SUDAH TIBA MASANYA WAN AZIZAH BERUNDUR

14.01.2010
By: Norman

1. Keadilan merupakan parti kedua selepas UMNO mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen. Ini membuktikan parti ini dalam masa yang singkat telah diterima oleh masyarakat Malaysia yang semakin ramai celik IT.


Kak Wan perlu berundur dan memberikan kerusi tersebut kepada Anwar Ibrahim untuk tidak dilihat sebagai parti keluarga.


2. Namun disebalik kejayaan Keadilan, saya ingin menegur dari awal sebelum dipersoalkan oleh BN atau pun ahli parti sendiri. Bagi saya, sudah tiba masanya DS Wan Azizah yang memegang jawatan Presiden untuk mengundurkan diri.

3. Kini Anwar sudah berada di luar, jadi Kak Wan sudah boleh berehat untuk menyerahkan kerusi Presiden kepada suaminya. Kita tidak mahu melihat parti Keadilan ini seperti parti keluarga. Di mana Datuk Seri Anwar sebagai Penasihat, Presiden pula Kak Wan dan anak Kak Wan pun ahli Parlimen mewakili parti tersebut.

4. Ia mungkin akan dijadikan isu. Lebih membimbangkan andaikata PR memerintah, ramai pihak yang akan mempertikaikan kedudukan Kak Wan sendiri. Lagipun Kak Wan sudah tidak menjadi ahli Parlimen, wajarlah juga Kak Wan berundur bagi membuktikan parti Keadilan bukan parti milik keluarga DS Anwar.

5. Andaikata PR memerintah, PKR dijangka menjadi parti utama di dalam pemerintahan tersebut. Jadi kita bimbang kedudukan Presiden ketika itu hendak diletak di mana. Jadi fikir-fikirkanlah.

6. Keadilan juga disokong kerana menjadi jambatan persefahaman di antara PAS dan DAP. Dalam masa yang sama ramai masih tertanya-tanya kedudukan kerusi Presiden ini andaikata suatu hari nanti Anwar mengundurkan diri. Kekaburan ini masih menjadi tanda tanya?

7. Pemimpin datang dan pergi tetapi agenda perjuangan itu yang perlu diteruskan oleh generasi mendatang. Begitu juga dengan ribuan penulis blog yang menyokong perjuangan PR, mereka ini tak ubah seperti sukarelawan yang membantu dengan menggunakan wang ringgit, tenaga dan masa bagi membawa perubahan iklim politik tanahair untuk generasi mendatang.

8. Dalam masa yang sama di dalam pakatan PR, saya melihat ada sedikit kekurangan yang perlu dititik beratkan. PR sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk pengundi India. Pengundi India yang menyokong PR terpaksa menyokong PR menerusi Keadilan, DAP dan Kelab penyokong PAS.


Mereka mengetuai masyarakat India di negara ini.


10. Bagaimanapun sedikit masa lagi, mungkin kaum India mempersoalkan siapakah ketua mereka yang akan membawa isu kaum mereka jika PR memerintah suatu hari nanti. Jika orang Cina mempunyai DAP untuk memperjuangkan nasib kaum tersebut, Melayu menerusi PAS dan Keadilan, bagaimana untuk kaum India?

11. Orang India di dalam parti Keadilan tahu, kaum mereka sukar untuk dilantik menjadi Presiden di dalam parti tersebut. Jadi dengan siapa mereka boleh harapkan? Tentulah kaum India yang menyokong perjuangan PR inginkan parti dari kaum mereka sendiri sebagai identiti, maruah dan imej kaum tersebut.

12. Pada pilihanraya yang lalu, kaum India menyokong PR kerana isu Hindraf. Isu ini benar-benar membuatkan kaum marah pada BN. Tetapi sejauh mana kemarahan akan kesetiaan mereka kepada PR. Lihatlah parti Makkal Sakti, bagai nak gila kita perjuangkan hak mereka, tiba-tiba mereka menubuhkan parti dengan menyertai BN. Lihat juga apa yang berlaku kepada pilihanraya Teluk Kemang apabila ramai kaum India yang mewakili 20% pengundi di situ beralih ke BN.




13. Kini mereka mempunyai MIC, PPP, Makkal Sakti dan MIUP (Parti Bersatu India Malaysia) dan apa lagi yang kesemuanya menyertai BN. Kita tertanya-tanya, manakah parti kaum India yang mewakili pakatan PR? Atau anda rasa tidak perlu.

No comments:

My POST