PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!

By: Norman

1. Hari ini, Zul Kulim masih menulis di blognya mempertahankan apa yang dilakukannya dan seperti biasa dia akan mengambil hujah dari ulama-ulama yang bersependapat dengannya. Persoalannya mengapa dia tidak mengambil pendapat ulama yang tidak bersetuju dengannya.

2. Jadi nasihat saya, kita jangan pedulikan Zul Kulim lagi. Kita akan menjadi sebodoh Zul Kulim jika kita terus melayan penulisannya. Cukuplah setakat ini kita membicarakan tentang Zul Kulim. Nak kata waras, rasanya dia masih waras, nak kata bodoh dia boleh jadi peguam, nak kata alim dia bukannya ulama, nak kata budak-budak, dia dah besar panjang, nak kata apa lagi...entah.

3. Siang tadi saya menghubungi beberapa rakan media. Walaupun ada rakan-rakan dan bekas wartawan saya ini bekerja di akhbar pengampu UMNO, mereka sendiri meluat dengan Zul Kulim. Kata mereka Zul Kulim ini gila 'glamor'. Kalau ikhlas buat laporan polis tak perlu dihebahkan di akhbar.

4. Jadi saya bertanya mengapa perlu kamu melaporkan di akhbar, jawab bekas wartawan saya, bos suruh dan tentu BN suka.


5. Saya menghubungi bekas rakan setugas yang kini bergelar Pengarang, katanya itulah Zulkifli yang kita kenal dulu. Ya, dulu di kalangan rakan media selalu kami membicarakan mengenai Zul Kulim ini. Kami bersependapat kata-kata Zul Kulim susah hendak dipercayai.

6. Selalu di pentas ceramah dia mendahalui keputusan mahkamah kononnya, begitu begini mengenai DSAI. Suka menjadi pendahulu, kononnya dia serba tahu. Tak satu pun menjadi kenyataan dan saya hairan mengapa dia dicalonkan menjadi ahli Parlimen.


7. Jadi bukan menghairankan selepas ini akhbar akan memainkan isu ini untuk tempoh beberapa minggu kenyataan dari Zul Kulim. Lebih hebat andaikata Zul Kulim disingkirkan dari PKR. Pastinya Zul gila glamor ini akan menggunakan akhbar perdana untuk menyerang DSAI, PKR dan PR sendiri.

8. Percayalah kerana Zul Kulim memang terkenal dengan emosinya jika membuat kenyataan. Jangan terkejut dia akan mengungkit jasa-jasa yang pernah dibuat olehnya untuk DSAI. Siapa yang kenal Zul Kulim, kita tidak hairan dengan tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.

9. Dia mempunyai sifat pendendam teramat sangat. Dia tidak berpuashati kerana Sultan Selangor tidak mengenakan hukuman kepada YB Khalid, Presiden Pas juga begitu dan penyokong PR juga, lantas untuk memastikan YB Khalid dilihat orang yang tewas, Zul Kulim membuat laporan polis.


10. Buruk perangai Zul Kulim, tidak puas menghentam YB Khalid di blognya, sanggup untuk melihat YB Khalid disiasat oleh polis. Masalahnya apa yang polis boleh lakukan. Ini soal akidah, soal agama yang bukan di bidang kuasa polis. Macam budak-budak.

11. Persoalannya juga jika benar kononnya dia pejuang Islam tulin mengapa dia tidak membuat laporan polis terhadap Nazri Aziz YANG MEMBENARKAN BEBERAPA NEGERI MENGGUNAKAN NAMA ALLAH??? Menurut kata rakan saya, orang gila pun tak buat kerja seperti ini.

12. Kami bersetuju (rakan media), Zul Kulim sukar dikawal oleh mana-mana pemimpin pun. Jadi eloklah dilepaskan sahaja kerana itu yang dia mahukan. Kita ingin lihat mana parti yang inginkan dia. Tambah rakan saya tadi, suruh Zul buat jemaah Islam je kerana dia tak sesuai jadi orang politik.



13. Saya amat berharap DSAI singkirkan Zul Kulim. Walaupun berisiko tetapi kita tidak ada pilihan. Kita tahu UMNO akan menggunakan Zul Kulim untuk menyerang PR tetapi percayalah isu itu akan berlalu begitu sahaja. Ramai di kalangan penyokong PR bersetuju Zul Kulim disingkirkan, lagipun dia bukan berpengaruh sangat walaupun dia cuba mencari pengaruh.

14. Jika boleh minta Zul Kulim, kosongkan kerusi Parlimen Kulim. Kalau dilakukan bolehlah kita tabik sikit dekat dia, tapi jika tidak...hampes punya pejuang. Kita tunggu dan lihat.

15. Kepada PKR, anggaplah ini sebahagian daripada pemutihan parti sahaja. Ia bagus apatah lagi PKR masih baru dan selepas ini kita sudah boleh mengenal siapa yang benar-benar mampu duduk di dalam satu kumpulan menentang kezaliman.

16. Kepada Zul Kulim pula, selamat tinggal dan teruskan perjuangan dakwah anda. Mudah-mudahan anda mendapat jalan terbaik dalam mengembangkan dakwah anda nanti demi kebaikan umat Islam sejagat.

2 comments:

jebat_berani said...

SALAM YA SAHABAT..
SANGAT SEDIH DAN KECEWA DENGAN SIKAP ZULKIFLI NORDIN INI...SIKAP BELIAU YANG "TERLEBIH" MEMPERJUANGKAN PRINSIP DIRI SEHINGGA MENGABAIKAN KEPENTINGAN JAMAAH....

NAMPAKNYA KECERDIKAN BELIAU GAGAL "MEMANDU" BELIAU KEARAH PERJUANGAN YANG SEBENAR...BELIAU MELETAKKAN JAMAAH YANG KONONNYA DIPERJUANGKAN BELIAU DALAM KEADAAN HURU HARA DEMI MENYATAKAN PRINSIP PRIBADINYA...

AKHIRNYA BELIAU MEMBUATKAN PIHAK MUSUH BERSORAK KEGIRANGAN...JADI MANA UNTUNGNYA BELIAU MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN PRINSIP PRIBADI BELIAU....

SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI BELIAU AGAR KEMBALI KE LANDASAN PERJUANGAN YANG SEBENAR.....

苦瓜鹹蛋Star said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

My POST