24 Dis 2009
By: Norman
1. Sewaktu berkhidmat sebagai Pengarang Rencana saya terpaksa menjaga dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Pengalaman bersama ahli politik membuat saya cukup masak dengan karenah orang politik.
2. Pengalaman sewaktu menjadi Ketua Biro di Terengganu tidak dapat saya lupakan sehingga kini apabila ditegur oleh koncu Deris atau nama sebenarnya Idris Jusoh. Artikel kritikan saya mengenai Monsoon Cup membuatkan hubungan kami dingin.
3. Sewaktu berkunjung ke rumah kediaman Menteri Besar Terengganu ini, Idris begitu sombong gaya bicaranya. Memang rakan wartawan dari penerbitan yang lain sudah memaklumkan awal-awal lagi ketika saya ditiba di Terengganu, Idris ini tidak gemar kita mengkritiknya.
4. Saya melihat papan iklan Idris di Terengganu seolah-olah beliau merupakan Sultan di negeri tersebut. Merata terpampang wajah Idris di setiap bandar di Terengganu. Dia buat negeri ini seperti perniagaan syarikat miliknya. Saya tidak tahu berapa juta dihabiskan untuk membuat papan iklan wajah Idris bersama anak kecil dan orang-orang kampung sambil wajahnya tersenyum riang. Patutlah Tuanku berang dengannya dan tentulah saya orang paling gembira bila Idris tidak layak di mata Sultan.
5. Ketika itu Mr KJ adalah wakil Pemuda UMNO yang paling kerap ke sana. Jadi bukan menghairankan apabila team Idris tidak gemar dengan kehadiran Hishamuddin menjadi Pengerusi UMNO Terengganu. Idris sebenarnya tidak sangka Pak Lah pergi begitu cepat kerana dia dilihat sebagai pemimpin UMNO paling pengampu semasa kepimpinan Pak lah sehingga wujudnya Perkampungan Hadhari ini. Ini kerja paling mengarut Idris.
6. Muhammad Taib merupakan Menteri Besar mesra media. Dia bijak melayan media dan adakalanya tanpa membuat temu janji dia membenarkan wartawan untuk bertemu dengannya walaupun buat seketika. Sebab itu beliau sering diberi publisiti oleh pihak media.
7. Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara pemimpin yang saya anggap paling tidak berwawasan. Saya pernah menemubual beliau pada tahun 1993. Yang lucunya, beliau mahu saya faks kan dahulu soalan-soalan yang ingin diajukan kepada beliau. Saya bertanyakan mengenai perancangan beliau selepas Perak tidak menghasilkan timah sebagai sumber ekonomi negeri. Katanya, dia ingin menjadikan Ipoh sebagai bandaraya membeli belah. Saya ketawa di dalam hati, mengapa Perak mendapat Menteri Besar seperti ini.
8. Saya syorkan kepada beliau untuk memajukan Manjung kerana kenalan saya jika ke Perak tidak pernah pun berniat untuk ke Ipoh. Jika ingin membeli belah lebih baik mereka menuju ke Kuala Lumpur sahaja. Akhirnya Manjung terlewat 15 tahun kerana untuk maju seperti sekarang kerana Ramli memerintah agak lama di negeri Perak iaitu bermula pada tahun 1983 hinggalah 1999. Jika Wan Mohamed terus memerintah Manjung sudah lama maju.
9. Dibangunkan pula Bandar Seri Iskandar. Sedangkan Perak sudah mempunyai bandar-bandar yang besar yang perlu disokong dengan IPT seperti di kampar, Taiping, Parit Buntar, Tangjung Malim dan Manjung sendiri. UiTm sepatutnya berada di Manjung untuk mempercepatkan ekonomi penduduk di situ. Inilah akibatnya apabila Menteri Besar merasakan dia adalah Menteri Besar di kawasannya sahaja.
10. Akhirnya, kini baru kerajaan Perak sedar bahawa Manjung kini menjadi 'anak emas' negeri Perak kerana ia menjadi tumpuan pelancong ke negeri tersebut. Jadi banyak lagi yang diperlukan di daerah ini khasnya di Pulau Pangkor.
11. Datuk Seri Tajol Rosli sepertimana wataknya juga... 'slow'. Saya tak tahu apa 'vision' beliau untuk negeri Perak. Dia memerintah seperti orang bekerja makan gaji di pejabat kerajaan. Janji hujung bulan dapat gaji. Ayoooo...patutnya beliau sudah lama berundur sewaktu BN memerintah. Sebab itu saya tidak berminat untuk menemubual beliau sewaktu menjadi Menteri Besar dulu.
12. Saya tidak pasti apa yang difokuskan oleh Tajol Rosli suatu ketika dahulu. Tiada arah tujuan yang jelas untuk rakyat negeri Perak. Akhirnya Perak rugi hampir 30 tahun disebabkan Ramli dan Tajol.
13. Banyak rahsia tersembunyi Perak dan strategi politik yang boleh kita gunakan tetapi bukan dibicara secara terbuka di sini. Strategi bermakna rahsia dan tidak perlu diketahui musuh. Saya masih mengharap untuk bertemu Datuk Seri Nizar walaupun dia bukan lagi Menteri Besar tetapi di mata saya beliau adalah Menteri Besar rakyat negeri Perak yang sebenar.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2009
(284)
-
▼
December
(14)
- NAK TAWAN HATI PENGUNDI MELAYU WAKIL DAP KENA BERS...
- BERTEMU PM DAN AHLI PARLIMEN PAS
- ADAKAH SULTAN MASIH MENURUTI ASAS RAJA ISKANDAR
- PESANAN UNTUK NIZAR & MELAYUKAH LAGI UMNO
- MEMAHAMI ISI HATI ORANG SABAH
- JANGAN PANDANG RENDAH ORANG SABAH
- SELAMAT DATANG PENULIS TAMU OM
- PEMIMPIN YANG HEBAT ADALAH PEMIKIR YANG HEBAT'.
- JANGAN JADI MACAM MB UMNO
- BANDAR SUDAH DITAWAN
- NIZAR PERLU RASA DIRI MASIH SEPERTI MB
- SALAM TEMAN MANJUNG
- PENULIS TAMU & PENGENALAN
- MENTERI 'BAD' & 'BETTER' PERAK
-
▼
December
(14)
No comments:
Post a Comment