By: Norman
1. Kepada bloggers, inilah masanya kita menyerang Mustapha Mohamed habis-habisan. Buat sehari dua, kita lupakan isu Perak dan nama, yang penting Allah itu sentiasa dihati dan dibibir kita. Jangan seperti orang UMNO, beriaya-riya...sembahyang pun entah ke mana.
2. Mari kita bantu rakyat Kelantan seketika. Kita lancarkan serangan kepada To'pa ini. Dia cuba polemik isu ini demi jawatan dan partinya. Tak ubah seperti perangai Anuar Musa, demi membodek UMNO ketika itu, sanggup melantik Sultan di bawah pokok.
3. Setahu saya, To'pa ini orangnya bijak pandai tetapi saya tidak sangka dia sebangang ini. Ini bukan soal politik tetapi ini soal hak rakyat Kelantan. Tahukah To'pa jika Kelantan tidak mendapat pembelaan sewajarnya bukan sahaja penyokong PAS yang rugi tetapi penyokong UMNO di Kelantan juga akan merasainya.
4. Saya tidak faham mengapa To'pa boleh terfikir sebegitu rupa. Ini bukan soal meraih simpati dan sebagainya tetapi ini untuk kebaikan bersama. Perangai To'pa seperti keanak-anakan. Inikah MB UMNO yang diharapkan oleh rakyat Kelantan????
5. Jika hak yang dituntut oleh rakyat, Menteri Besar dan Pemangku Sultan dinafikan, apakah harapan yang boleh diharapkan oleh rakyat Kelantan kepada To'pa. Jika To'pa bijak, dia akan menjelaskan isu ini dengan membawa ke meja perbincangan dahulu dengan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya dia berjaya menangguhkan isu tersebut agar dia tidak dilihat seperti orang 'bangang'.
6. Nak kata dia bukan anak Kelantan, Mustapa adalah Pengerusi UMNO Kelantan dan boleh kecek Kelate. Jadi siapa Mustapa sebenarnya? Pelakon, Penari, Pengampu, Penipu atau Perakian???? Ya, Mustapa tak rugi apa kerana dia kini Menteri AP. Biar orang Kelatan pape, dia kaya raya.
7. Marilah kita tolong kempen untuk rakyat Kelantan seketika. Kita serang Mustapa habis-habisan. Saya sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba rasa teramat marah dengan Mustapa. Tak sangka Mustapa lebih berjiwa UMNO daripada berjiwa sebagai anak Kelantan.
8. Harap-harap rakyat Kelantan, terutama di kalangan ahli UMNO Kelantan, sedar diri. Maruah dan hak kamu telah digadai oleh ketua kamu. Apa harapan yang boleh kamu sandarkan. Akhir kata 'sandarkan pada kenangan' sahaja la.
Tuntutan terbaru royalti minyak Kelantan tidak dilayan
KOTA BAHARU 12 Jan. - Kerajaan pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kononnya hasil itu diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu itu kerana tuntutan itu dianggap tidak berasaskan kenyataan, demikian dinyatakan di sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha Pas mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.
Menurut Husam tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.
Mustapa berkata tindakan kerajaan negeri Kelantan itu bertujuan meraih simpati rakyat untuk menyokong perjuangan Pas dalam tuntutan itu. - Bernama
1 comment:
1984 lagi oh kome masa dinasti razaleigh hamzah tuh...udahlah yup nanti bolehlah ku li perjuangkan ya..sabo yup.
Post a Comment