Setan, Syaitan, Sultan, Skmm, Pdrm, Media Perak

SKMM, PDRM, Media Perak

Ada sultan perangai syaitan buat kerja setan..... bukan setakat MediaPerak.Com yang memancutkan dan pemecah alkisah jembalang ini, bahkan bersepah bloggers selamba menyantak raja hari ini. Gambar raja ber'arak', ber'gay', ber'seks', ber'himpunan kereta', ber'himpunan aweks', ber' www1', ber'atan bin hashim' tersebar tanpa batasan, rakyat yang berjiwa jebat sambut derhaka dan rakyat yang berjiwa tuah pertahan sembah bagaikan Tuhan mereka!

Uncleseekers ditangkap, berpuluh klon uncleseekers yang wujud! Segala kencingan raja sudah tidak boleh ditutupi, ada yang terkencing dalam seluar yang amat hancing rakyat hidunya.... untuk menutup segala bau hancing ini, terpaksalah ditutup hidung rakyat, tapi mereka lupa untuk membersihkan si pelaku hancing ini!

Nak tutup bau hancing, skmm & pdrm menjadi mangsa terpaksa dikerah... blog uncleseekers sudah dikatup, tapi wujud pula uncleseekers version 2 miliknya dan pelbagai versi klon lain spt kita semua uncleseekers, uncleseekers 3 la, we are all uncleseekers la dan mcm2 lagi tumbuh, lagi dilanyak lagi bertambah... sesal sungguh si raja hancing!

Pemecah berita paling panas masakini yg tumbuh tak sampai setahun semakin digeruni...Media Perak! sana kritik sini kritik, mana salah katanya salah, mana silap katanya silap....salah tak boleh dikatakan benar, silap tak boleh dikatakan betul. Sebab tak boleh sorok salah, Media Perak diberi amaran skmm namun warga MP buat pekak! buat nohen.....kenapa perlu dengar cakap setan...?!?

 Amaran SKMM tarikh 4 Sept 2012

Blogger egonya tinggi kata Abah (Pak Habib - Syed Hussien Al-Attas), jadi MP buat dek je amaran ini, masih memancutkan pembongkaran. Tup-tup 3 hari yang lalu, sudah tiada lagi MediaPerak.com.... di block atas restu skmm & pdrm mengikut arahan. Namun perjuangan siber tidak terhenti di situ, ia sebahagian dari liku-liku kesulitan perjalanan. Tumbang satu, bangkit berpuluh, tumbang berpuluh, bangkit beratus, tumbang beratus, bangkit beribu..dan begitulah seterusnya! Maka wujudlah Media Perak Reloaded dengan jenama barunya lahir pada semalam hari yakni MEDIAPERAK.NET ! Selamat kembali dunia pemecah berita panas!

Sebaliknya wujudlah MediaPerak.Net, boleh juga bergaul  di:-

Setan, Syaitan, Sultan

Kembalinya Media Perak, hadir juga sebuah buku 'Setan, Syaitan, Sultan' dari Abah (Pak Habib). Tiadalah haram buku ini tapi tiadalah tokey-tokey kedai yang berjiwa jebat untuk menyebarkannya, mereka berjiwa hamba & mereka berjiwa tuah yg lebih berani menculik tun teja jika diarah raja. "Ampun...Tuanku..sembah patik harap diampun!" hmmm....belum buat salah dah minta ampun!? Maka terselamatlah tuah dibumi yang bertuah ini. Sembah mereka mengalahkan Tuhan!


Buat pendokong kebebasan bersuara yang mengalu-alukan perbezaan pendapat walaupun sikit jiwa jebatnya bolehlah dapatkan buku ini sebelum diharamkan dengan membuat pesanan melalui email otaimanjung@gmail.com. Bukan dipaksa mempercayai penulisan ini, ada otak jalankan...jadilah pemikir yang bebas dari kongkongan manusia! bukan meletakkan orang lain untuk berfikir arah tuju hidup dan membiarkan diri terus menyembah manusia yang diagung-agungkan. Selamat berfikir!

1 comment:

C++ said...

Bhai OM...

Nampaknyer tak lama tadi ader yang akan dimuziumkan nampaknyer... hahaha....

My POST