By: Norman
"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak memberi nasihat atau hendak memberi malu kepada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu. Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita".
1. Semalam seorang rakan yang masih berkhidmat di akhbar menghubungi saya. Lama juga tidak kami berborak dan tujuan sebenarnya dia menghubungi saya untuk memberi komen mengenai artikelo saya terhadap YB Zulkifli.
2. Dia beranggapan saya terlalu memarahi YB Zulkifli. Saya katakan bukan marah tapi menegur. Hujah Zulkifli ada kebenarannya cuma cara dan gaya penulisannya agak beremosi. Sebagai wakil rakyat yang menyertai parti beliau tidak layak untuk berbuat demikian. Dia ada ketua, dia mesti rujuk dahulu dan menyampaikan isi hatinya dengan saluran yang betul.
3. Zulkifli sendiri mengakui kerajaan BN ikut suka hati menggunakan mahkamah dan polis dalam pentadbirannya. Zulkifli mesti faham, semua perkara dicipta undang-undang untuk kita mematuhinya. Saya katakan kepada teman tadi, sewaktu bergelar wartawan saya terpaksa patuh dengan arahan pengarang kerana dia adalah ketua saya.
4. Saya tidak boleh memaklumkan di Internet atau menghubungi rakan di syarikat penerbitan lain mengenai rasa ketidakpuasan hati saya terhadap pengarang saya dahulu. Apabila saya menjadi pengarang, saya juga sering ditegur oleh wartawan saya tetapi di dalam bilik mesyuarat atau di bilik saya. Jika rasa boleh terima saya pakai, jika tidak masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
5. Jika ingin bertindak sendirian, beliau mesti menjadi calon bebas seperti Ibrahim Ali atau menubuhkan jemaah miliknya sendiri.
6. Memandangkan Zulkifli bertanding atas tiket parti, beliau mesti faham beliau mempunyai ketua. Jika ada sesuatu yang dirasakan tidak memuaskan hatinya, beliau mesti merujuk dahulu kepada ketuanya dahulu, apakah orang hebat seperti Zulkifli yang selalu bercerita tentang agama dan bangsa tidak belajar sejarah Islam dahulu bagaimana untuk menghormati ketua.
7. Saya sudah lama memerhati tindak tanduknya, sememangnya sukar untuk mana-mana ketua mengawal Zulkifli. Jadi saya syorkan untuk pilihan raya akan datang beliau sendiri mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket bebas. Cakaplah sesuka hati kerana tidak akan menyusahkan sesiapa.
8. Konsep berparti lebih kurang dengan berpersatuan, jemaah atau kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan. Kita mesti ada ketua. Kumpulan kongsi gelap pun ada ketua dan etika menghormati ketuanya. Jika ada anggotanya tidak bersetuju dengan ketuanya, dia akan menubuhkan kumpulannya sendiri.
9. Atau Zukifli boleh memohon mana-mana parti yang ada di Malaysia yang sesuai dengan isi hatinya. Saya syorkan beliau tubuhkan parti baru dan beliau sendiri menjadi ketua agar dia boleh membawa agenda di dalam perjuangannya.
10. Namun jika kita duduk dalam satu pasukan, kita mesti bersama-sama mempertahankan pasukan kita. Jika ada yang tidak puas hati, tegur secara berkhemah dan cukup sekadar pasukan kita sahaja yang mengetahui teguran kita itu. Jika Zulkifli merasakan dia mempunyai hak atas nama blog beliau, undurlah diri dahulu seperti Tun Dr Mahathir.
11. Sebenarnya dalam soal ini kita kena berbalik kepada soal fitrah dalam berjemaah atau berkumpulan. Ia sekadar renungan sahaja kepada sesiapa yang memahami konsep berjemaah itu sendiri.
12. Kalau taat sahaja tanpa cinta, boleh jadi taat itu ada kepentingan. Lahir sahaja taat, tapi hati mengdongkol atau menolak. Lahir sahaja taat tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Pura-pura taat tapi ada benda lain yang diidamkan. Pura-pura taat tapi ada habuan dunia yang diidamkan. Inilah ketaatan yang diamalkan oleh kebanyakkan ahli UMNO.
13. Yang sebaiknya adalah orang itu dia taat atas dasar cinta. Dia buat sesuatu itu memang kerana dia cinta orang tersebut. Seperti seorang isteri yang taat kepada suami, melakukan apa sahaja yang diminta oleh suami sebagai pembuktian cintanya kepada suami. Jika suami tidak betul ditegur di dalam rumah dan bukannya dihebahkan kepada jiran.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2010
(140)
-
▼
January
(35)
- PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!
- PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!
- MANTAP BANG BUNG
- AWAS! GILIRAN SELANGOR DISERANG...
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA.....
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...
- KD SRI INDERAPURA: WANG RAKYAT DIKORBANKAN
- MUNCUL PARTI BARU... KEADILAN LEBIH KUKUH
- PKR TUBUHKAN LAGI PARTI LAIN!!!
- BANTUAN SEKOLAH DIPOTONG
- NIZAR MB YANG SAH?
- SUDAH TIBA MASANYA WAN AZIZAH BERUNDUR
- INIKAH PERANGAI BAKAL MB KELANTAN???
- NAMA ALLAH KONSPIRASI DARI DALAM UMNO
- BUKAN ISLAM PUN TAHU HORMAT TOK GURU
- BOM GEREJA PETANDA PILIHANRAYA PERAK & SELANGOR
- KAKI BAKAR
- ZULKIFLI NORDIN DITEGUR
- NAJIB JATUH KERANA ROSMAH
- NIZAR IS BACK!
- CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8
- PAS JANGAN SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG
- GEREJA TERBAKAR KERANA DIAPI-APIKAN
- TERKINI: DS NIZAR SEMAKIN PULIH
- ANWAR TAK HALANG TAPI TAK GALAKKAN
- JANGAN IKUT DEMO!!!
- SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN... BUKAN CERITA...
- BUKAN KALI PERTAMA DS NIZAR DIUJI
- SUDAH TIBA MASANYA KITA CARI WAKIL RAKYAT BARU
- BUKAN MARAH CUMA MENEGUR
- TAK HABIS-HABIS YB ZULKIFLI BERLETER
- PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, BUDDA, HINDU ...
- BILA KITA TERLALU GHAIRAH..TERIMA LAH RM 100 JUTA
- BERTEMU & GAMBAR SEKITAR PROGRAM DS NIZAR
- PELAPIS NIZAR DAN PERANAN BLOGGERS
-
▼
January
(35)
No comments:
Post a Comment