Showing posts with label DIA. Show all posts
Showing posts with label DIA. Show all posts

PAK WAHAB & GANDHI SCHOOL (BKG&SP20)

Gambar oleh Abdul Hadi Bin Mokhtar dan Manjungmari Manjung sedutan dari rakaman Dokumentari 'The Untold Story of Gandhi School' oleh Mohamad Shahhanaz Nazarudin dr UREKA dan admin Otai Manjung Fans. Nantikan keluaran VCD ini.



Pak Wahab bekas pelajar sekolah yg menjadi isu berkenaan tanah warisan rakyat, dahulunya dikenali sebagai Gandhi Memorial School. Beliau merupakan murid terawal era sebelum merdeka masih mengingati cikgunya berbangsa Benggali. Harapannya agar 'pihak yg berkenaan' tidak menggadaikan warisan keringat rakyat terdahulu yg menoreh getah saban hari untuk membeli tanah ini & membina sekolah pada waktu itu. Sehingga kini, ia masih digunakan lagi tanpa sebarang sekatan oleh waris terdahulu, tapi rakyat tidak rela ia di'salahguna'kan oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab untuk menjual atau merampas milik tanah ini. Sebagai bekas murid, beliau menyeru & merayu agar pihak berkenaan meningkatkan mutu sekolah sedia ada & pengawasan yg cukup ke atas bahan-bahan sejarah tanpa mengira sentimen politk atau kaum. Kerana ini, Pak Wahab hadir di Bantahan 10,000 Rakyat di Pejabat Daerah & Tanah Manjung walaupun ia telah dibatalkan pada hari sebelumnya. Insan tua yg prihatin, hadirnya tanpa disedari.

Sejarah tersendiri yang beliau tidak boleh lupakan bahawa Bapa kepada Ahli Parlimen @ Peguam M.Kula Segaran (Peguam Isu Gandhi School) adalah kenalan arwah bapanya suatu ketika dahulu di Lumut, kebetulan kini generasi anak mereka pula mempertahankan sekolah yang bersejarah ini. Bagi Pak Wahab, zaman sebelum merdeka tiada isu perkauman malah kaum yang ada begitu akrab menuntut kemerdekaan bersama dilaungkan, bukan laungan HIDUP MELAYU yang dituntut.

SEKOLAH KEBANGSAAN GANDHI (BKG@SP19)

Give Sitiawan school back its historic name - Malaysiakini

Humayun Kabir, Aug 27, 2010, 10:43am

The DAP is determined to get the current name of Sitiawan's SK Simpang Empat, given by the government when it took over its administration in the 1960s, replaced with its former historically significant name of SK Gandhi.

This follows the success of the party and the Committee Against the Acquisition of the Dindings Indian Association Heritage Land (CAADIAHL), together with the support of the Indian community in Sitiawan, in foiling a federal government attempt to take over a 2.2ha parcel of land belonging to the Dindings Indian Association (DIA).

The uphill struggle to preserve the Indian heritage land has gained political mileage for DAP, and also sent a clear message to the state MIC that it should not play second fiddle to Umno by keeping silent on matters affecting the Indian community in Perak.
Located on the land, purchased in 1930 with contributions from rubber tappers in 35 estates around Sitiawan, are the school, the school field, the DIA building, the Gandhi Memorial Community Hall and the Dr VRN Menon Science Laboratory.

Perak DAP deputy chief M Kulasegaran is all for the school getting back its original name, SK Gandhi, it is to remember Mahathma Gandhi, respected all over the world as the "apostle of peace" and who was the key figure in India's non-violent struggle for freedom from British rule.

The Sitiawan-born DAP Ipoh Barat MP said the original intention of building SK Gandhi was to educate the tappers' children in the English language. Though it is officially SK Simpang Empat now, it remains widely known to the locals as the "Gandhi school".

