KALAU MENANG JGN LUPA DIRI...
Jika bertanya kpd saya, perjalanan penyokong PR masih jauh lagi walaupun pilihanraya hampir tiba. Jika menang sekalipun prosesnya agak rumit dan memerlukan masa utk kestabilan.
Maklumlah dah 55 tahun rumah pun dan usang, nak baik pulih pastilah mengambil masa . Paip airnya tentulah dah berkarat dan mesti diganti termasuk mangkuk jambannya. Kena panggil Tuan Guru lagi nak halau jin2 yg dah lama duduk di dlm yg sudah seronok tiba2 hdk dihalau kenalah dibuat dgn berhati-hati.
Namun kpd pendokong atau ahli PAS, anda kena perlu lebihkan bermujahadah. Jika 55 tahun boleh bersabar hanya beberapa bulan takkan tak boleh mengawal nafsu atau amarah diri. Walaupun didera secara fizikal atau mental terutamanya, jgn pula bertindak sepertimana pendekatan yg dilakukan oleh pihak yg lagi satu lagi.
Rasulullah saw sebagai contoh terbaik, walau mcm diuji sekalipun apabila baginda menyebarkan agama ini dgn penuh kesabaran. Malah baginda member keadilan dan keampunan. Bagi saya bilamana serangan peribadi ahli2 PAS kpd indvidu2 Umno terutama kpd fizikal mereka adalah sgt keterlaluan.
Contohnya menggunakan grafik mengaibkan PM, Datuk Seri Najib, isteri beliau Rosmah Mansur dgn pelbagai bentuk, ia bukan peribadi jamaah atau parti Islam. Apatah lagi dgn memanggil-manggil dgn panggilan tidak baik seperti ‘big mummy’, si pendek, penguin , Ibrahim Katak dan bermacam-macam lagi.
Sepatutnya ambilk pendekatan seperti TG Nik Aziz, TG Haron Din dan Presiden sendiri yg tidak menghina peribadi tetapi hanya mengkiritik dasar parti, pembaziran atau penyalahan guna kuasa. Jgn taksub dgn pemimpin. Jika anda merasakan Mat Sabu sering mengkritik individu dlm Umno terutama mengenai fizikalnya, anda mesti tegur sb dia Timbalan Presiden. Jgn menghalalkan cara kerana dia Timbalan Presiden.
Begitu juga jika anda merasakan lukisan Zunar keterlaluan, anda wajib tegur kerana Islam mengajar kita berakhlak dan bermoral malah org putih pun tak buat kerja mcm ini. Jgn kerana dia penyokong parti anda halalkan apa yg tak betul. Yg salah tetap salah.
Kadang2 yg lucunya org PAS pula meletakkan hak eksklusif warna hijau seolah-olah milik mereka. Bila nampak pemimpin Umno pakai hijau…mulalah dia berkata … “Ku lihat hijau..”…haaaaa (pening memikirkan malah rasa mcm kebudak-budakkan. Tak ubah mcm org Umno takutkan logo Petronas dulu)…tak membantu langsung dlm berpolitik. Kita jgn jadi politkus usang yg org Umno tak boleh pakai baju hijau dan org PAS tak boleh pakai baju biru.”
Saya sentiasa mengikuti perkembangan politik di Mesir di mana negara ini mempunyai byk sejarah Islam di sana. Di penghujung dunia ini Allah berikan kembali yg hak kpd pemimpin yg menjiwai Islam. Negara2 Arab kini satu persatu dikembalikan Allah kpod org yg baik2. Firman Allah, "Dan katakanlah, telah dtg kebenaran dan terhapuslah kebatilan. Demi sesungguhnya kebatilan pasti akn lenyap"
Gambar Hiasan
Dr Mohammed Morsi saya anggap adalah ketua negara terbaik ketika ini. Rakyat Mesir bergembira di Tahrir Square dgn melaungkan kalimah Allahuakbar selepas Dr Morsi dimumkan sebagai Presiden Mesir yg baru dgn melalui keperitan serangan tentera Mobarak. Tapi akhirnya apabila jutaan manusia turun, Mobarak akur dgn kehendak rakyat sepertimana berlaku kpd Suharto suatu ketika dahulu.
Anwar patut cuba alihkan juga ketaksubankannya kpd Perdana Turki, Recip Tayyip Erdogan kerana Dr Mohammed Morsi juga adalah pemimpin yg disegani oleh pemipin dunia dan ulama2 dunia. Apa kata Dr Mohammed Moirsi bila dia dilantik menjadi Presiden…
“Hari ini saya berdiri di sini bukan sebagai org Ikhwan Muslimin. Tapi saya berdiri di sini sebagai pemimpin rakyat Mesir… Saya adalah milik raktyat Mesir tidak mengira apa fahaman parti,” satu ungkapan yg hebat daripada seorang pemimpin yg berjiwa besar.
Malah sewaktu dia memanggil seluruh Gabenor di seluruh negara, Dr Mohammed telah memanggil tukang masak Istana, apakah masakan yg hendak dimasak. Tukang masak tersebut memberitahu terpulanglah kpd Presiden. Lau jawab Dr Mohammed, masakkan sahaja Nasi Goreng. Terkejut tukang masak tersebut kerana katanya yg akn hadir nanti adalah para Gabenor2.
Jawab Presiden, “Biarkan pemimpin2 juga merasakan apa yg dimakan oleh rakyat..”. Masyallah…Org Mesir telah mendapat pemimpin yg berjiwa Islam dlm negara mereka. Maka dirahmatilah oleh Allah.
Buat Pakatan Rakyat jika anda menang…..Andai anda menang jgnlah membalas dendam kpd ahli2 Umno. Mereka juga saudara kita. Sedarilah ibu bapa atau datuk nenek kita dulu juga ramainya yg ahli Umno. Berilah keadilan kpd semua pihak. Disebalik kekurangan parti yg memerintah skg ni pastinya ada kebaikan yg dilakukan utk anda semua. Berkhemahlah dan berkahlak lah kerana perjuangan kita yg sebenar-benarnya ialah mencari keredhaan Allah dan cuba menduduki syurgaNya. Di sini bukan tempat kita tinggal…
5 comments:
Bhai OM dan Norman...
Gua stuju... walaupun UMNO teruk camana pon... PAS jangan terikut perangai diorang... PAS kena tunjuk sahsiah, akhlak dan adab kelaku yang baik.... itu jer..
Ahli PAS yang telah ditarbiahkan dan yang sering menghadiri majlis ilmu di surau dan juga masjid tidak banyak menimbulkan masalah.Tapi.....ahli2 dan penyokong2 yang kurang ilmu sering terikut2 dengan rentak dan cara orang lain.jadi....perbetulkan kesilapan mereka.
Aku kurang faham penulisan ni... kabur.
Memang betul warna hijau bukan hak PAS tetapi ia sebagai lambang kpd Islam, apakah dosanya hingga warna hijau pun nak dihapuskan dari mesia terutama zaman madey kutty.
Sekiranya PR berjaya menjadi pemerintah kita seharusnya tidak membalas dendam tetapi setiap kesalahan yg dilakukan oleh umno/bn semasa berkuasa hendaklah didakwa di makamah. Kita hendaklah berikan keadilan kpd rakyat yg dirampas hak mereka spt tanah, harta, penindasan dll.
Sesiapa pun memerintah keadilan mesti ditegakkan uts semua.
individu yang terlibat dengan jamaah Islam mesti menjaga akhlak dan sahsiah mereka.
Post a Comment