Warga Sitiawan menyaksikan aksi-aksi lucu dan ganas oleh pak polisi Sitiawan,
pada awalnya pak polisi tidak menghiraukan gua, tapi setelah beberapa rakaman, ada 2-3org pak polisi tanya siapa gua, gua rakyat biasa, gua rakyat malaysia. Gua ketegaq, namun aweks-aweks polisi menyapa gua dgn penuh 'HEMAH', "en. tak bleh ambil gambar dlm balai", gua balas dgn senyuman, "oh ye ke, tq". Gua stop ambil gambar, jumpa YB dan rakan gua di dalam balai yg sedang buat laporan polis, skali lagi gua diekori oleh mamat yg tak puashati dgn gua agaknya, terus tanya gua siapa, gua cakap gua kwn mereka ni buat report, dia terus bercakap kasar tanpa slogan 'HEMAH'nya, "Kalau takde urusan dgn polis, sila keluar dr balai!". Rakan India gua tenangkan gua tarik gua keluar.
Hari ini gua nak umumkan bahawasanya mengikut mamat polis tu (pangkat tak tahu sbb pakai baju ala umno, mgkin SB kut) kata : KALAU KITA TAKDE HAL ATAU URUSAN DGN POLIS, KITA BOLEH DIHALAU MAHUPUN DITANGKAP KERANA BERADA DIBALAI POLIS TANPA URUSAN POLIS".......hampeh betul!!! (Balai Polis Sitiawan je kut!) Eloklah perangai macam tu, memburukan pemerintah yakni bn/umno.
Maaf gambar kurang jelas disebabkan kekecohan yg berlaku hingga videocam boss gua jatuh, siapa mahu tanggung, sendiri tanggung la......bos, sorry bos!
(ada sape2 nak jual slr camera 2nd, boleh roger gua, harga menarik gua beli cash, bos bayar..hehehe)
Bila tanya OCPD, dia tak arahkan pun suruh tangkap! yang kecik anak plak yg lebih2, bodek la tu.....lagi baik gua layan buka puasa dengan Dato' seri Kong Cho Ha dgn harapan selepas melantak gua nak adu pada dia, kebetulan OBJ pun ada yg dulu juga pernah berkhidmat dlm PDRM Sitiawan / Batu Gajah (pernah juga masa kecik2 dibawa ke balai sitiawan dgn abg serta sahabat2 termasuk lah anak tuan wahab ni, kami seramai 12-15org sbb main kompang, berebut naik landrover polis, sudahnya yg tangkap kami tu kena transfer tempat lain)
Mulanya ditegurnya gua dulu, "anak bongsu cikgu ... ya?", auto matik tgn gua salam dato' (tak mcm Zambry kalau bleh gua lari tanak bg nampak muka) gua tanya setiausaha sulitnya , Ting, samada dato' tahu berkenaan Isu Sekolah Gandhi, secara realiti dan senyum katanya "Dato' bukan tak mahu komen tapi ini urusan Zambry dan Zambry dah pun komen".
Gua tak puashati, "Tapi rakyat tidak percayakan ZAMBRY! Apa bukti hitam putih, bolehkah isu ini dibawa oleh Dato Kong?" Ting tersenyum lagi, " kita tak mahu bercanggah dgn apa yg Zambry dah komen dan tindakannya". Gua buat-buat faham....
Tak puashati lagi, gua tanya kuncunya plak dgn cara soalan nak bg dia jawab,"Itu tanah bukan Kar Sin beli ka itu Sekolah Gandi Sitiawan".
"Bukan, tapi kontraktor cina juga. Ini kes tahun 99 sudah naik mahkamah, tapi belum selesai lagi sebab ini persatuan D.I.A pun masalah sesama kaum mereka, bagi mereka selesai dulu la, tak mahu masuk campur ma." jawab member baru gua.
" Ohhh, itu macam ka. Dia mau angkat itu tanah bikin apa?", gua bodek dia lagi.
"Bikin 15 buah kedai dan tanah selebihnya mahu naik sekolah baru", sambil senyum katanya. "Jadi sekarang kita tak mahu campur ini hal, bagi mereka selesai dululah, seorang mahu jual seorang tak mahu, offer *juta".
"Bukan kerajaan cakap sudah stop semua hal tanah ini utk dijual?" last question gua.
"Ini tanah dulu, pewaris tarak letak nama persatuan, nama persendirian, bila waris sudah meninggal, kerajaan angkat la......" ini dia kata dalam keadaan gua dengar tak dengar pasal suara imam lagi kuat, gua salam dia, ambil air sembahyang, solat....
Sambung....
No comments:
Post a Comment