"Until the late 1970s, the name Gandhi was printed on the school's exercise books and at the entrance of the school, the name Gandhi was prominently displayed," Kulasegaran said.

Yesterday evening, DAP and CAADIAHL jointly held a public forum at the DIA Gandhi hall, which was also attended by another Sitiawan son, Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy, and former Perak assembly speaker V Sivakumar.

The crowd of about 500 resolved that the DIA land should always remain in the hands of the Sitiawan Indian community, which should have absolute control over any future development of the heritage site.

Another resolution passed was that any Indian in the Sitiawan area could become a member of the DIA without any restriction whatsoever.

ISU POLITIK@MIC@DIA?-YB KULASEGARAN (BKG&SP18)

25.08.2010, Seri Manjung

DS Zambry menuduh pemimpin rakyat ambil kesempatan politik, namun dilihat dari punca isu ini bermula dgn krisis dalaman yang berlaku di dalam persatuan D.I.A yang terdiri dari ahli parti politik kaum india dalam BN sendiri.

Begitupun, seorang ahli yang mempunyai dokumen tentang isu ini serta bahan-bahan nilai sejarah dari parti itu juga yang membangkitkan isu ini demi mempertahankan aset rakyat terutama bagi pewaris terdahulu. Pemimpin serta Peguam yang dilantik bagi menjamin warisan ini, disalahertikan tujuannya oleh Pimpinan Kerajaan lantikan Mahkamah.

Kepentingan Politik? Tuduhan melulu ini barangkali untuk menutup perkara sebenar, walhal apabila rakyat mula bangkit, barulah pemimpin yang 'tak tahu menahu' sejarah rakyat menyatakan keputusan yang kini masih tidak tahu sejauhmana jaminan yang dinyatakan?

Yang pasti dalam kata awal DS Zambry jangan jadikan isu 'kesempatan politik', namun DS Zambry juga mengucapkan terima kasih kepada parti MIC dlm hal ini. Siapa mempolitikkan? Lembu punya susu, sapi dapat nama!


Jawapan untuk DS Zambry.


TEMURAMAH BERSAMA 'REPORTER POLISI'

HADIRIN DALAM MISI YANG DIBATALKAN (BKG&SP17)

25.08.2010. LIMITED VERSION :-

ISU DINDINGS INDIA ASSOCIATION & 'GANDHI SCHOOL'.
Bantahan 10,000 rakyat pd hari ini di Pejabat Tanah Daerah Manjung yang telah dibatalkan lewat semalam, namun persiapan pihak polis diteruskan dgn mengikut jadual di beberapa sekatan jalan raya & pengawasan sekitar lokasi bagi menjamin keselamatan hadirin yang dijangka hadir.

Setiba di lokasi yg hanya dihadiri oleh Sr Journalist MalaysiaKini, wartawan Media Tamil dan Mandarain yg menanti wawancara pemimpin rakyat, dikerumuni petugas-petugas yg lebih ramai menjadi 'reporter' dari wartawan yg ada. Tahniah sbb menjalankan tugas dgn "HEMAH", dan rasa terharu sbb mereka berminat dgn wajah-wajah blogger rakyat seolah dihargai sbg tanda kenangan dan begitu juga sebaliknya dari blogger rakyat, Terima Kasih.

Jumpa lagi dalam misi melakukan tugas untuk rakyat dengan penuh HEMAH dalam suasana HARMONI & AMAN DAMAI! InsyaAllah, berganda nikmatnya dlm bulan Ramadhan sama-sama melakukan tugas (ibadah) mem'berita'hukan rakyat marhaen. Moga Allah memberkati ke atas tugas murni semua yang terlibat! Cikgu Murni pasti suka tengok ni..........



Bulan-bulan puasa ni memang mengantuk beb!

STOP THE POLICE BRUTALITY (BKG&SP16)

25.08.2010, Seri Manjung.
Save Our Heritage and Stop Police Brutality.


