NAK TAWAN HATI PENGUNDI MELAYU WAKIL DAP KENA BERSUARA


BY: Norman

1. Ada desas desus mengatakan kerajaan Zambry akan dibubarkan. Namun selagi belum mendengar atau tersiar secara rasmi pengisytiharan tersebut, saya tidak berani untuk gembar gemburkan perkara ini.

2. Saya tidak mahu menjadi seperti YB Zulkifli Noordin. Perkara yang belum pasti tetapi dihebahkan seolah-olah ia pasti terutama sewaktu Anwar Ibrahim di penjara suatu ketika dahulu. Mungkin beliau mendapat maklumat tetapi jangan dihebahkan sangat kerana segala kemungkinan akan berlaku apatah lagi di negara ini.

3. Apapun dengan masa yang terluang persepakatan DAP bersama PAS dan PKR mestilah memulakannya (strategi) dari sekarang walaupun mungkin tiga tahun lagi pilihanraya akan berlaku. PAS dan PKR mesti memujuk DAP untuk lebih banyak membantu mereka pada pilihanraya akan datang.

4. Ini kerana kepercayaan orang Melayu berusia 50 an dan 60an masih menebal atau masih sangsi dengan kerjasama ini dengan alasan bimbang negeri ini akan dikuasai oleh bangsa cina. Saya bukan anti cina kerana saya juga berketurunan cina tetapi dalam suasana politik dewasa ini UMNO masih memainkan sentimen Melayu untuk meraih pengundi Melayu.

5. Isu EXCO adalah antara isu terbesar yang dimainkan oleh juak-juak UMNO sewaktu Datuk Seri Nizar mengumumkan barisan EXCO nya sehingga membuatkan ramai penduduk Melayu Perak percaya DAP telah menguasai politik Perak dalam pentadbirannya. Pada dasarnya pembahagian itu adil memandangkan DAP memanangi banyak kerusi di Perak tetapi secara keseluruhan kawasan pilihanraya, kawasan Melayu masih mengatasi jumlah kawasan pertandingan. Atau dalam erti kata lain, pengundi Melayu masih pengundi teramai di negeri Perak.

6. Nizar mengumumkan 6 anggota EXCO Perak terdiri dari wakil DAP, manakala PKR 3 dan PAS 2. Pembahagian ini dibuat berdasarkan kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti masing-masing. Namun perlu diingatkan kebimbangan itu bukan sahaja dirasai oleh rakyat Melayu Perak tetapi hingga ke pihak Istana.

7. DAP atau Pengerusinya sendiri, YB Ngeh adalah individu paling penting dalam kempen pilihanraya di Perak nanti. Beliau mesti memberi jaminan atau menjelaskan dasar atau agenda DAP dalam kerjasama ini. Ceramah beliau bukan sahaja hanya tahu mengkritik pentadbiran BN tetapi yang lebih penting menjelaskan perjuangan DAP dan jaminan kepada pengundi Melayu bahawa hak-hak orang Melayu tidak akan dicabar.

8. YB Ngeh mesti menjelaskan kerjasama DAP bersama PR kerana ingin membawa reformasi politik di dalam negara yang penuh dengan korupsi sehinggakan ekonomi negara terjejas. Atas dasar itulah DAP sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR kerana agenda perjuangan mereka mempunyai banyak persamaan bagi menjadikan Malaysia lebih bersih dan dipandang tinggi oleh dunia luar.

9. 'Bom atom' yang patut diberikan oleh YB Ngeh, andaikata dia bersama kepimpinan DAP yang lain sanggup menyerahkan 1 kerusi EXCO dari jumlah 6 kepada 5 kepada PAS atau pun PKR jika PR kembali memerintah. Rakyat suka dan Tuanku pun suka.

10. Rasanya tiada salah untuk DAP berbuat demikian dan ia merupakan satu pengorbanan besar yang akan diingati oleh PAS dan PKR. Dengan hanya memberikan 1 lagu kerusi, saya yakin peratusan pengundi Melayu memilih PR akan bertamabah 20% dari sebelumnya.

No comments: