GEREJA TERBAKAR KERANA DIAPI-APIKAN

By: Norman

1. Akhirnya gereja dibakar. Perkara seperti inilah yang saya bimbangkan jika isu nama Allah dimainkan dengan keterlaluan apatah lagi di kalangan orang politik. Banyak teori mengenai kejadian ini yang ada lojik dan yang tidak masuk di akal apabila saya menghubungi rakan media di Kuala Lumpur.

2. Apapun apabila saya ingin bertanyakan mengenai kejadian dan pandangan mereka, akhirnya mereka pula bertanyakan kepada saya apakah pandangan saya mengenainya.

3. Saya menjawab spontan pada mereka, ia sangat bahaya dan disebabkan itu saya membantah YB Zulkifli menaikkan semangat orang Islam di blognya. Saya tidak menyalahkan beliau kerana niatnya murni tetapi sebagai wakil rakyat dia tidak boleh turut sama menyimbah minyak di api yang sedang marak. Biar wakil rakyat BN yang memainkan isu tersebut tetapi jangan di pihak PR. Kita ada cara tersendiri untuk menyelesaikan pemasalahan ini.

4. Kita sebagai pemimpin atau sebagai wakil rakyat mesti tahu apakah kesannya jika kita terus menampilkan isu-isu tersebut. Kata-kata pemimpin akan mudah mempengaruhi orang. Lain lah kita pemuda yang melepak di kedai burger, kata mereka dianggap jenaka. Lagipun menurut pendapat ulama di luar negara, hukum tidak salah tetapi mengikut budaya negara ini kita bimbang akan disalah gunakan. Jadi kita mesti bijak menangani masalah ini dengan bijak.

5. Saya jelaskan lagi, isu hukum Allah itu yang lebih diutamakan tetapi mengapa tidak sekecoh ini. Penggunaan nama Allah ini telah lama digunakan di negara-negara lain. Lagipun mereka bukan menggunakan nama Allah itu dengan maksud menghina agama Islam...itu lain cerita dan mungkin saya orang pertama yang akan kembali berarak di jalanan.

6. Tidak perlu di negara lain, di Sabah sendiri sejak hampir 100 tahun lamanya (tidak dipastikan sekarang), mereka menggunakan nama Allah di dalam kitab Injil memandangkan ketika itu tiada orang Sabah yang boleh mengalih bahasa Inggeris ke bahasa Dusun dan sebagainya. Jadi mereka menggunakan bahasa Melayu Indonesia di dalam kitab tersebut.

7. Sepatutnya tindakan awal (segera) perlu diambil dengan mengajak Persatuan Ulama Malaysia untuk menjadi penentu di dalam soal ini. Atau lebih awal pihak Peguam Negara sewajarnya memberikan hakim Melayu mengadili kes tersebut kerana hakim Melayu mungkin lebih peka terhadap sensitiviti kaum di negara ini.

8. Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Gereja sudah dibakar dan perlu dibina semula. Apapun kita pula terpaksa mengawasi masjid-masjid atau surau-surau di seluruh negara bimbang ada serangan balas terhadap kejadian membakar gereja tersebut.

9. Saya suruh kita mengawal seluruh masjid di kawasan masing-masing bukan kerana tidak mempercayai penganut Kristian di negara tetapi bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan. Jika terbakar masjid pastinya api yang terbakar akan sukar dipadam.

10. Saya bersyukur di Sabah, 1 Malaysia telah diamalkan dengan sangat baik. Kami saling berkunjung samada di perkahwinan orang Islam, Kristian dan Cina. Ramai orang Sabah di dalam keluarga mereka sendiri anak-anak mereka berbeza agama. Ada yang Islam, Kristian dan Budis tetapi mereka hidup penuh harmoni.

11. Jadi saya berharap selepas ini tidak berlaku lagi. Saya terkejut membaca artikel YB Zul semalam. Dia terkejut dan menafikan ini angkara orang Islam kerana Islam menghormati orang lain. Anda bacalah sendiri, sedangkan empat hari berturut-turut dia mengumpulkan berbagai fakta mengenainya.

12.Jadi sudahlah, kita cari pendamaian dan jika tidak dibenarkan, terangkan sahaja penggunaan nama Allah itu tidak sesuai digunakan di negara ini. Tidak perlu sampai menghentam rakan seperjuangan sendiri.

(Petikan berita dari Bernama)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja dan mengarahkan polis meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang berat insiden tersebut di mana menurutnya membabitkan dua insiden kebakaran gereja dan satu lagi menerima ugutan.

Menurut Najib, perbuatan seperti itu boleh menghancurkan keharmonian yang wujud di negara ini.

"Saya mengutuk tindakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana ini akan menghancurkan keharmonian dalam negara kita.

"Keadaan di mana wujud kepelbagaian agama sebagai satu amalan hidup... kita hormat menghormati antara satu sama lain... (ia) tidak boleh digugat oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum perjanjian Program Pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Koridor Utara di sini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengambil apa jua tindakan bagi mencegah perbuatan sedemikian.

Katanya, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat.

Awal hari ini, dua gereja satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya mengalami kebakaran akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan.

Najib berkata, apa jua masalah yang berbangkit dalam negara perlu diselesaikan melalui kaedah atau saluran yang sesuai dengan undangundang.

"Tidak boleh mengambil tindakan yang melampaui batas yang boleh mengancam keharmonian negara kita," katanya. Perdana Menteri juga berkata, pihak tertentu tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden tersebut.

"Perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan rapi dan apa jua tindakan adalah berasaskan undangundang negara," katanya.

Ditanya mengenai perhimpunan yang akan diadakan selepas solat Jumaat, Najib berkata, beliau sudah memaklumkan kepada polis untuk memantaunya.

"Sebab itulah mereka perlu menghentikannya dari awal lagi, mudah-mudahan dengan kenyataan ini serta tindakan oleh polis, rakyat tidak akan mengetepikan undangundang dan bertindak ikut suka sendiri," kata Najib.

Ditanya sama ada beliau akan sentiasa dimaklumkan berhubung insiden tersebut, Najib berkata, beliau telah pun mendapatkan maklumat mengenai perkara itu daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara.

"Setelah memperoleh buktinya, beliau akan melaporkan kepada saya," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib menolak andaian seorang wartawan laman portal kononnya anggota Umno yang cuba menimbulkan ketegangan selepas keputusan mahkmah yang membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh majalah Katholik Mingguan, Herald.

"Jangan menuding jari kepada Umno atau sesiapa saja. Kami memang sentiasa bersikap amat bertanggungjawab. Jangan menuduh bahawa serangan ini didalangi oleh Umno. Apa yang baru anda nyatakan itu sangat menghina.

"Anda bermaksud begitu. Hentikanlah," katanya.

1 comment:

cicitHJHASSANu said...

salam OMan...

kebanyakan negara yang dilanda ketegangan Agama,apatah lagi antara Muslim dan Kristen puncanya adalah batuapi dari yahudi(proksi) dan puak munafik...wallahua'lam

Semoga Allah pelihara rakyat Malaysia...Takbir 3x

My POST