BANTAHAN DI PEJABAT DAERAH (BKG&SP15)

25.08.2010, Sri Manjung.
ISU 'SAVE GANDHI SCHOOL HERITAGE': Bantahan 10,000 rakyat pd hari ini di Pejabat Daerah & Tanah Manjung telah dibatalkan lewat semlm, namun persediaan pihak polis diteruskan dgn bbrp sekatan jln raya & pengawasan sekitar lokasi. Setiba di tempat kejadian yg hanya dihadiri oleh blogger, MalaysiaKini, Media Mandarin & Tamil, dikerumuni petugas2 polis yg lebih ramai menjadi 'reporter' dr wartawan yg ada.




Tahniah sbb menjalankan tugas dgn aman, cuma gua rasa terharu sbb mereka berminat dgn wajah2 blogger rakyat seolah kami dihargai, terima kasih.

TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 14)

22.08.2010, Balai Polis Sitiawan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat YB Kula segaran di Balai Polis Sitiawan.
Yang BAWAHAN kata arahan atasan, yang ATASAN kata takde arahan!
ARAHAN SIAPA?


Sdr Sugu dibawa keluar dari Balai Sitiawan ke IPD Manjung. Malam itu juga, sdr Sugu tel gua menyatakan beliau sudah dilepaskan dan terlantar di Manjung Specialist Center akibat 'penderaan dalam tahanan' spt yg dimaklumkan melalui perbualan telefon.

Gua yang dihalau keluar dari balai, mendapatkan tempat 'charge' bateri videocam di stesyen minyak Shell kepunyaan Ali Bagas org lama umno, dan salah seorang pekerja Shell menceritakan pada gua yang FRU pagi-pagi lagi dah berkawad dlm kawasan balai. Mulanya dia tidak syak apa-apa, cuma hairan kenapa dalam puasa pulak FRU dikerahkan berkawad. Bila masuk waktu petang barulah dia tahu kenapa FRU yang jarang dilihat sekitar pekan Sitiawan rupanya untuk bersedia bertempur dengan para demo yang tidak dirancang ini. Katanya mengapa perlu dihalang, bukan mereka bawa senjata, semata-mata utk meluahkan kpd orang ramai yang mereka dikianati dan membuat laporan polis.

Jawabnya, umno hilang lagi 1 undi dari mamat melayu shell ini bila menyaksikan gerombolan rakyat di hadapannya.

TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 13)

Sambungan dari TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 10)


Warga Sitiawan menyaksikan aksi-aksi lucu dan ganas oleh pak polisi Sitiawan,
pada awalnya pak polisi tidak menghiraukan gua, tapi setelah beberapa rakaman, ada 2-3org pak polisi tanya siapa gua, gua rakyat biasa, gua rakyat malaysia. Gua ketegaq, namun aweks-aweks polisi menyapa gua dgn penuh 'HEMAH', "en. tak bleh ambil gambar dlm balai", gua balas dgn senyuman, "oh ye ke, tq". Gua stop ambil gambar, jumpa YB dan rakan gua di dalam balai yg sedang buat laporan polis, skali lagi gua diekori oleh mamat yg tak puashati dgn gua agaknya, terus tanya gua siapa, gua cakap gua kwn mereka ni buat report, dia terus bercakap kasar tanpa slogan 'HEMAH'nya, "Kalau takde urusan dgn polis, sila keluar dr balai!". Rakan India gua tenangkan gua tarik gua keluar.

Hari ini gua nak umumkan bahawasanya mengikut mamat polis tu (pangkat tak tahu sbb pakai baju ala umno, mgkin SB kut) kata : KALAU KITA TAKDE HAL ATAU URUSAN DGN POLIS, KITA BOLEH DIHALAU MAHUPUN DITANGKAP KERANA BERADA DIBALAI POLIS TANPA URUSAN POLIS".......hampeh betul!!! (Balai Polis Sitiawan je kut!) Eloklah perangai macam tu, memburukan pemerintah yakni bn/umno.

