PAK WAHAB & GANDHI SCHOOL (BKG&SP20)

Gambar oleh Abdul Hadi Bin Mokhtar dan Manjungmari Manjung sedutan dari rakaman Dokumentari 'The Untold Story of Gandhi School' oleh Mohamad Shahhanaz Nazarudin dr UREKA dan admin Otai Manjung Fans. Nantikan keluaran VCD ini.



Pak Wahab bekas pelajar sekolah yg menjadi isu berkenaan tanah warisan rakyat, dahulunya dikenali sebagai Gandhi Memorial School. Beliau merupakan murid terawal era sebelum merdeka masih mengingati cikgunya berbangsa Benggali. Harapannya agar 'pihak yg berkenaan' tidak menggadaikan warisan keringat rakyat terdahulu yg menoreh getah saban hari untuk membeli tanah ini & membina sekolah pada waktu itu. Sehingga kini, ia masih digunakan lagi tanpa sebarang sekatan oleh waris terdahulu, tapi rakyat tidak rela ia di'salahguna'kan oleh tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab untuk menjual atau merampas milik tanah ini. Sebagai bekas murid, beliau menyeru & merayu agar pihak berkenaan meningkatkan mutu sekolah sedia ada & pengawasan yg cukup ke atas bahan-bahan sejarah tanpa mengira sentimen politk atau kaum. Kerana ini, Pak Wahab hadir di Bantahan 10,000 Rakyat di Pejabat Daerah & Tanah Manjung walaupun ia telah dibatalkan pada hari sebelumnya. Insan tua yg prihatin, hadirnya tanpa disedari.

Sejarah tersendiri yang beliau tidak boleh lupakan bahawa Bapa kepada Ahli Parlimen @ Peguam M.Kula Segaran (Peguam Isu Gandhi School) adalah kenalan arwah bapanya suatu ketika dahulu di Lumut, kebetulan kini generasi anak mereka pula mempertahankan sekolah yang bersejarah ini. Bagi Pak Wahab, zaman sebelum merdeka tiada isu perkauman malah kaum yang ada begitu akrab menuntut kemerdekaan bersama dilaungkan, bukan laungan HIDUP MELAYU yang dituntut.

No comments: