BERTEMU & GAMBAR SEKITAR PROGRAM DS NIZAR

Jumaat, 01.01.10
Sg Wangi, Manjung
Oleh OMan

Jemputan untuk bertemu DS Nizar yang dialukan oleh Pegawai ADUN Pasir Panjang, En. Hamidun dan sahabat Sdr Azam bagi menyampaikan 'sesuatu yang tersirat' secara peribadi kepada DS Nizar, ribuan terima kasih tak terhingga. Pertemuan berlaku semasa program DS di Taman Sg Wangi (jika tak salah) untuk menyampaikan 'beberapa keping kertas' sebagai hanya untuk tatapan DS sendiri untuk menilaikannya.

Respon DS untuk bertemu sendiri buat kali ke dua dgn penulistamu baru OM, Sdr Norman secara personal bagi mendapatkan sendiri 'input yang tidak boleh dibongkarkan di blog ini bagi menjaga nama baik sumber'. Insyaallah, jika tak keberatan penulistamu akan terbang dr pulau borneo ke semenanjung untuk merealisasikan pertemuan ini di bawah 'organise' En Hamidun.

BTW, sudah lama OM tidak mengikuti program DS Nizar sekitar dun Pasir Panjang, kesempatan ini OM luangkan masa untuk buat liputan dan bertemu rakan blogger dari PerakEkspress, Sya dan Anaz serta sahabat dalam organisasi PAS Lumut.

Namun masih tertanya, kenapa wakil dr parti DAP dan PKR Lumut tidak turut serta mengiringi DS walaupun ia hanya program kelolaan Pusat Khidmat ADUN dan PAS Lumut. Dimanakah fungsinya Sekretariat Pakatan Rakyat? Seharusnya, PAS, DAP dan PKR sudah mulakan duduk bersama dalam satu bendera, sekadar pandangan. Begitupun, sambutan terhadap DS Nizar tidak pernah luntur mengikut pengamatan OM dalam program sebegini.

Gambar sekitar program DS Nizar di Tmn Sg Wangi menyampaikan sumbangan beg-beg sekolah kepada anak-anak yang layak menerimanya. Masih seperti biasa, ucapan penuh bersemangat dan tidak kenal erti penat itulah MB Perak, DS Nizar.

Lagi liputan di “Sejuk Tengok Muka Nizar”-Rakyat (Sya-PerakEkpress)
*Buat warga Perak, malam minggu depan (edited 23:25H) di Markas PAS Pasir Panjang Ceramah oleh DS Nizar dan Mat Sabu.

No comments:

My POST