Maaf gambar kurang jelas disebabkan kekecohan yg berlaku hingga videocam boss gua jatuh, siapa mahu tanggung, sendiri tanggung la......bos, sorry bos!
(ada sape2 nak jual slr camera 2nd, boleh roger gua, harga menarik gua beli cash, bos bayar..hehehe)


Bila tanya OCPD, dia tak arahkan pun suruh tangkap! yang kecik anak plak yg lebih2, bodek la tu.....lagi baik gua layan buka puasa dengan Dato' seri Kong Cho Ha dgn harapan selepas melantak gua nak adu pada dia, kebetulan OBJ pun ada yg dulu juga pernah berkhidmat dlm PDRM Sitiawan / Batu Gajah (pernah juga masa kecik2 dibawa ke balai sitiawan dgn abg serta sahabat2 termasuk lah anak tuan wahab ni, kami seramai 12-15org sbb main kompang, berebut naik landrover polis, sudahnya yg tangkap kami tu kena transfer tempat lain)

Mulanya ditegurnya gua dulu, "anak bongsu cikgu ... ya?", auto matik tgn gua salam dato' (tak mcm Zambry kalau bleh gua lari tanak bg nampak muka) gua tanya setiausaha sulitnya , Ting, samada dato' tahu berkenaan Isu Sekolah Gandhi, secara realiti dan senyum katanya "Dato' bukan tak mahu komen tapi ini urusan Zambry dan Zambry dah pun komen".

Gua tak puashati, "Tapi rakyat tidak percayakan ZAMBRY! Apa bukti hitam putih, bolehkah isu ini dibawa oleh Dato Kong?" Ting tersenyum lagi, " kita tak mahu bercanggah dgn apa yg Zambry dah komen dan tindakannya". Gua buat-buat faham....

Tak puashati lagi, gua tanya kuncunya plak dgn cara soalan nak bg dia jawab,"Itu tanah bukan Kar Sin beli ka itu Sekolah Gandi Sitiawan".

"Bukan, tapi kontraktor cina juga. Ini kes tahun 99 sudah naik mahkamah, tapi belum selesai lagi sebab ini persatuan D.I.A pun masalah sesama kaum mereka, bagi mereka selesai dulu la, tak mahu masuk campur ma." jawab member baru gua.

" Ohhh, itu macam ka. Dia mau angkat itu tanah bikin apa?", gua bodek dia lagi.

"Bikin 15 buah kedai dan tanah selebihnya mahu naik sekolah baru", sambil senyum katanya. "Jadi sekarang kita tak mahu campur ini hal, bagi mereka selesai dululah, seorang mahu jual seorang tak mahu, offer *juta".

"Bukan kerajaan cakap sudah stop semua hal tanah ini utk dijual?" last question gua.

"Ini tanah dulu, pewaris tarak letak nama persatuan, nama persendirian, bila waris sudah meninggal, kerajaan angkat la......" ini dia kata dalam keadaan gua dengar tak dengar pasal suara imam lagi kuat, gua salam dia, ambil air sembahyang, solat....

Sambung....

SUGU LEAD THE RAKYAT VOICE (BKG&SP12)

Bermulanya di sini, lelaki inilah yang menjadi mangsa 'penderaan dlm tahanan', dan di heret di cekup semasa ketibaan di hadapan balai polis Sitiawan. Wira rakyat ini merupakan S.U kpd Ahli Parlimen YB Kula yg turut di heret ke dlm balai dgn keganasan bukan seperti slogan 'berhemah'. Hemah hanya untuk orang umno.



'Diheret' boleh tgk sblm ini di TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 10)
Lanjutan akan disiarkan kemudian, Little India Fight For Their Rights 1 and 2.

