DI HUJUNG TAHUN

25.11.2009

Sibuk atau buat-buat sibuk? Biasalah hujung tahun, banyak yang nak kena 'clear'kan task sampaikan tak sempat nak menulis di blog. Projek restoran di Kota Kinabalu, Insyaallah target dicapai. Projek di TLDM lumut, Insyaallah mana yg tahun ini semua dapat diselesaikan.

Projek untuk tahun hadapan, tengah duk kaji, nak buat tak nak? ikut hati nak rehat sebulan dua boleh aktif 'five'kan blog yg lama terperap.

Gua rindu kat Hj Nizar, gua syahdu kat TG Nik Aziz. May God bless both of U!
Ureka, insyallah gua kembali ke persada. Buat rakan semua esp. PE team selamat membicarakan kebenaran, gua tetap jadi pembaca setia.

RM2 FOR TUAN GURU!

Sumber: MSK, PerakExpress.

Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.

*OM: Panjang-panjangkan kepada yang ikhlas utk turut serta. Ikuti di : RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah

BANTAHAN INDUSTRI KELULI @ MANJUNG

BANTAHAN AWAM BERKAITAN CADANGAN PROJEK INDUSTRI KELULI DI ZON PELANCONGAN TELUK RUBIAH/ TELUK BATIK


SUMBER : N51 PASIR PANJANG


Orang-orang awam yang mempunyai kepentingan untuk membantah rancangan pembinaan industri keluli di zon pelancongan Teluk Rubiah/ Teluk Batik, bolehlah membuat bantahan awam dengan menggunakan borang bantahan yang boleh didapati di Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung. Tarikh tutup bantahan ini ialah pada12 November 2009 (khamis).



Kenapa kita membantah????


. Industri keluli boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.


. Menjejaskan pendapatan dan pergerakan nelayan-nelayan pantai untuk mencari ikan sebagai sumber pendapatan.


. Menutup dan mengurangkan aktiviti-aktiviti pelancongan khususnya tempat riadhah di tepi pantai yang cantik dan indah.


. Tidak sesuai dengan suasana persekitaran sebagai kawasan industri.


*OM : Jangan terjadi seperti Projek Kolam Udang di sekitar Tanjung Kepah persisiran pantai Lekir, bakau dicantas, kolam digali, akhirnya ia mencemarkan keaadaan, kroni BN dapat untungnya, penduduk 'terduduk'.


Ribut yang sebelum ini dipecahkan bakau, ikan-ikan bermain tepian pantai, kini tiada lagi. Nelayan miskin terpaksa ke 'tengah' laut mencari sesuap nasi untuk keluarganya, ribut pula datang memusnahkan teratak buruk si miskin.


Sesal, dan kini penanaman semula bakau dilakukan. Jadikan ia pengajaran.

Manjung telah dan sedang dicemarkan, bakau di venice of perak semakin dikikis, pulau buatan manusia si marina island melimpahkan air laut ke rumah nelayan, asap dan debu arang di janakuasa manjung mencemarkan udara, kesihatan pekerja terjejas.


Majlis Perbandaran Manjung kini menswastakan kutipan sampah untuk penduduk manjung, pekerja dan pelanggan tidak lagi dijamin kebersihannya!


Akan menyusul :

1. Bantahan Pekerja Am MPM terhadap penswastaan pegurusan sisa pepejal & pembersihan kepada Syarikat Environment IDAMAN SDN BHD.

2.Gambar sekitar bakau ditarah untuk pembangunan kawasan Venice of Perak, Desa Manjung Raya.

3. Marina Island pulau buatan yg terindah di Malaysia memberi kesan sampingan terhadap alam sekitar dan nelayan.


PARTI ISLAM SATU MALAYSIA (PAS)

Indahnya Malaysia jika pemimpin seperti Nizar itu Presiden Parti Islam SeMalaysia.
Namun, PAS tetap mempertahankan manusia seperti 'si dia' yang tidak berdaya kuat seperti manusia macam Nizar yang diasak segenap penjuru, namun rakyat tetap bersamanya.

Ilmu agama 'si dia' memang tinggi dan ditauliahkan, orang macam Nizar mungkin tidak seperti 'si dia', silap haribulan kalau tazkirah di Selangor boleh kena tangkap dengan JAIS tapi manusia semacam Nizar upaya membina 'rumah' untuk semua rakyat termasuk bangsa Umno Miskin bukan shaja 'rumah' orang PAS.

Si Miskin UMNO pun kini bersama manusia bernama Nizar. Tapi tiada pula rundingan untuk bermesra dengan Umno, sorry beb!!

