CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8

10.01.2010
Oleh OMan

Pasir Panjang; Ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Lumut pada semalam hari boleh diberikan kredit dari segi sistem audio & skrin, lintas langsung ucapan DS Nizar dari wad 8 Ipoh dan sekurang-kurangnya meningkatkan jumlah hadirin walaupun gangguan elektrik di saat akhir ketika Mat sabu 'bagi buah last' kat kerajaan zambry metalic (pinjam kata Mat sabu).

Penceramah bergambar bersama Penganjur (Sumber Ustaz Zaim)

Dilihat dari kehadiran, InsyaAllah jika diadakan pilihanraya terdekat, DUN Pasir Panjang boleh kekal di bawah Pakatan Rakyat. Akan tetapi jangan pula kita terlena dengan situasi ini, seharusnya perbaiki agar terus ke hadapan dan kehadapan.

Boleh dianggarkan juga, faktor abang Mat Sabu antara penarik dan ingin tahu perkembangan DS Nizar selepas kemalangan menjadikan ceramah malam itu penuh sesak. Bagaimanapun, hadirin tidak dihampakan penganjur dengan melakukan lintas langsung dari wad 8, hospital Ipoh.

Dari kiri : Saudara Azhar Rafai, Misbah, wakil DAP dan Abg Mat Sabu (Sumber Hj Fawi)

Malam itu juga, Mat Sabu melancarkan dana kutipan pembelian bangunan Pasti kawasan Lumut yang selama 23 tahun di sewa serta mempromosikan majalah PERAK DARUL KARTUN dari karya Gedung Kartun yang dijual di tapak ceramah.

Gambar dan ulasan lagi di Blog Hj Fawi - Hablumminannas, Blog En. Hamidun- N51 Pasir Panjang dan Blog Ustaz Zaim - Meniti Nur12.

2 comments:

fawi said...

salam
Otaman tak nak komen ker pasal tangan tu...hehehehe..

Nak minta tolong sikit buat iklan.. saya sdg mencari guru tahfiz utk kelas saya. Bermula Jan, ust tu blah tak kasi tahu..tak sempat cari pengganti lagi..detail ader kat blog.. nak tutup ghaser sayang sbb dah buka 3 tahun lebih..pioneer kat mjg.

OMan said...

InsyaAllah Sheikh. ustaz lari g betong kut.

My POST