Showing posts with label SITIAWAN. Show all posts
Showing posts with label SITIAWAN. Show all posts

KOMUNIS SITIAWAN: TUNKU BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

18.10.2011 Kg. Teluk, Telaga Nenas Ayer Tawar.

 Mohd Yatim Bin Ayob atau lebih dikenali sebagai Pak Anjang, 83 tahun akui perjuangan Kemerdekaan adalah hasil dari Semangat Komunisme oleh Chin Peng & Kawan-kawan dari Parti Komunis Malaya, bukan Tunku Abdul Rahman.

   
PAK ANJANG KONGSI PENGALAMANNYA

PKM wujud sebelum UMNO yang diangkat penjajah, satu-satunya parti yang tidak diharamkan British selepas peperangan terhadap Jepun. Bahkan merekalah yang bertanggungjawab membanteras Tali Barut penjajah Jepun & British. Tali barut ini juga terdapat dalam golongan orang-orang melayu terdahulu yg 'mencari makan', ini termasuklah datuk kepada Cikgu Nooraini Ketua Wanita UMNO cawangan Telaga Nenas Kg bharu yg kini menetap di Kg Pasir Panjang dan beberapa generasi kampung sekitar Pasir Panjang, Kg Bharu dan Sitiawan yang masih dalam ingatannya. Beliau menyanggah tanggapan masyarakat pada hari ini Komunis tidak beragama dan ganas yang diputarbelitkan oleh penjajah dan diteruskan oleh UMNO.

Pejuang Kiri bermatian di hutan menentang Penjajah, sebaliknya.......... 
Tunku hidup senang Sbg D.O lantikan British diangkat UMNO sbg pejuang kemerdekaan. 

 Tunku 'kawtim'.....buku memoir rashid maidin ms79 bab 19 - perundingan mendapatkan kemerdekaan dari British, Tunku secara tidak langsung menggunakan isu PKM. Malah Tunku sendiri mengiktiraf pergerakan PKM dengan menyatakan; This time we are the boss. Di dalam pun ada, di luar pun ada, dengan merujuk di dalam (dalam hutan) ialah PKM.

Inikah pejuang kemerdekaan!?!?!

Salah seorang anak Pak Anjang yang berjaya mewarisi kehebatannya.



'PUB' DI DALAM KAWASAN SEKOLAH (BKG&SP 9)

Hari Ini Dalam Sejarah


Lokasi Bangunan Dindings Indian Association (DIA) di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan, Perak.

Sekolah ini mempunyai nilai sejarah rakyat terutamanya kaum India sebelum Merdeka. Namun pada hari ini, pemimpin dan rakyat yg prihatin membongkar 'sejarah baru' di mana dalam kawasan sekolah kebangsaan mempunyai 'Superb Mini Bar' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mengapa ini boleh terjadi? Difahamkan ia telah beroperasi sekian lama. Lesen? Yang meluluskan? Yang mengaut keuntungan? Tindakan Pihak Berkuasa?

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 8

Keadaan kini di Dewan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan mendapat perhatian setelah isu pengambilan tanah oleh kerajaan ini dibangkitkan oleh DIA dan rakyat yang prihatin terhadap sejarahnya menghargai jasa para penyumbang sebelum kemerdekaan.

Keadaan yang menyedihkan bila mana pihak yg bertanggungjawab tidak menitikberatkan warisan rakyat ini.





Tiada pengawasan yang sewajarnya. Pemimpin rakyat tak kira mana parti sekalipun seharusnya prihatin terhadap penjagaan dan pengawasan khazanah rakyat terdahulu.


BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 7

Setelah dibangkitkan oleh rakyat, kini kerajaan akur. Bagaimanapun, hati pewaris sudah terluka, pihak berkaitan tidak menunjukkan keikhlasan untuk memohon maaf kepada mereka hatta rakyat marhaen. Bagaimana jika rakyat berdiam diri, rakyat pasti kehilangan pusaka yang bersejarah ini yang mana MB sendiri tidak tahu sejarahnya.

Baca di sini dan di sana :-

Apa tindakan kerajaan bagi menjamin warisan rakyat ini?!?!?!?!

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 6

Kelas yg disumbangkan oleh rakyat dari hasil titik peluh mereka sebagai peladang estet sekitar tahun 1950an. Setiap bilik darjah, ada batu penanda nama penyumbang. Klasik dengan sejarahnya, kini salah satunya dijadikan bilik guru Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan. Seharusnya pihak yg berkenaan memelihara atau meningkatkan pengawasan bahan sejarah ini, agar guru-guru, murid-murid dan generasi seterusnya dapat menimba ilmu dan menghayati sejarah ini.


Salah sebuah bilik darjah yang dijadikan bilik guru.

BN KIANATI GANDHI & SULTAN PERAK?! - 4

Bila pemimpin buta sejarah, maka gua mahu bongkarkan sejarah utk MB dan lain-lain pemimpin rakyat. Ini bukan isu politik, ini hak rakyat dan gua tidak berparti tapi gua rakyat biasa. Siapa kata isu ini isu politik? mahupun perkauman?, sejarah rakyat membuktikan tanah ini milik rakyat berbilang kaum, ia bukan keresahan masyarakat india sahaja tapi generasi rakyat yang terdahulunya berkorban dr hasil keringat titik peluh generasi mereka sendiri untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian bagi anak-anak masyarakat tempatan mendapatkan ilmu yang masih wujud hingga hari ini sbg Sekolah Kebangsaan Simpang Empat. Hargailah warisan ini! Berilah pengawalan yang cukup terhadap bahan sejarah 'warisan rakyat' ini.


Ikuti siri seterusnya bab sejarah, dan gambaran keadaan khazanah ini diperlakukan oleh beberapa org pentadbiran yg sedia ada. Benarkah mereka memelihara warisan ini?!?!?