BANTUAN SEKOLAH DIPOTONG

By: Norman

1. Bantuan sekolah dipotong. Inilah habuan yang sama-sama kita terima dan terima kasih kita ucapkan kepada penyokong-penyokong UMNO. Mungkin ahli UMNO yang berjawatan tidak mendatangkan masalah dalam soal ini tetapi kepada penyokong UMNO di kampung-kampung, terima habuan ini.

2. Jangan salahkan sesiapa, kepada penyokong PR kita kena kuatkan lagi semangat perjuangan demi untuk generasi mendatang. Kerajaan kita semakin parah dan tidak perlu saya ulaskan dengan lebih mendalam dan cukup membaca artikel di bawah ini.


Bantuan sekolah dipotong?

DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas.

Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.

Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan.

Sudahlah baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman mengenai kenaikan harga gula, sekarang pula telah mengurangkan bantuan tahunan ke seluruh sekolah-sekolah. Oleh kerana kurangnya bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah memaklumkan mengenai kenaikan yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para ibu bapa.

Bagaimana pula dengan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di perkampungan dan juga di luar bandar yang rata-rata dari ibu bapa mereka berada miskin dan kurang berkemampuan, adakah sekolah ini juga senasib dengan sekolah di bandar-bandar yang telah dipotong bantuan tahunan? Bagaimana dengan sekolah tersebut ingin mengadakan persekolahan tambahan atau tuisyen-tuisyen tambahan, dengan mempunyai kekurangan dana?

Saya yakin, kutipan PIBG dari pihak ibu bapa pelajar di luar-luar bandar amat sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu sekolah.

Ramai juga ibu yang merungut terhadap kenaikan yuran PIBGseperti yang diumumkan oleh Guru Besar tadi. Rata-ratanya mulamenyalahkan pihak kerajaan kerana tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak persekolahan. Ramai yang mula menuding jari kepada kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa memotong bantuan persekolahan. Apakah, kerajaan telah kekurangan duit atau mahu menumpukan projek-projek yang besar?

Sepatutnya kerajaan harus menolak atau membatalkan untuk memberikan subsidi kepada gula tetapi berikan subsidi itu kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah. Wujudkan persekolahan percuma dengan seluruh bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya yakin, jumlah yang diperlukan tidak sampai pun jumlah yang sama kerajaan berikan untuk subsidi gula. Bukannya gula itu mendatangkan kebaikan, malah lebih banyak keburukan dan lebih bahayanya gula berbanding dengan kepentingan pelajaran. Tapi kenapa kerajaan lebih pentingkan gula dari pelajaran?

No comments:

My POST