Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu Segari!

Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak

Ini maklumat dari website Perikanan:  Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah menubuhkan Pusat Penetasan Penyu di kawasan ini dalam usaha menangani ancaman kepupusan penyu. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pengurusan dan penyelidikan penyu di samping memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai. Ia terletak di atas tapak seluas 2.4 Hektar dan dilengkapi dengan kemudahan pameran dan juga kolam penyu hidup untuk tatapan pengunjung. (baca lanjut di Segari Turtle Centre)


Projek loji simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel berhampirannya [rujuk artikel sebelum ini- Visit Perak Year (2.0)] boleh menambah gugat ekosistem sedia ada, tambahan ia dikatogerikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (ESA Rank 1), diulang TAHAP SATU! Ia lebih sensitif dari Teluk Rubiah (Tahap 2) yang mana merupakan laluan, pendaratan & penetasan penyu satu-satunya di Perak.

 Sekali lagi Kerajaan Negeri terang-terang langgar Rancangan Fizikal Negara!

 NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah membantah projek-projek yang boleh menggugat kawasan semulajadi darat mahupun persisiran pantai di Segari daerah Manjung, rujuk keratan-keratan akhbar (klik untuk besar) di bawah.

Keratan Akhbar Berita Harian 13 Julai 2012

Keratan Akhbar The Star 12 Julai 2012

Keratan Akhbar Sinar Harian 13 Julai 2012

Malaysia bukanlah terletak digaris bencana alam yg dasyat selain banjir dsbgnya, tapi peristiwa bencana seperti contoh tanah runtuh adalah angkara manusia sendiri. Ia seharusnya memberi pengajaran utk dikekalkan dalam zon guna tanah sedia ada dan tidak harus dibenarkan untuk di ubah-guna menjadi kawasan pembangunan atau penempatan yang boleh menimbulkan masalah keselamatan awam, haiwan yang dilindungi & sistem ekologi pada masa akan datang. Duit punya pasal apa pun boleh di negara ini! Lepas tu peruntukan duit keuntungan itu utk hadapi kecelakaan bencana dalam menyelamatkan atau mengurangkan beban mangsa.......pun buat duit!


Dalam menangani isu ini, Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) akan sertai lawatan & gotong royong anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk mengetahui lebih dekat segala kelemahan & permasalahan yang ada dan apa yang terkesan dengan bakal kehadiran 2 projek terbabit. Kami mahu bekerjasama dengan semua pihak yang prihatin bagi menghindarkan kepupusan penyu di negeri ini. Kami bukanlah anti pembangunan tapi kami anti pembangangan, tiada kompromi dalam melestarikan alam sejagat!
 
QR Code: facebook.com/SaveTelukRubiah - Hentikan Tangisan Penyu @ Segari

Hamidah sbg Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan bla bla...sukses menjadikan zon pelancongan & sensitif alam kepada industri berat, mungkin pelabur asing juga dianggap pelancong baginya. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan berjaya melihat diam seribu bahasa kejayaan transformasi tempat pelancongan bertukar wajah dan Zambry Kadir mengiyakannya dalam memastikan Perak Amanjaya! Aman melancong atau berjaya melencong bai!?!.....

#Selepas ini Visit Perak Year 2012 (3) - berkisar pusat pelupusan sisa radioaktif disebalik banjaran kledang, projek menikus tanpa pengetahuan meluas kepada orang awam. kenapa dan apa yang ada disitu? nantikan....

No comments:

My POST