17.01.2010
Oleh Norman
Tiga Presiden Keadilan yang dimaksudkan.
1. Macam-macam hal... Itulah yang dapat saya gambarkan daripada maklum balas rakan-rakan. Namun semalam saya tidak dapat mengulas di ruangan ini kerana begitu sibuk dengan urusan perniagaan. Sebenarnya saya hanyalah penulis tamu sahaja di ruangan ini dan janji saya kepada OM untuk menulis sekali sekala. Namun kerana rakan-rakan memberi maklum balas segera, terpaksalah menulis hampir setiap hari.
2. Saya katakan, anda boleh tidak bersetuju dengan pandangan sesiapapun. Artikel saya hanya pandangan peribadi sepertimana sewaktu bertugas dalam bidang kewartawanan dahulu, saya menulis berdasarkan pandangan peribadi tanpa dipengaruhi atau bersifat prejudis.
3. Salah seorang pembaca ada yang mengatakan parti Keadilan akan musnah atau pakatan rakyat tidak akan kekal lama. Ingin saya jelaskan, ia tidak ada kena mengena dengan kemunculan parti Keadilan mewakili kaum Cina dan India. Ia bukan berbentuk rasis tetapi ia lebih memudahkan gerak kerja ahli parti sendiri.
4. Dengan pecahan ini juga, parti Keadilan akan mudah mengenali penyokong mereka sendiri. Kita tidak mahu suatu hari nanti Keadilan akan dituduh sebagai parti yang menumpang penyokong PAS dan DAP. Contohnya di negeri Perak, parti Keadilan agak lemah. Khabarnya ingin membuat mesyuarat pun sukar dilakukan.
5. Jadi dengan pecahan ini akan membantu Keadilan lebih aktif dengan muncul parti dari Keadilan yang mewakili kaum sendiri dan sekaligus membuka peluang kepada ahli untuk mengisi kuota organisasi parti.
6. Ada pendapat mengatakan munculnya parti Keadilan hanyalah memecah belah undi Melayu, jelas pemikiran politik anda agak sempit. Jika lihat di Indonesia, ada lebih 20 parti yang bertanding di Parlimen mereka seperti Parti Golongan Karya (Golkar), Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Parti Demokrat (PD), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan banyak lagi. Begitu juga dengan negara-negara lain.
7. Ini bukan soal bangsa tetapi soal ideologi. Apatah lagi parti UMNO langsung tidak boleh diharapkan lagi untuk membela orang Melayu. Orang Melayu perlukan parti alternatif untuk membawa perubahan di dalam iklim politik tanahair yang selama hari ini telah ditipu bulat-bulat oleh pemimpin UMNO.
8. Kita mengharapkan UMNO benar-benar ingin membantu rakyat tetapi kita terbeban dengan sikap korupsi pemimpin-pemimpin ini. Negara yang kaya jadi papa kedana. Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, umur negara ini sudah masuk awal pencen, orang Melayu terutamanya masih jauh tertinggal.
9. Pemimpin negara tidak ada masa sangat untuk memastikan rakyatnya selesa dengan hasil bumi negara yang dilimpahi begitu banyak. RM 100 billion wang negara (rakyat) tiris, bukannya sedikit malah ia boleh membangunkan bandaraya sehebat Dubai.
10. Yang buat kita lagi marah, polis, mahkamah, SPRM, SPR dan badan-badan kerajaan yang lain hanya mengikut telunjuk pemerintah. Seolah-olah negara ini dipunyai pak menteri atau milik UMNO sahaja. Jika Presiden Amerika mampu diseret ke mahkamah tetapi tidak ketua negara ini. Ia amat kebal sehingga segala kesalahan mampu ditutup.
11. Cukuplah untuk kita menceritakan mengenai kecurangan UMNO dan parti sewaktu dengannya kerana jika ingin ceritakan di sini, boleh dimuatkan dalam novel. Teori saya mudah, UMNO tiada wang, parti ini telah lama berkubur. Perjuangan mereka hanyalah untuk wang. Jadi parti PKR diharap dapat mengimbangi politik negara selepas UMNO gagal dalam indeks nya yang semakin menurun di mata rakyat.
12. Salah satu SMS dari rakan yang pro UMNO kepada saya, "Cuba kau bariskan pemimpin pembangkang yang boleh menjadi Menteri atau Timbalan M. Saya jawab ia lebih mudah daripada mencari calon yang bersih dari BN. Antara mereka yang saya maksudkan adalah seperti di bawah.
