911: Jom Bantah AES di Parlimen Kong Cho Ha!

 AES, kemalangan tidak berbau tapi AES boleh bau duit pengguna jalanraya! Selagi namanya pengguna jalanraya depa tibai...24 jam operasi. Jangan ingat kalau jam 3.00 pagi jalan lengang boleh desup kat jalan had lajunya 30km/j, bahaya....hantu kak limah nak melintas.

 
[Ni senarai Lokasi AES di Parlimen Lumut YB Menteri Pengangkutan sendiri. Sumber: Saifullah Zulkifli - koordinator 911]

AES berkhidmat untuk selamatkan nyawa korang, juga nyawa hantu kak limah serta mengkayakan nyawa tokey-tokey AES sahabat para menteri. Kalau nyawa melayang, macamana korang nak bayar surat saman yang sampai ke rumah dan .... kalau tak bayar nyawa-nyawa ikan lah si tokey AES semua samannya orang yang mati eksiden bawa laju. Sayangnya AES terhadap nyawa pengguna jalanraya, siapalah AES tanpa nyawa korang yang berkederat cari rezeki untuk beri makan kpd 'penjaga nyawa'...kapitalis bikin duit dengan nyawa kita.

[Kempen Jom ke 911 Himpunan Bantah AES Parlimen Lumut di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negri Sembilan sabtu lepas. 
Terima kasih penganjur yg mengalu-alukan]

Nak tak nak terpaksa letak juga ditempat yang menjadi tanda tanya pengguna jalanraya, tempat yang selamat buat nyawa pengguna jalanraya agar selamat pulang dari kerja untuk 'kemungkinan' bayar saman AES....sejahtera lah tokey-tokey AES. Lebih strategik pengguna jalan raya tak sedar lebihi hadlaju yang tak logik hadlajunya di kawasan terbabit....itu juga jadi persoalan!

[Kempen 911 Bantah AES bersama komuniti masyarakat Senawang, Negri Sembilan]

Aku terbayang ambulans kalau lalu kawasan AES, kena jugak ke? mamat speeding yg bawa bini nak melahir anak...selepas anak lahir dapat saman! Elok namakan anak tu matSAMAN kalu laki, pompuan letak AESiah. Situasi ini menggambarkan kebarangkalian besar saman keluar setiap hari di lokasi-lokasi tertentu.

 
[Ketua Srikandi Sya & Adun-adun Negri Sembilan 
beri sokongan Kempen 911 Bantah AES]

Bantahan AES - Saman Ekor 1Malaysia tiada sebab untuk aku tidak bersama gabungan aktivis KUASA, MediaPerak.Net, SAMM Perak & ABU Perak menyokong bantahan ini. Banyak faktor yg mendorong semua pengguna jalanraya terutamanya sekitar Manjung untuk bersama menyerahkan memorandum kepada wakil Ahli Parlimen Lumut kita, YB DS Kong Cho Ha. Tak perlu dijelaskan lebar, sudah banyak diperkatakan & maklumat dari pelbagai sumber.

[Sedang pos ini berlegar, Koordinator 911 bersama gabungan aktivis serta sokongan dr pimpinan PR Perak sedang adakan sidang media di Ipoh]

Kempen ini bukan berhenti di sini saja, ia bukan isu Parlimen Lumut...ia isu nasional, isu orang ramai! Selepas PC di Ipoh, aktivis Bantah AES bergerak ke Seberang Jaya utk raikan kempen himpunan 911 bersama Anak Muda Pulau Pinang. Dari sana... terus ke Kedah, Perlis & Kelantan jika tiada aral, pulang ke Parlimen Lumut untuk menyerahkan suara-suara bantahan mereka ini kpd Menteri Pengangkutan.

[Map ke Himpunan 911 Bantah AES]

Kita berkumpul dengan aman, kita luahkan perasaan bantah dengan harmoni, kita berjalan seiring menyerah amanat rakyat membantah pelaksanaan AES. Kita semua orang Malaysia ada hak untuk menyatakan suara bantahan. Kita jumpa di Masjid Sitiawan 9 Nov selepas solat Jumaat sebelum meneruskan kempen Bantah AES ke selatan & timur di lokasi-lokasi AES yg akan diumumkan.

2 comments:

yop manjung said...

yop yong moh kita reramai datang...

Anonymous said...

saya ibu enii seorang TKI DI SINGAPUR
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor AKI NAWE katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang di berikan 4D yaitu 5093 TGL 13-12-2015
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 177.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-085-218-379-259-) AKI NAWE
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..