Nizar for Pakatan Rakyat, Nizar for Rakyat,
Nizar for All,

PAS FOR ALL !?!?
TIDAK, PAS untuk Ahli PAS sahaja.
YA, PAS untuk Semua Ahli PAS.

Semoga PAS terus perjuangkan hak semua rakyat bukan sahaja hak ahli PAS di Perak.Terimalah kenyataan yang kini PAS perlu 'suntikan perubahan' demi rakyat yang menaruh harapan kepada PAS di dalam Pakatan Rakyat. Buang sifat 'umno' di dalam PAS. Ramaikan NIZAR di dalam PAS.

PERGI JAHANAM UMNO!!

ROH KEBANGSAAN DI DALAM PAS


02.11.2009
Di Perak, Adun Pasir Panjang, DS Nizar jenuh dalam tazkirahnya menyedarkan umat Islam bahayanya perjuangan bangsa. Kemana sahaja serata surau-surau dan masjid-masjid yang mengundang DS Nizar untuk bertazkirah, pasti DS Nizar menyentuh dan menekankan agar umat Islam meninggalkan perjuangan kebangsaan. Nada yang tinggi penuh semangat itu ditujukan kepada ahli bawahan dan rakyat khasnya.

Namun, sayang seribu kali apabila di dalam PAS itu sendiri ada pemimpin-pemimpin yang diselaputi roh kebangsaan ingin menjayakan 'kerajaan perpaduan' bersama Organisasi Kebangsaan Melayu Bersatu demi MELAYU & ISLAM. Rahsia yang sudah tidak menjadi rahsia memakan diri sendiri. Suara-suara ini masih cuba menutup 'perpaduan' yang ditentang oleh penyokong PAS samada di luar parti atau di dalam parti itu sendiri. Adakah 'putar belit' ini benar-benar jujur & ikhlas atau semata-mata demi kedudukan di dalam politik kepartian? Yang pastinya, mana ada 'putar belit' itu ikhlas & jujur!

Rakyat melihat, tiada gunanya lagi PAS jika ingin bersama UMNO. Perjuangan menentang UMNO tidak diharapkan kepada PAS lagi jika masih cenderung untuk tidur sebantal dengan UMNO. Tuan Guru Nik Aziz telah mengesan 'roh-roh kebangsaan' di dalam pimpinan PAS, lalu bangkit menentang sekeras-kerasnya! Pergi Jahanamlah UMNO! Namun, politik roh kebangsaan masih berlegar di dalam jamaah PAS yang telah dikesan lamanya dan dinafi-nafikan demi kuasa politik.

Dalam keadaan politik di Perak sudah pasti suasana ini melemahkan semangat jentera di dalam Pakatan Rakyat (PR), segelintir sudah pun meninggalkan PR. Namun, DS Nizar selaku pengerusi Pakatan Rakyat Perak tidak dilihat sebagai pemimpin PAS, rakyat menyokongnya kerana beliau adalah pemimpin rakyat untuk semua bangsa yang tidak menegakkan kalimah kebangsaan. Akan tetapi, komitmennya bersama PR akan musnah jika PAS tidak berubah.

DAP yang dulunya sukar untuk bersama PAS tapi kini di Perak ia lebih mesra dan mula mendengar ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan. UMNO masih tidak mahu dengar, kenapa perlu kita memaksa diri supaya UMNO mendengarnya? Alangkah bagusnya PAS terus mengukuhkan perjuangannya dengan memahamkan orang bukan Islam selagi mereka mahu mendengarnya. Gunakanlah ruang ini sebaik-baiknya dalam mendakwahkan rakyat. Pakatan ini tidak harus dikianati kerana ia pilihan rakyat, maka janganlah kianati rakyat yang memilih PAS untuk bersama-sama menjatuhkan UMNO.

Walaubagaimanapun PAS tetap menjadi perhatian kerana masih ramai yang sayangkannya. Dalam UMNO sedang membina kekuatan kebangsaannya, janganlah pula PAS terjerumus ke dalam perangkapnya yang telah memberi pengajaran sebelum ini. Biarkanlah 'roh-roh kebangsaan' itu menjadi ahli UMNO dari duduk di dalam PAS. Jauhkan 'roh-roh kebangsaan' dalam PAS, jika perlu dibuang, bertindaklah secara sihat! Buang yang keruh, ambil yang jernih! Rakyat akan terus dan kembali bersama PAS untuk menentang UMNO.

PERGI JAHANAMLAH UMNO!