan juga kini punca rezeki gua yg cukup sinonim dengan 'peruntukan TLDM'.

Gua bersekolah di sebuah sekolah cina yang juga mewujudkan pemimpin seperti Chin Peng, dan beberapa pemimpin MCA mahupun DAP kini. Pada peringkat menengah atas, gua ditawarkan ke sebuah sekolah kejuruteraan di Ipoh yang mana turut melahirkan seorang Menteri Besar Rakyat yang terhebat pada masa ini di Perak yakni IR Hj Nizar Jamaluddin. Gua turut berbangga kerana secara kebetulan juga gua menuntut ilmu di tempat2 yang melahirkan pemimpin seperti Chin Peng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham. Chong Ko Ha dan IR Muhammad Nizar.

Selepas mendapat segulung kertas kelulusan bidang yag gua tuntut di Ipoh dan Shah Alam, gua bekerja dengan syarikat Jepun yang melabur di Sg Way, Selangor. Ketika itu berlaku gelombang reformasi, dan web-web seperti Mahazalim dsbnya menjadi rujukan gua. Gua turut dalam perhimpunan semburan samada asap mahupun limpahan air gatalan fru yang memburu reformis ketika itu.

Kehidupan di KL selama 4 tahun menjadikan gua bosan dengan kesesakan, kemudian gua ditawarkan oleh syarikat Jepun juga di Penang. Ketika itu tiada perhimpunan reformasi spt di KL, tapi gua turut hadir dalam ceramah-ceramah yang boleh dikatakan setiap minggu diadakan. Ketika itu blog bukan mainan, mailing list yang diwujudkan oleh sdr Monier yakni WARGAKILANG menjadi tempat luahan dan mendapatkan pemberitaan terkini. Hingga kini ia masih wujud dan kerja2 amal sdr Monier dan rakan2 masih diperjuangkan, yang miskin di hutan akan sentiasa menanti mereka.

Gua bukan penulis, malah gua diilimukan dengan bidang kejuruteraan mekanikal bukan 'kejuaraan politik'. Tapi hati nurani insan ini juga memberontak untuk meluahkan pandangan peribadi samada diterima pembaca atau tidak. Namun diri ini sentiasa mahu kehadapan, gua mahu menulis tapi gua bukan ada jurusan apa-apa bidang penulisan. Di Manjung, tak kurang hebatnya gua dapati blog ManjungMari memaparkan penulisan luahan peribadinya dan gua menjadi 'follower'nya. Mulanya gua hanya mengumpulkan semua blog dari Manjung untuk dijadikan rujukan gua, dan suatu hari di satu ceramah gua diperkenalkan dgn blogger ManjungMari, Sya-Reformis dan Anaz.

Terus-terang gua katakan, ketika 'Malam Cakap Rakyat' di Bagan Datoh, gua hadir bukan untuk melihat kesenian malam itu tapi untuk melihat siapa sebenarnya brader Mat Saman Kati (MSK). Namun secara tak langsung MSK mengajar gua erti kesenian dan kebudayaan yang diketepikan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan. UREKA menghentam orang2 seperti gua dan menyekolahkan gua. Jika gadis Jepun pun menganggap MSK sebagai bapa 'angkat', tidak salah juga jika gua katakan gua mahu jadikan MSK sebagai bapa mertua 'angkat'.

Mungkin kerana udara Kuala Kangsar membesarkan ramai penulis yang gua kagumi dan menjadi rujukan gua sebagai pembaca tegar, menguatkan gua untuk terus menulis mengikut acuan gua yang bukan penulis.

Faktanya, Manjung melahirkan pemimpin-pemimpin seperti Chin Peng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chong Ko Ha, Dr. Zambry dan secara tidak langsung mengangkat Ir Hj Nizar. Gua ambil kesempatan PEMIMPIN hebat ini untuk terus mengkritik mahupun memberansang mereka-mereka ini dan pengikut-pengikutnya termasuklah pengikut gua. Tidak heran sekiranya Manjung bakal menggantikan Ipoh sebagai Ibu Negeri Perak di masa akan datang jika gua menjadi MB perak?

Bersambung.

Labels:

I.S.A - Ikut Suka Aku...Kau kata!!

Meor & Nik..Black........