Lebih Senang Berbicara Dgn Allah Dari Raja


Penulis Tamu OM: Norman

Siapa kita nak jumpa Perdana Menteri?
LEBIH SENANG BERBICARA DGN ALLAH DARI RAJA
Kalau kita nak jumpa YB, kena buat temu janji. Kalau kita nak jumpa Menteri, lagi susah dan kadangkalanya tak dilayannya kita. Nak jumpa Perdana Menteri...siapa kita nak jumpa Perdana Menteri. Apatah lagi ingin berjumpa Raja utk mengadu hal.

Dlm maksud lain kita kena cermin2 dulu diri kita siapa kita utk bertemu Pak Menteri, PM atau Raja. Jika hanya kerani, tukang kebun atau saudagar mimpi, jgn mimpi di siang hari. Lihat di cermin apa jasa kamu pada mereka atau kpd negara. Jika ingin menyampaikan sesuatu yg sgt penting sekalipun kamu kena melalui org perantaraan.

Bermula dgn sepucuk surat, panggilan telefon dan berurusan dgn pelbagai Setiausaha...barulah kamu mampu berbuat demikian, itu pun jika bernasib baik 3 bulan baru dpt temujanji tersebut. Jika soal bnz, kena dulu mmmmm....berapa persen bos...barulah boleh bertemu. Begitulah sukarnya kita ingin bertemu manusia yg ada sedikit kuasa sementara daripada Penguasa Yang Maha Berkuasa.

Dgn Allah kamu tidak perlu perantaraan utk berbicara dgn Allah. Kamu tidak perlu membuat temu janji utk berbicara dgn Allah. Kamu tidak perlu malu kamu kerani, tukang kebun atau pun fakir miskin utk berbicara dgn Allah. Begitu juga apa bangsa kamu, begitu juga adakah kamu cantik atau buruk, hitam atau putih kulit kamu...di sisi Allah semuanya diperkenankan utk berbicara dgnnya.

Malah dgn Allah tak perlu sogokan wang. Allah tidak perlukan wang kita kerana Allah sgt kaya. Allah tak perlu diberi makan sebab dia yg beri kita makan. Allah dah beritahu kita dlm firmannya.

"Katakanlah (wahai Muhammad), Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yg lain dari Allah yg menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yg memberi makan dan bukan Dia yg diberi makan?

"Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi org yg pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dgn firmanNya). Jgn sekali-kali engkau menjadi dari golongan org2 musyrik itu."

Kita patutnya bersyukur wahai sahabat sekalian. Kita terus mengadu kpd Allah tanpa sebarang bayaran, pada bila2 masa dan sekerap mana yang mereka ingin lakukan. Begitulah kasihnya Allah kpd kita. Jadi kenapa kita tidak mahu mendekati diri kpd Allah dan bertaubat kpdnya. Bukankah Islam itu sungguh mudah sebenarnya.

Duhai sahabat, walaupun siapa org itu, Allah tetap memperkenankan permintaan hambanya. Allah tidak menyebut khusus pada orang Mukmin (yg mungkin tidak banyak melakukan dosa) tetapi Allah menyebut dgn lafaz ‘HAMBA’, yg mana tidak tahu tahap dosanya byk mana, jika dia minta pada Allah, maka Allah perkenankan..

Demikian juga Allah menyebut di dlm hadis Qudsi,..... walaupun seseorang hamba itu melakukan dosa setinggi langit, maka aku tetap ampunkannya, aku tidak peduli. Kita tidak tahu langit itu luas dan tinggi mana, kerana ia sentiasa membesar dan terus membesar. Lihat pada rahmat Allah, jgnlah kita melakukan syirik sama ada dgn sedar atau pun tidak.

Memang kita tidak nampak Allah sepertimana kita nampak seorang Perdana Menteri utk mengadu hal tetapi percayalah Allah ada dekat dgn kita. Allah beritahu kita dia dkt sebenarnya dan melihat dan mendengar rintihan kita.

Beritahu Allah kpd kita, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kpdmu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kpd mereka), Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila ia berdoa kpdKu. (al-baqaroh ayat 186).

Kadangkala terfikir rasa malu sungguh dgn Allah. Punyalah kasihnya Allah sanggup menunggu dan sentiasa mengampunkan dosa2 kpd mereka yg benar2 ingin bertaubat. Tapi kita bila solat pun nak cepat2 sdgkan Allah sabar menunggu...Masyallah...

3 comments:

C++ said...

Bhai OM dan Norman...

Kalu lu nak tau... orang Melayu nih ramai yang menyembah manusia (Sultan dan Raja)... dan bukannyer menyembah Allah Taala.... pelik... tapi benar...

Abu Amir said...

Melayu bertuhankan raja & pemimpin umno, Org melayu mukmin bertuhankan Allah SWT.

Tanpa Islam melayu terus dlm kesesatan, semoga kita termasuk kedalam kaum mukmin yg direda oleh Allah SWT. Amin.................

Anonymous said...

semoga sentiasa dalam rahmatNya

My POST