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
3. Lim Kit Siang
4. Syed Husin
5. Azmin Ali
6. Mahfuz Omar
7. Kamaruddin Jaafar
8. Dr Lo Lo
9. Saifuddin Nasution
10. M. Kulasegaran
11. William Leong
12. Salahuddin Ayob
13. Tian Chua
14. Sivarasa
15. Tan Seng Giaw
16. Mat Sabu
17. Dr. Hatta Ramli
18. Ngeh Koo Ham
19. Chua Jin Meng
20. Khalid Abdul Samad
21. Nurul Izah
22. Teresa Kok
23. Gobind Singh Deo
24. Taib Azamuddin
25. Yong Teck Lee
26. Dr Jomo
27. Irene Fernandez
28. Tony Phua
29. Gobalakrishnan
30. Nasaruddin Mat Isa
31. Dr Dzulkifli Ahmad
32. Dr. Syed Azman
33. Fuziah Saleh
34. Johari Abdul
35. Wee Choo Keong
36. Lee Boon Chye
13. Bercerita mengenai PKR, kemunculannya dulu boleh lah saya anggap dalam keadaan terburu-buru. Mereka tidak melihat kesan jangka panjang. Jadi masih belum terlambat untuk parti ini menyusun kembali organisasi agar dilihat sebagai parti alternatif yang lebih relevan.
14. Saya berpendapat dalam soal menghapuskan isu perkauman , ia tidak boleh dihapuskan 100%. Ia bukan berlaku di negara ini sahaja, malah semua bangsa di seluruh dunia. Ini fitrah manusia yang lebih mengasihi bangsanya sendiri.
15. Jadi disebabkan itu PR mesti kemas kini kembali tektik perjuangan mereka. PAS sudah berjaya menarik pengundi di kalangan orang Melayu yang kuat beragama. DAP di kalangan orang Cina dan PKR masih tercari-cari walaupun mereka sebenarnya berjaya menarik ramai pengundi atas pagar yang tidak berparti.
16. Jadi kepada rakan-rakan tadi, lihatlah senarai menteri atau timbalan yang saya rasa layak untuk mengisi kerusi menteri BN sekarang ini. Amacam boleh lawan menteri BN???
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2010
(140)
-
▼
January
(35)
- PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!
- PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!
- MANTAP BANG BUNG
- AWAS! GILIRAN SELANGOR DISERANG...
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA.....
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...
- KD SRI INDERAPURA: WANG RAKYAT DIKORBANKAN
- MUNCUL PARTI BARU... KEADILAN LEBIH KUKUH
- PKR TUBUHKAN LAGI PARTI LAIN!!!
- BANTUAN SEKOLAH DIPOTONG
- NIZAR MB YANG SAH?
- SUDAH TIBA MASANYA WAN AZIZAH BERUNDUR
- INIKAH PERANGAI BAKAL MB KELANTAN???
- NAMA ALLAH KONSPIRASI DARI DALAM UMNO
- BUKAN ISLAM PUN TAHU HORMAT TOK GURU
- BOM GEREJA PETANDA PILIHANRAYA PERAK & SELANGOR
- KAKI BAKAR
- ZULKIFLI NORDIN DITEGUR
- NAJIB JATUH KERANA ROSMAH
- NIZAR IS BACK!
- CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8
- PAS JANGAN SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG
- GEREJA TERBAKAR KERANA DIAPI-APIKAN
- TERKINI: DS NIZAR SEMAKIN PULIH
- ANWAR TAK HALANG TAPI TAK GALAKKAN
- JANGAN IKUT DEMO!!!
- SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN... BUKAN CERITA...
- BUKAN KALI PERTAMA DS NIZAR DIUJI
- SUDAH TIBA MASANYA KITA CARI WAKIL RAKYAT BARU
- BUKAN MARAH CUMA MENEGUR
- TAK HABIS-HABIS YB ZULKIFLI BERLETER
- PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, BUDDA, HINDU ...
- BILA KITA TERLALU GHAIRAH..TERIMA LAH RM 100 JUTA
- BERTEMU & GAMBAR SEKITAR PROGRAM DS NIZAR
- PELAPIS NIZAR DAN PERANAN BLOGGERS
-
▼
January
(35)
1 comment:
Minta pencacai umno perturunkan nama barisan kabinet UMNO mereka yang mana persepsi rakyat terhadap rasuah,moral,salahlaku akhlak ADALAH SIFAR.....cukup ke nak membentuk kerajaan?
Post a Comment