Selamatkan Sekolah Gandhi! (1)

Save Gandhi School (SK Simpang Empat Sitiawan) - Part1

 Ada rakan FB aku minta tolong hebahkan perihal misi 'Selamatkan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan' atau lebih dikenali orang lama sebagai Sekolah Gandhi. Dimaklumkan ia bakal ditutup hujung tahun ini, 31.12.2012. Mengenang kisah 2010 yang mendapat tentangan (Siri Kianati Gandhi & Sultan Perak) dari satu pihak (team B) melawan satu pihak (team A) dalaman Dindings Indian Association (DIA), ingatkan sudah berakhir namun lain pula ceritanya.

Signal yang dipaparkan di Fb

 Semasa ikuti peristiwa 2010, antara maklumat yg aku tahu tanah ini asalnya dibeli atas usaha orang-orang terdahulu sebelum merdeka untuk membangunkan sekolah, pusat aktiviti masyarakat setempat serta dewan. Kebanyakan penyumbang adalah dari kesatuan pekerja ladang estet, majoritinya kaum India. Senarai nama 380 penyumbang ini termasuklah pekerja melayu & syarikat besar, boleh rujuk artikel 2010 di KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 5. Aku dapati ia sangat unik dan sejarah ini tidak dirakam secara dokumentasi oleh pihak berwajib, setiap bilik darjah ada 'plug' nama-nama penyumbang dan terdapat bahan-bahan sejarah di dalam dewan sekolah berkenaan yang mempunyai kisah disebaliknya.


Coretan Peristiwa 2010 - Siri Kianati Gandhi & Sultan Perak: Klik utk baca & video - Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19 dan Part 20.

Bermulalah Simpang Empat English School pada awalnya dan bertukar aliran kpd Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Pada 1952, Sultan Perak yg ke32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah telah merasmikannya sempena hari kelahiran Gandhi pada 2 Oktober seperti yang tertera di Dewan Peringatan Gandhi (Memorial Gandhi Hall) dan kerana tu ia lebih dikenali sebagai 'Gandhi School' dikalangan masyarakat setempat. Antara maklumat lain korang baca print screen di bawah ni.

Print Screen dr FB SK Simpang Empat Sitiawan

Bila aku tahu sekolah ini akan ditutup, ia menjadi persoalan dalam kepala aku pro & kontra. Dimanakah pihak yang sebelum ini (team B DIA) menentang projek pembangunan rumah kedai di tanah ini pada 2010? Apa sebenarnya yang berlaku krisis dalaman DIA? Adakah permainan politik turut bersekongkol dalam isu ini? Atau Kerajaan terpaksa akur kerana kepimpinan DIA adalah dari kalangan anggota komponen parti mereka? Adakah kerana kementerian terbabit tidak pedulikan tanah milik DIA ini, lantas mereka mahu uruskan sendiri dgn menghalau sekolah dari tanah ini? Aku masih belum mendapat kepastian dan cuba akan dapatkan maklumat apa yg berlaku sebenarnya.

 Guru-guru Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Sumber FB SK Simpang Empat. Aku cuba selami hati mereka yang merintih ini, sedangkan aku yang takde kena mengena pun amat terasa dengan kehilangan tempat yg bagi aku cukup besar nilai sejarahnya.

Di bawah ini surat DIA kepada Ketua Pengarah Pendidikan Manjung. (klik gambar utk baca):-

 
Siapa Krishna? Oh...... Presiden DIA yang juga ahli Malaysian Indian Congress.

Ketika aku masih bersekolah rendah, padang sekolah ini antara tempat perlawanan bolasepak persahabatan. Dari Seri Manjung, kami berkayuh basikal ke Sitiawan untuk bermain bola. Tak silap aku, hari ini juga padang berkenaan masih terbentang untuk mana-mana perlawanan persahabat generasi kini. Dulu tikanya aku yang aktif pasukan pengakap pernah ber'camping' di sini juga. Hari ini aku terpanggil untuk bersama guru-guru, pelajar & ibubapa sekolah ini untuk mempertahankan SK Simpang Empat. Aku terlepas peluang utk sertai taklimat isu ini dan beberapa program yang mereka aturkan demi sekolah ini.

 Antara program 'Selamatkan SK Simpang Empat'...aku terlepas semuanya!

Aku tak pasti apa yang cuba pihak DIA rangkakan projek bersama 'kontraktornya' ke atas tanah milik mereka ini. Samada mereka mahu meneruskan sebagai pusat pendidikan atau sebaliknya aku masih mencari jawapan itu. Tapi untuk mengorbankan sebuah sekolah yang terbina lama yang punyai nilai sejarah silam tersendiri ini, aku ragui kenapa ini harus dikorbankan! Peristiwa 2010 menyaksikan kebangkitan masyarakat India tempatan terhadap tanah ini dimana pejabat DIA dipecah masuk hingga meleret demostrasi ke balai polis Sitiawan. YB Kulasegaran sebagai peguam & anak buahnya Sugu ditangkap polis hingga dia tercedera tangan, aku turut merakam peristiwa ini dlm siri 1 hingga siri 20 yg di'link'kan di atas tadi. Dan paling mengejutkan aku, bangunan DIA yang terletak dlm sekolah berkenaan didapati ada 'PUB' yang menjual arak. Tengok video dibawah ini :-


Bagaimana sebuah kawasan sekolah boleh operasi kelab hiburan yang menjual minuman arak? Aku tak pasti ia masih beroperasi atau sudah tutup? Jadi aku ragu dengan tindakan DIA ini yang menghalau sekolah ini dari tanah milik orang-orang terdahulu! Ya DIA bertanggungjawab ke atas tanah ini kerana milik mereka, tapi harus ingat sejarah orang-orang terdahulu berhempas pulas mencari rezeki dan menderma kepada kesatuan utk membina sekolah, mereka mahukan pendidikan kepada anak-anak mereka & generasi akan datang...kenapa kita harus hentikan niat mereka ini! Aku pasti jika mereka masih hidup, mereka akan memecat orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas tanah ini telah melanggar niat asal mereka!

Kekecewaan & Rintihan

 Rintihan Pilu dan Harapan....

Sementara aku mendapatkan jawapan ke atas isu ini, aku harap kerajaan negeri dan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mendengar rungutan ini dan melihat kembali apa yang boleh diambil tindakan menyelamatkan sekolah ini!

SAVE GANDHI SCHOOL!

# Kepimpinan DIA majoriti adalah orang MIC, adakah Zambry & Muhyidin (Menteri Pelajaran) terpaksa akur & membiarkan perkara ini hanya kerana kepentingan politik? Atau adakah kerana Umno mahukan kerusi MIC di Pasir Panjang, lalu meneruskan permintaan MIC disebalik DIA? ahhhhh.... ini semua politik, jika ia benar, sekolah menjadi mangsa orang-orang politik!...

1 comment:

C++ said...

Bhai OM...

Sekitar tahun 90'an... bapak mertua gua pernah jadi Pengerusi PIBG kat sekolah tue... wife gua pon masa tue belajar kat sekolah yang sama....

Ader nostalgia kat wife dan bapak mertua gua....

Lu teruskan citer nih... kasi hotkan lagi... jangan slow... teruskan usaha....

My POST