01.01.10
By: Norman
1. Perak adalah negeri yang paling tidak disangka akan dikuasai oleh PR pada pilihanraya umum dulu. Bila menang kita tidak menyangka, tidak ramai wakilnya (wakil rakyat Melayu) yang mempunyai krebiliti samada untuk menduduki kerusi MB atau EXCO.
2. Nasib baik kita mempunyai Datuk Seri Nizar. Tiba-tiba Nizar menjadi manusia paling popular di negeri Perak. Malangnya untuk kerusi EXCO terutama dari Keadilan langsung tidak berpontensi untuk kerusi tersebut malah sebagai wakil rakyat.
3. Saya melihat ketika ini orang Melayu lebih berminat menyertai PAS dari Keadilan. Mungkin mereka bimbang Keadilan akan menjadi seperti S 46 atau mereka beranggapan alang-alang menyertai pembangkang, lebih baik mereka menyertai PAS.
4. Bila ditanya pentingkah Keadilan, saya kata sangat penting kerana menerusi Keadilan berlaku sefahaman antara PAS dan DAP. Tidak dinafikan Anwar Ibrahim sebagai jambatan permuafakatan ini.
5. Ya, jangan bohong kerana ini adalah faktanya. Keadilan mungkin kurang berpengaruh untuk menarik golongan profesional menyertai parti tersebut tetapi Keadilan sangat berpengaruh untuk menarik pengundi Melayu, Cina dan India untuk memilih PR.
6. Kita tidak boleh berbohong mengenai pengaruh Anwar Ibrahim. Tapi kita seperti yang saya katakan dulu jangan seperti 'kaduk naik junjung'. Kita mesti akur ketiga-tiga parti ini mempunyai kekuatan tersendiri. Namun di Perak yang menghairankan saya tiada pemimpin Keadilan yang berwibawa untuk duduk bersebalahan dengan YB Nizar dan YB Ngeh.
7. Saya katakan Keadilan perlu lakukan sesuatu. Di Perak ada lebih 300 ribu pengundi yang memangkah PR tidak berparti. Jadi inilah masanya untuk Keadilan mahupun PAS untuk menarik mereka menyertai parti.
8. Tapi kita jangan jadi seperti UMNO di Sabah. Ada beberapa orang yang saya temui berkata sewaktu UMNO muncul di sini, mereka ingin menyertai parti tersebut, tapi bila UMNO menyemak pendaftaran ahli sebagai parti, IC mereka telah digunakan oleh orang lain. Begitulah buruk perangai UMNO dalam mencari ahli parti.
9. Segala kemungkinan boleh berlaku jika PR menang dalam pilihan raya akan datang. Kita mesti ada pemimpin Melayu yang tidak kurang hebatnya seperti Nizar. Orang itu mesti berkarisma, berpendidikan dan berani seperti Nizar. Kita bimbang kuasa Tuanku yang membataskan niat pilihan rakyat.
10. Sebenarnya tugas paling mudah dalam pilihan raya akan datang adalah tugas DAP. Pengundi Cina lebih bijak dan lebih bercita-cita. Pengundi Melayu masih dengan ketuanan Melayu. Mereka kurang jelas dengan dasar atau prinsip permuafakatan ini.
11. Proses untuk mengubah ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat masih kurang difahami. Namun percayalah suatu masa nanti mereka akan menerima konsep ini. Bagi saya akhbar Harakah dan Keadilan mesti memainkan peranan yang lebih penting dalam soal ini.
12. Mereka mesti lebih berwibawa dalam menghebahkan bentuk korupsi yang berlaku dengan lebih terperinci dalam bahasa yang mudah. Jangan gunakan korupsi kerana orang kampung tidak faham, gunakan rasuah sebagai istilah yang lebih mudah. Sebab itu saya tidak menulis di runagan ini dengan bahasa yang berat atau intelek agar ia mudah difahami oleh pembaca terutamanya dari desa.
13. Harakah dan Keadilan mesti memperuntukkan 2 muka surat untuk ruangan bloggers. Ruangan itu memetik apa yang disampaikan oleh bloggers dari sudut pandangan dan maklumat. Bukan sukar, mungkin artikel yang diambil dibayar RM 50 sepertimana yang diberikan oleh pihak akhbar kepada penulis jemputan (bayaran bukan seperti dimaklumkan).
14. Sekurang-kurangnya bloggers mempunyai pendapatan. Jangan biar bloggers rasa dihina kerana NGO pun ada peruntukkan diberikan. PR Perak juga menerusi Setiausahanya mesti mempunyai alamat semua bloggers untuk 'update' segala perkembangan PR di seluruh negeri.
14. Harakah dan Keadilan mesti bersatu dalam isu nasional. Jangan akhbar masing-masing memainkan isu mempromosikan pemimpin masing-masing. Baru-baru ini Harakah mempromosikan Tuan Guru Nik Aziz antara pemimpin paling berpengaruh di dunia, Keadilan pula mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin paling berpengaruh di dunia.
15. Antara dua akhbar ini tiada menyatakan nama kedua-dua pemimpin ini. Kita lihat di sini sudah ada perasaan, 'kau kau, aku aku'. Sebab itu saya katakan permuafakatan ini mesti lebih telus. Bloggers bebas tapi menyokong perjuangan ini mesti diberi ruang dalam menyatukan kedua parti ini dengan lebih berkesan.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2010
(140)
-
▼
January
(35)
- PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!
- PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!
- MANTAP BANG BUNG
- AWAS! GILIRAN SELANGOR DISERANG...
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA.....
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...
- KD SRI INDERAPURA: WANG RAKYAT DIKORBANKAN
- MUNCUL PARTI BARU... KEADILAN LEBIH KUKUH
- PKR TUBUHKAN LAGI PARTI LAIN!!!
- BANTUAN SEKOLAH DIPOTONG
- NIZAR MB YANG SAH?
- SUDAH TIBA MASANYA WAN AZIZAH BERUNDUR
- INIKAH PERANGAI BAKAL MB KELANTAN???
- NAMA ALLAH KONSPIRASI DARI DALAM UMNO
- BUKAN ISLAM PUN TAHU HORMAT TOK GURU
- BOM GEREJA PETANDA PILIHANRAYA PERAK & SELANGOR
- KAKI BAKAR
- ZULKIFLI NORDIN DITEGUR
- NAJIB JATUH KERANA ROSMAH
- NIZAR IS BACK!
- CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8
- PAS JANGAN SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG
- GEREJA TERBAKAR KERANA DIAPI-APIKAN
- TERKINI: DS NIZAR SEMAKIN PULIH
- ANWAR TAK HALANG TAPI TAK GALAKKAN
- JANGAN IKUT DEMO!!!
- SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN... BUKAN CERITA...
- BUKAN KALI PERTAMA DS NIZAR DIUJI
- SUDAH TIBA MASANYA KITA CARI WAKIL RAKYAT BARU
- BUKAN MARAH CUMA MENEGUR
- TAK HABIS-HABIS YB ZULKIFLI BERLETER
- PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, BUDDA, HINDU ...
- BILA KITA TERLALU GHAIRAH..TERIMA LAH RM 100 JUTA
- BERTEMU & GAMBAR SEKITAR PROGRAM DS NIZAR
- PELAPIS NIZAR DAN PERANAN BLOGGERS
-
▼
January
(35)
1 comment:
DS Nizar memerlukan penasihat yang baik dan betul.Bukan mereka yang mengambil kesempatan.DS Nizar perlu dibantu dengan PR perlu bekerja untuk rakyat.Mereka yang ingin lihat DS NIZAR jatuh pun ramai.
Post a Comment