Gambar dari AlHud - MediaPerak.
Gambar yang tersebar di dalam facebook berbeza dgn gambar yg aku cilok fb dari geng-geng Umno Lumut, dalam hal ni depa lebih awal ketahui. Yg tersebar sebelum ni takde tulisan cina ni....
Pemuda Umno cuba menuduh mensyaki orang DAP yang buat semua ni...wakakakaaaa, beb lu tak cakap pun aku dah agak sasaran korang. Adakah ini antara motif & agenda sebalik semua ini?
Kepala otak aku tertanya kenapalah org yg simbah tu tak buat malam sebelum Najib nak turun, kan realistik jika nak bagi najib tengok protes ini supaya MPM tak sempat nak turunkan banner ni. Lain kali kalau nak simbah, simbah depan-depan macam pemuda umno melaka buat...baru berani beb! Kenapa 3 hari sebelum...ohhh, masih sempat utk tukar baru! tukar baru job baru ada, ni ManjungMari ada ulas, korang baca kat Gambar Zambry Kena Simbah Cat, Ku Sangka Satu Rupanya Tiga .
Gambar Hadie-Media Perak. Jamuan 'Janji Ditepati'.....jam 12tghari baiknye planning, aku puji organiser sebab masa tu tak kira pekerja kerajaan atau swasta mencari makan. Secara tak langsung memeriahkan suasana walaupun yg hadir dtg utk makan...makan free sapa tak mau tambah harga barang dah naik, peluang mcm ni cukup bagus utk menjimatkan duit poket! makan free apa pun sedap beb!
Kerana isu ini, tak pasal orang luar Perak tahu begitu banyaknya banner wajah Zambry ni di sekitar Manjung. Aku tak pasti samada Zamry Man YDP MPM nak bodek Zambry atau nak penaya dia? Dato dah dapat...Datuk Bandar Ipoh mungkin dalam congak kepala hotak dia! tak salah, semua orang kalau boleh nak naik pangkat....Bukan takat banner Zambry yang tiada tertinggal tiada terpinggir di setiap simpang, malah tugu-tugu 1Malaysia didirikan disetiap Zon dgn duit kita juga. Kenapa aku kata Zamry Man nak penaya dia, sebab gambar-gambar yg bersepah ni semakin lama semakin orang meluat termasuklah org MPM & Umno sendiri! Orang pakatan lagilah kut! Nak buat macamana bila guna duit rakyat, maka rakyat berhak utk berkata! Dari orang tak menyampah, orang mula menyampah kat Zambry, mana taknya macam sorang pegawai navy kata, naik meluat tgk mukanya bila hari-hari lalu situ! wakakaaaa..... nasib lu lah bro!
Aku tertarik gambar dari pengguna fb bernama 'Tok Dalang' (harap bukan dia dalang semua ini), sorry aku cilok gambar hang sebab ada isu disebaliknya iaitu 'nota penulisan cina'....... apa ke bodoh sangat tukang simbah tu tinggalkan nota tulisan cina itu supaya orang tahu ini kerja org cina! macam isu letak babi dalam surau, siap ada kain pengalas utk pegang....kan nampaknya melayu sendiri yg bikin cemarkan rumah Allah. kononnya nak tarik perhatian melayu suruh berdendam dgn cina...sorrylah, orang Malaysia macam aku tak terhasut dgn dakyah tu! Sape yg suka sangat dgn isu perkauman ni....korang fikirkanlah sendiri, aku letih dgn politik semacam ini, isu rakyat tak diutamakan, bila gambar kena simbah tak sampai 24jam bertindak membetulkan keadaan sedangkan itu hanya sebuah gambar! siut......
Tiga banner ini ditampal nota tulisan cina ini, apa motifnya?! Sesape pun yang lakukan perkara ni aku katakan bingai, udah le bingai..buat kerja bingai laktu! Nyusahkan polis je..... Kalau tak puashati sekalipun, terjah terus PM........ aku & aktivis masa PM turun tahun baru cina di Sitiawan bagi memorundum sape pun tak susah.....wakakakaaaa! polis pun buat nohen...berjalan lancar. Tapi dalam hal simbah ni, ada ruang utk orang kaut keuntungan atau ada penaja yg cuba bodek menaja banner baru agar dapat job lagi.....amacam team B & C Umno Lumut, kasi sponsor la.......
No comments:
Post a Comment