ROH KEBANGSAAN DI DALAM PAS


02.11.2009
Di Perak, Adun Pasir Panjang, DS Nizar jenuh dalam tazkirahnya menyedarkan umat Islam bahayanya perjuangan bangsa. Kemana sahaja serata surau-surau dan masjid-masjid yang mengundang DS Nizar untuk bertazkirah, pasti DS Nizar menyentuh dan menekankan agar umat Islam meninggalkan perjuangan kebangsaan. Nada yang tinggi penuh semangat itu ditujukan kepada ahli bawahan dan rakyat khasnya.

Namun, sayang seribu kali apabila di dalam PAS itu sendiri ada pemimpin-pemimpin yang diselaputi roh kebangsaan ingin menjayakan 'kerajaan perpaduan' bersama Organisasi Kebangsaan Melayu Bersatu demi MELAYU & ISLAM. Rahsia yang sudah tidak menjadi rahsia memakan diri sendiri. Suara-suara ini masih cuba menutup 'perpaduan' yang ditentang oleh penyokong PAS samada di luar parti atau di dalam parti itu sendiri. Adakah 'putar belit' ini benar-benar jujur & ikhlas atau semata-mata demi kedudukan di dalam politik kepartian? Yang pastinya, mana ada 'putar belit' itu ikhlas & jujur!

Rakyat melihat, tiada gunanya lagi PAS jika ingin bersama UMNO. Perjuangan menentang UMNO tidak diharapkan kepada PAS lagi jika masih cenderung untuk tidur sebantal dengan UMNO. Tuan Guru Nik Aziz telah mengesan 'roh-roh kebangsaan' di dalam pimpinan PAS, lalu bangkit menentang sekeras-kerasnya! Pergi Jahanamlah UMNO! Namun, politik roh kebangsaan masih berlegar di dalam jamaah PAS yang telah dikesan lamanya dan dinafi-nafikan demi kuasa politik.

Dalam keadaan politik di Perak sudah pasti suasana ini melemahkan semangat jentera di dalam Pakatan Rakyat (PR), segelintir sudah pun meninggalkan PR. Namun, DS Nizar selaku pengerusi Pakatan Rakyat Perak tidak dilihat sebagai pemimpin PAS, rakyat menyokongnya kerana beliau adalah pemimpin rakyat untuk semua bangsa yang tidak menegakkan kalimah kebangsaan. Akan tetapi, komitmennya bersama PR akan musnah jika PAS tidak berubah.

DAP yang dulunya sukar untuk bersama PAS tapi kini di Perak ia lebih mesra dan mula mendengar ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan. UMNO masih tidak mahu dengar, kenapa perlu kita memaksa diri supaya UMNO mendengarnya? Alangkah bagusnya PAS terus mengukuhkan perjuangannya dengan memahamkan orang bukan Islam selagi mereka mahu mendengarnya. Gunakanlah ruang ini sebaik-baiknya dalam mendakwahkan rakyat. Pakatan ini tidak harus dikianati kerana ia pilihan rakyat, maka janganlah kianati rakyat yang memilih PAS untuk bersama-sama menjatuhkan UMNO.

Walaubagaimanapun PAS tetap menjadi perhatian kerana masih ramai yang sayangkannya. Dalam UMNO sedang membina kekuatan kebangsaannya, janganlah pula PAS terjerumus ke dalam perangkapnya yang telah memberi pengajaran sebelum ini. Biarkanlah 'roh-roh kebangsaan' itu menjadi ahli UMNO dari duduk di dalam PAS. Jauhkan 'roh-roh kebangsaan' dalam PAS, jika perlu dibuang, bertindaklah secara sihat! Buang yang keruh, ambil yang jernih! Rakyat akan terus dan kembali bersama PAS untuk menentang UMNO.

PERGI JAHANAMLAH UMNO!

5 comments:

TheSniper said...

Pak Bakaq ulas depa ni lari mulut harimau masuk mulut syaitan!

Anonymous said...

Usaha sedang giat dijalankan untuk membawa PAS kembali ke dalam BN

Anonymous said...

udah2 ler tu. kome ni degil betoi la. sengaja nak bubuh api lagi ke?

bagilah jawatankuasa disiplin selesaikan. kome ni lebih sudu dari kuahnya.

kome ingat kome je sayangkan PAS, orang lain pun sayang juga.

berapa lama dah kome berjuang dalam PAS?

apa sumbangan kome terhadap perjuangan PAS setakat ini?

kalau baru sejemput, takyahlah nak lebih sudu dari kuah.

orang dah buat keputusan, serah kat jawatankuasa disiplin selesaikan.

jgn panaskan lagi keadaan dan jgn suka buat andaian yg boleh merosakkan jamaah. buruk benar kalau camni caranya kita berjamaah.

Anonymous said...

YANG SELALU KENA TUDUH, TAK PERNAH BUAT HAL PUN.

Ada satu cerita, 3 kumpulan bergabung menjadi 1 entiti iaitu kumpulan a, b dan c menjadi entiti d.

Hendak dijadikan cerita, kumpulan a ini, semenjak dua menjak ini, selalu dituduh ingin menikam belakang d. Selalu dikecam, dicemuh dilontar fitnah dan dipersepsikan orang bahawa kumpulan a ini adalah kumpulan yang akan keluar dari entiti d.

Namun realitinya, esok-esok, keluar cerita, kumpulan b tikam belakang d, kumpulan c keluar dari d.

Yang b dan c tikam belakang masuk bebas sokong e, yang satu lagi c keluar d kerana khinzir punya pasal namun masuk balik d kerana insaf kot.

Jadi, apakah moralnya cerita ini. Mengapa a ini masih lagi dituduh bukan-bukan tetapi realitinya b dan c yang banyak buat hal.

Jawapannya kerana wak-wak dogol duduk di rumah blok..... atau blog....... rasa seperti pandai, rasa macam pembela, rasa macam sayang, tapi sebenarnya wak-wak dogol ini adalah seperti beruang menampar nyamuk di muka tuannya.

Kesiannnnn..................

lanterajiwa said...

salam... bro... jemput datang ke TAF Project (Tabung Amirul Fakir) di Ipoh, 14 Nov ini...

Mohon tolong promosikan di blog saudara...