PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, BUDDA, HINDU DI MALAYSIA

04.01.2010
Oleh : OMan
Lt 'Bukan Islam' TLDM berkata dia sudah berkhidmat 13 tahun dalam tentera dan menggunakan logo berkalimahkan Allah Muhammad, takde siapa pun larang malah wajib dipakai. Begitu juga sahabat di TLDM yang lain, Milan-Christian, Sammy-Hindu dan Braun-Budda. Mereka tidak mempersendakan, tapi mereka diarah memakainya.

Dan semua pak polisi pun ada tertera di logo mereka, tapi tiada arahan dari kerajaan untuk menjaga peradapan menggunapakai kalimah Allah menurut Islam. Banyak lagi agensi kerajaan yang menggunakan logo seperti ini yang digunapakai oleh bukan sahaja Kristian malah semua agama di Malaysia.

Salah atau tidak, siapa yang harus dipersalahkan dan siapa yang patut perbetulkannya? Mahkamah juga yang kena buat keputusan ke??

3 comments:

PAPA said...

Assalamulaikum!Melayu TIDAK PERNAH BERKESEMPATAN BERDAKWAH (secara hikmah kepada bukan Islam) lalu setengah puak yang mengakun Islam mengambil kesempatan mempermainkan nama 'Allah', menerbitkan isu nama Allah).Alangkah bersyukur rasanya di hati seorang Islam jika sekiranya dia dapat mengajar seorang bukan Islam cara menyebut nama 'Allah' dengan dengan penuh tenang dan ikhlas (dalam masa yang sama hatinya mendoakan hidayah ke atas bukan Islam berkenaan). Cuba bayangkan sekiranya dia menyebut dengan berulang kali. Allah itu Maha Kaya. Cuba bertanya kepada diri kita sendiri, pernah berapakalikah seumur hidup kita menyebut nama Allah dengan penuh tenang, ikhlas dan berserah diri? Cara sebutan inilah yang perlu diajar kepada rakyat bukan Islam dalam Malaysia ini semoga mereka LEBIH MENGENALI Allah sebagaimana kita yang masih wajib mencari lebih ilmu tentang Allah dan diri kita sendiri. Apakah Ini menjadi Isu yang besar?Tolong sampaikan kepada sahabat2 lain.

Unknown said...

melayu lena dgn islam baka,dan melayu kata islam itu hak melayu.

melayu takut-takutkan bukan melayu,dan melayu leka dengan ketuanan melayu.

ada melayu mengaku rasul Allah,dan ada melayu tidak kenal Allah. Tidaklah pula melayu bangkit berdemo membantah?

Tidakkah Melayu bangga bila agama lain juga mengakui tuhan itu Allah yang selama ini kita sembah?
Maka benarlah Islam iaitu pencipta alam semesta dan segala makhluk adalah Allah. Hanya keimanan membezakan kita dgn kafirun.

Melayu terlalu rugi, terlalu sedikit melayu yang berjaya mendakwahkan yang bukan Islam dan juga yang bukan melayu.

Kita tinggalkan ketuanan melayu!!

cicitHJHASSANu said...

Allahuakbar...tiada tuhan selain Allah.

My POST