GAMBAR SEKITAR BANTAHAN RAKYAT (BKG&SP 11)

22.08.2010
Balai Polis Sitiawan
Gambar sekitar Bantahan Rakyat untuk membuat laporan polis terhadap isu Warisan Rakyat.




TANGKAPAN AHLI PARLIMEN (BKG&SP 10)

22..08.2010
Balai Polis Sitiawan, Perak.
YB Kulasegaran (Ipoh Barat MP) ditangkap kemudian dilepaskan dan Setiausahanya ditangkap dan ditahan. SUnya di bawa ke Balai IPD Seri Manjung. Arahan Siapa??


*Rakaman kelam kabut.....

'PUB' DI DALAM KAWASAN SEKOLAH (BKG&SP 9)

Hari Ini Dalam Sejarah


Lokasi Bangunan Dindings Indian Association (DIA) di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan, Perak.

Sekolah ini mempunyai nilai sejarah rakyat terutamanya kaum India sebelum Merdeka. Namun pada hari ini, pemimpin dan rakyat yg prihatin membongkar 'sejarah baru' di mana dalam kawasan sekolah kebangsaan mempunyai 'Superb Mini Bar' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mengapa ini boleh terjadi? Difahamkan ia telah beroperasi sekian lama. Lesen? Yang meluluskan? Yang mengaut keuntungan? Tindakan Pihak Berkuasa?

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 8

Keadaan kini di Dewan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan mendapat perhatian setelah isu pengambilan tanah oleh kerajaan ini dibangkitkan oleh DIA dan rakyat yang prihatin terhadap sejarahnya menghargai jasa para penyumbang sebelum kemerdekaan.

Keadaan yang menyedihkan bila mana pihak yg bertanggungjawab tidak menitikberatkan warisan rakyat ini.





Tiada pengawasan yang sewajarnya. Pemimpin rakyat tak kira mana parti sekalipun seharusnya prihatin terhadap penjagaan dan pengawasan khazanah rakyat terdahulu.


BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 5

Senarai 380 penyumbang terdahulu yang membeli tanah dan membina sekolah serta dewan yang dianggap sebagai "TUGU PERINGATAN GANDHI" dibuka oleh Sultan Perak yg ke32 Raja Sri Yusuf Izzudin Shah pada tahun 1952 sempena hari kelahiran Gandhi pada 2 Oktober.


















Jangan kianati mereka yang telah menyumbang keringat utk membina sekolah ini, walaupun sumbangannya $1.00 (pada tahun sebelum merdeka) tetap dicatatkan dalam penama penyumbang dan pewaris tanah pusaka ini.

Siri seterusnya, gambaran keadaan tiada pengawasan dari pihak yg tidak bertanggungjawab.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 4

Bila pemimpin buta sejarah, maka gua mahu bongkarkan sejarah utk MB dan lain-lain pemimpin rakyat. Ini bukan isu politik, ini hak rakyat dan gua tidak berparti tapi gua rakyat biasa. Siapa kata isu ini isu politik? mahupun perkauman?, sejarah rakyat membuktikan tanah ini milik rakyat berbilang kaum, ia bukan keresahan masyarakat india sahaja tapi generasi rakyat yang terdahulunya berkorban dr hasil keringat titik peluh generasi mereka sendiri untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian bagi anak-anak masyarakat tempatan mendapatkan ilmu yang masih wujud hingga hari ini sbg Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Hargailah warisan ini! Berilah pengawalan yang cukup terhadap bahan sejarah 'warisan rakyat' ini.


Ikuti siri seterusnya bab sejarah, dan gambaran keadaan khazanah ini diperlakukan oleh beberapa org pentadbiran yg sedia ada. Benarkah mereka memelihara warisan ini?!?!?

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 3

Rakyat akan turun mempertahankan warisan ini dan hak rakyat terdahulu hingga ke titisan darah terakhir!

Ulasan dan Amaran dari wakil rakyat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat YB Gulasegaran.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 2

Luahan generasi kini dari generasi terdahulu, Sdr. R.Gurusamy PPN.