Apa Jadi Jika Umno Tewas

 Penulistamu OM: Norman
 BENARKAH PARTI INI AKAN BERKUBUR

Selepas saya mengulas andaikata Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya, seorang rakan Facebook (org Sabah) ptg tadi lepak minum ptg dan berbual dgn saya dan bertanya apa pula jadi kpd ahli UMNO. Tanyanya lagi, "Betul ke you rasa, Umno akn berkubur" (Yg bertanya ini adalah bekas Pemuda Bahagian dan Perwakilan Umno).

Saya katakan ketika usia belasan tahun, saya pernah juga membantu parti Umno ini. Mana tidaknya ibu saya bersama beberapa org guru seperti Cikgu Zakaria, Cikgu Osman dan arwah Cikgu Ramli, Cikgu Zawiyah dan beberapa nama lagi yg kini berpindah ke PAS adalah pengasas kpd penubuhan Umno Manjung. Pendek kata awal 80 an dulu, guru2 masih menguasai penubuhan Umno.

Ibu saudara, adik saudara (wakil rakyat Umno Perak), bapa saudara (bekas ADUN Perak), abg ipar, bapa mertua dan kawan2 ramai yg Umno. Ingat lagi sewaktu kempen Semarak Tun Dr Mahathir. saya antara diarahkan utk memujuk kawan2 mengikuti rombongan ke Kg. Gajah. Bas, wang dan makanan disediakan selain diberikan t-shirt....mewah.
Buat rakan2 ku di dlm Umno, seikhlasnya saya memberitahu dari firasat saya, andaikata BN tewas dan boleh menerima kekalahan tersebut secara profesional, firasat saya Umno akn bermasalah besar yg kita panggil 'kiamat sebelum kiamat' atau nasib mereka seperti dinosaur...

Masa saya bantu Umno (parti pilihan ibu saya), turun mengundi dari KL dapat duit, pergi kempen dpt duit, suruh panjat pokok gantung bendera dapat duit, tukang sorak dpt duit, buat bising pun dpt duit. Tinggal nak buang air kecil je Umno tak bagi duit. Selainnya duit. Itu pengalaman saya secara jujur saya beritahu seperti juga kata2 rakan saya yg pernah menjadi perwakilan di era awal 90 an ini dulu.

Seolah-olah Umno dijadikan medan utk dptkan duit. Malah jika diamati betul2 dari segi akidah, kata kawan2 saya yg kini ramai menjadi kontraktor..."Kalau tak masuk Umno Man, mati la kami nak cari makan." Tiada langsung keyakinan kpd Allah yg memberikan rezeki kpd mereka. Inilah antara sebab kenapa saya katakan kemungkinan besar Umno akn pupus sepertimana Semangat 46 atau USNO. Ahli Umno terutama kontraktor2, tidak biasa tiada projek berjuta-juta...Jika tiada?

Berbeza dgn org PAS. Dari segi kemanusiaan tak berapa beza sgt tetapi roh Islam yg terbina, semangat mereka agak luar biasa. Kalau jadi org PAS...kamu kena berkorban. Gantung bendera kerana Allah, dtg ceramah 'ongkos sendiri', tiada kerusi atau khemah (berpayung dan duduk di atas padang) lepas itu kena minta derma lagi. Kebanyakan mereka lakukan kerana pengorbanan utk agama.

Tapi awas...org PAS juga tidak mustahil apabila memerintah akn menjadi sepertima yg dilalui oleh org Umno. Ketika itulah kerajaan baru ini mesti melipat gandakan usaha2 agama agar dunia tidak menipu ahli2 mereka. Jika tidak suatu hari nanti nasib PAS juga akn menjadi seperti Umno.

Banyak perkara yg dibincang tetapi di facebook tidak boleh menulis panjang lebar. Akhir kata video klip ini sejak beberapa bulan yg lalu menjadi terapi kemurungan yg baik utk saya ketawa seorang diri. Kadang2 seminggu sekali saya layan. Kpd anda yg 'tension' dan memerlukan terapi yg murah tanpa bayaran, lihatlah video ini....HIDUP UMNO! HIDUP DAP!...Haaaaaaaaaaaaaaaa..
*filem ulangan untuk terapi (18sx)

No comments: