Teluk Rubiah sudah ditransformasikan dari sebuah pusat eko-pelancongan (ESA Rank II) kepada industri berat. Pelanggaran rancangan fizikal negara ini ada kesakmaannya dgn isu Penyu Segari.
Kali ini aku bawa korang melancong sekali lagi ke Pusat Penyu Segari, sebab ada orang tak faham dengan jelas kenapa Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menyokong usul Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk membantah pembinaan Kilang Besi Maegma Steel & Loji LNG Atigas di Tg. Hantu Segari. Seperti yang aku janjikan sebelum ini untuk memaparkan dalam bentuk graphic & dokumen bagi memudahkan korang faham, jadi agak panjanglah artikel ini. Aku cuba kurangkan kata-kata, biar gambar menceritakannya. Data ini aku dapat ketika menyertai program lawatan & gotong royong kawasan ini 6 Okt yang lalu, fakta dari SAM dan beberapa sumber hujung jari aku dari lebai google - ....Jom kita ke lokasi berkenaan...
Pusat Pengurusan Penyu Pasir Panjang Segari
Lokasi Pusat Pengurusan Penyu Segari.
Penyu tidak mendarat sepanjang pantai di Malaysia, hanya lokasi tertentu sahaja (terhad). Jadi satu keperluan yang wajib kita menjaga habitat haiwan terlindung ini!
Ini lokasi-lokasi pendaratan penyu di Segari termasuklah sekitar Tg Hantu.
(Klik utk baca: Visit Perak Year 2012: Hamidah Sukses)
(klik utk baca: Visit Perak Year 2012: Ng Yen Yen Bagus!)
Antara tindakan melindungi penyu - elakkan aktiviti yg ganggu pendaratan (laluan) & peneluran (pantai). Juga jelas tindakan aktivis selari dengan tindakan yang disyorkan oleh jabatan kerajaaan.
Data bilangan pendaratan penyu dari tahun 1990 hingga 1999, masih mencecah ratusan ekor penyu. Tengok pula data 2002 hingga 2006 di bawah ini:
Lebih menyedihkan, kekurangan penyu mendarat di sini semakin ketara, dari ratusan kini tinggal puluhan sahaja, dari beberapa spesis kini tinggal satu spesis. Dimaklumkan juga, penyu sudah tidak mendarat di pantai berdekatan pusat pengurusan ini untuk bertelur, ia telah mendarat lebih kurang 7km ke sekitar Tanjung Hantu. Kemudian telur-telur ini diuruskan kepada pemegang permit (penduduk kampung) yang dibayar RM2 sahaja setiap satu telur diperolehi untuk dibawa ke pusat ini dalam memastikan kelahiran mereka terjamin dari ancaman aktiviti manusia atau binatang liar.
Gusar kenapa Majlis Perbandaran Manjung yang mencanang Manjung sebagai Bandar Pelancongan tidak menyediakan tempat buangan sampah & fasiliti kemudahan pengunjung ke sini. Tempat ini amat terpinggir, papantanda penunjuk arah tidak cukup, yang ada pun Malakof yang taja.... maka tidak heranlah penduduk Manjung sendiri apatah lagi org luar tak tahu kewujudan Penyu di sini.
Malakof banyak membantu membiayai pengurusan penyu di sini walaupun kehadiran pusat janakuasa mereka sedar ada terkesan terhadap laluan penyu untuk mendarat kawasan sekitarnya. Kebetulan salah seorang aktivis bekerja dengan Malakof dan sedayanya untuk membawa suara-suara aktivis ini kepada pihak pengurusan Malakof bagi membantu kekurangan yang ada untuk penambahbaikan.
Paparan ini menjelaskan lokasi kilang ini betul-betul di kawasan pendaratan penyu. Adakah kerajaan sengaja membiarkan terus kepupusan penyu ini sebagai alasan kukuh memberi laluan projek-projek ini dilaksanakan?! Bukan setakat pendaratan penyu tergugat tapi hutan Simpan juga mungkin dalam agenda mereka utk kaut hasil bumi ini.
Minggu lepas, aktivis cuba melalui laluan balak Hutan Simpan Segari untuk melihat apa yang ada sekitar lokasi projek-projek ini tapi kelengkapan yang ada tidak memadai utk kami meneruskan ke pendalaman di jalan-jalan liku! Ya... hutan yang mempunyai pokok balau amat tinggi nilainya, 2 in 1, tanah dapat, balak pun dapat! Gambar sekitar di Album fb Save Teluk Rubiah.
Aku quote balik ayat dari bahagian 1 tentang semua fakta di atas ini untuk menafikan cubaan mengaitkan misi kami dengan agenda politik pembangkang....."yang kami bentangkan- akta kerajaan... yang kami pertahankan- gazet kerajaan... yang kami lestarikan- aset kerajaan... dan yang kami kekalkan- khazanah alamsemulajadi negara ini. Ini cerita kerajaan langgar dasar rancangan fizikal negara! Dalam siri-siri posting 'Visit Perak Year 2012', aku katakan kerajaan sendiri buat akta, sendiri gazet, sendiri bikin undang2 tapi sendiri langgar...projek langgar di siang hari & malam! bukankah aku itu barua kerajaan..... "
Sambung..... bahagian (3)- gambaran Loji LNG Atigas & Kilang Besi Maegma Steel.
Layan dulu slot gambar tahun lepas beralunan Hutan Segari Terancam sebelum Penyu menangis....
Hutan ditebang kering kerontang
Hutan ditebang banjir datang
Hutan ditebang penyakit meradang
Hutan-hutan ku hilang
Anak negeri bernasib malang
Hutan-hutan ku hilang
Bangsa ini tenggelam
Adakah engkau tahu ini adalah hukuman
Adakah engkau tahu ini adalah peringatan
Adakah engkau tahu ini adalah ancaman
Adakah engkau tahu ini adalah ujian Tuhan
Sedar dan sedarlah hey anak negeri
Sedar dan sedarlah PARA PEMIMPIN
Hentikan, hentikan..hentikan semua duka ini
Kembalikan kesuburan negeri ini
Kembalikan keindahan hutan ku
Kembalikan ketenangan bangsa ini
Kembalikan, kembalikan hutan ku...
Biarkan...biarkan hutan ku bangkit lagi!
No comments:
Post a Comment