Teluk Rubiah sudah tergadai dan hilang dari dunia pelancongan, malah akan menjejaskan kawasan pelancongan sekitarnya Teluk Batik & Pulau Pangkor. Baca di bahagian 1 - Visit Perak Year 2012 (1) atau boleh layari cerita yang lebih detail di Teluk Rubiah: Vale of Tears for The Malaysia Project. Cuma di bahagian 1 aku tak bagitau musnahnya Teluk Rubiah berkait dengan 'Rampasan Kuasa Perak 2009', apabila seseorang yang mendapatkan jawatan MB dari kuasa monarki pihak Istana, maka agak sukar bagi MB itu untuk mengatakan tidak apa yang berkaitan dengan kehendak istana. Utk lebih lanjut korang baca di Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (1) & Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (2).
Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik.
Aku dapat tahu apabila kerajaan beralih kuasa secara kotor, sebuah hotel terkemuka di Ipoh juga menjadi pertaruhan. Dulu dikenali Casuarina Parkroyal Hotel, apabila termakan budi, MB juga meluluskan peralihan jualbeli dengan 'harga ajaib' yang mana sekarang dikenali Impiana Hotel. Syarikat siapa korang, berapa dijual cari sendiri. Apa yg aku nampak seperti isu Teluk Rubiah juga dahulunya dikenali Royal Teluk Rubiah Country Club, kini Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd atau lebih dikenali Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd. Jadi, jenama 'Royal' sudah tidak ada lagi dalam kedua-dua kes ini! Jadi tak heran jika suatu masa nanti 'Royal' juga bakal ghaib dimuka bumi Perak dan menjadi bahan sejarah di muzium negara dek kerana tangan-tangan mereka sendiri....tambahan pula hari ini rakyat mula bicara & kritik raja-raja secara terbuka, mereka tak peduli dah!
Gambar Hiasan: Hamidah & AC Mizal sama-sama cun, sama-sama cari makan....
Jika Exco Pelancongan Perak, Hamidah yang merestukan segala mak nenek industri di pusat pelancongan Perak, Zambry sbg MB sudah tentulah berperanan utama tapi dimanakah Menteri Pelancongan untuk pertahankan industri pelancongan dari terus dijahanamkan. Jika hamidah tidak memantau website peraktourism serta tidak bertindak dalam membetulkan fakta terkini Teluk Rubiah yang masih diletakkan dalam promosi pelancongan, Ng Yen Yen ada bagusnya sebab mempromosikan 'kempen memastikan kebersihan tempat pelancongan' di dalam website '1Malaysia Green & Clean - Think Tourism, Act Tourism'.
Gambar Hiasan: Ng Yen Yen 'melancong' ke Masjid
Bagus! tapi cakap tak serupa bikin! atau mungkin Ng Yen Yen gunakan percaturan alam maya hanya untuk Curi Curi Wang Malaysia, siapa tak tahu berapa bayaran untuk kendalikan facebook Cuti Cuti 1Malaysia nya! Aku pernah komen difacebook terbabit perihal isu Teluk Rubiah, tak sampai 1minit komen aku hilang & terus dibanned. Wow, memang mahal gaji pengendali fb berkenaan....cepat & cekap menjaga 'kepentingan' menteri terbabit.
Ini copypaste dari website kempen tersebut, baca dan nilaikan sendiri... dia suruh orang ramai paparkan untuk tindakan kementeriannya tapi berlaku sebaliknya. Ini betul-betul belit punya cakap! Jom kita ke tempat pelancongan seterusnya yang bakal diindustrikan. Kali ini bukan sahaja nelayan, pelancongan dan alam tergugat, penyu haiwan terlindung pun bakal menjadi mangsa perakus.
Apa yang ada di tempat pelancongan seterusnya....Data berkaitan akan dipaparkan dalam bahagian 2.5; Hentikan Tangisan Penyu. Tahun lepas aku ada linkkan kisah satu lagi projek musnah alam, antara petikannya - EXCO
Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dibawah DS Zambry Abd Kadir telah meluluskan
tanah 150 ekar kepada syarikat Ati Gas yang hanya punyai modal berbayar
RM100.00 sahaja pada Mei, 2011 untuk stor gas asli di SEGARI Manjung
bernilai RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG)
dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Rakyat mendesak supaya Hamidah
mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment
Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan
Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan
kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. (baca
lanjut di SINI). Korang layan dulu kenyataan hamidah......makcik cun ini memang sukses!
Ini salah satu projek yang dibantah oleh Aktivis Alam Sekitar, dan satu lagi Kilang Besi Maegma Steel - antara maklumat baca di SINI.
The Star Online:
Dalam isu ini, sekali lagi Ng Yen Yen diam seribu bahasa malah aku juga di'diam'kan dalam facebook milik kementeriannya yg jutaan nilainya......nyonya, lu memang bagus!
Sambung: Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu @ Segari
No comments:
Post a Comment