By: Norman
1. Secara jujur ingin saya memaklumkan rakyat Sabah masih mempunyai sedikit sebanyak sentimen Sabah-Semenanjung atau dengan kata lain 1 Malaysia masih ada yang kurang dihayati oleh rakyat Sabah. Kita tidak pasti samada kita tidak ikhlas terhadap Sabah atau orang Sabah tidak ikhlas bersama Semenanjung. Atau kedua-duanya mempunyai agenda tersembunyi. Apapun saya mempunyai banyak maklumat rahsia mengenai apa yang terjadi sejak zaman Tun Mustapha lagi tetapi terlalu sensitif untuk dibicarakan di ruangan ini.
2. Apapun kita pergi ke isu secara umum yang perlu dibangkitkan oleh kebanyakan orang tempatan. Isu paling besar ialah mengenai tanah. Rupa-rupa beribu rakyat negeri Sabah masih tidak mempunyai geran tanah walaupun beribu juga telah memohon tanah tersebut sejak tahun 70 an lagi. Bila isu ini dibangkitkan, wakil kerajaan negeri di kementerian hanya memaklum beribu fail yang perlu disemak.
3. Mereka menempelak, jika lebih 30 tahun dahulu tidak mahu disemak, setiap tahun akan semakin tebal fail di pejabat tanah. Yang membuat mereka berang mengapa tauke-tauke besar minta segera diluluskan. Ini adalah antara isu paling besar yang ditanggung oleh penduduk tempatan.
4. Kedua, soal pembangunan di tempat mereka. Mungkin ini juga membabitkan kerajaan pusat. Ini juga isu yang pernah dibangkitkan oleh Allahyarham Tun Mustapha atau Datuk Joseph Pairin Ketingan suatu ketika dahulu. Isu soal bajet negeri Sabah sering menjejaskan kerajaan negeri ini. Mungkin kerana mereka merasakan peruntukan yang tidak berbaloi dari sumbangan yang disalurkan kepada pusat membuat mereka terkilan dan menyebabkan kesangsian Sabah terhadap Semenanjung masih menebal.
5. Orang Semenanjung selalu berang mengapa apabila ingin memasuki Sabah, kita mesti mempunyai pasport atau melalui Imigresen dan dibenarkan paling lama tinggal hanya tiga bulan sahaja di negeri tersebut. Banyak faktornya yang dibuat hampir 50 tahun dulu oleh pemerintah ketika itu. Antaranya pemimpin Sabah ketika ini bimbang jika orang Semenanjung akan menguasai ekonomi di negeri Sabah yang ketika itu jauh lebih mundur dari Semenanjung.
6. Itu adalah termerai di dalam perjanjian 20 antara Sabah, Sarawak dan Singapura suatu ketika dahulu. Mereka mempunyai keistimewaan. Bagaimanapun kaum pribumi di sini tidak boleh dipersalahkan dari segi pembahagian ekuiti, pengagihan dana pembangunan, dana modal insan/korparat yang tidak seimbang. Kerajaan pusat juga mestilah ikhlas dan telus dalam soal ini. Kita mesti mengenangkan juga jasa dan pengorbanan Dayak Trackers atau Sarawak Rangers menghayati erti pengorbanan, tolenrasi dan bersedia berkongsi kuasa. Begitu juga pemimpin-pemimpin lama Sabah yang berkempen ke seluruh negeri mengajak rakyat negeri tersebut menyertai Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malaya ketika itu.
7. Andaikata PR memerintah, ambillah ikhtibar dan lebih prihatin kepada hak-hak kaum pribumi di sini. Mereka juga mempunyai hak yang sama mengikut sisi undang-undang yang sedia ada. Mulakan paradigma baru. Keunikan negara ini mestilah hendaklah dipertahankan dan jati diri kita hendak dipelihara.
8. Jika kita lebih ikhlas menganggap Sabah sebahagian dari Malaysia, kerajaan mendatang mestilah ikhlas membantu rakyat Sabah. Sepertimana persefahaman antara PAS, DAP dan PKR, kita juga mesti menyatukan rakyat Sabah di dalam kempen mendatang bahawa PR akan bertindak saksama dengan peruntukkan yang lebih adil untuk rakyat Sabah khasnya.
9. Mungkin generasi baru tidak tahu sejarah pembentukan Malaysia sepertimana yang pernah dilaungkan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu untuk menjadi 16 September sebagai hari kemerdekaan Malaysia. Dan akhirnya Datuk Seri najib mengikut atau mengiktiraf tarikh tersebut sebagai cuti umum tetapi sayangnya ia sepatutnya diraikan dengan penuh kemeriahan di seluruh negara dan bukan di Sabah atau Sarawak sahaja.
10. Petikan kata-kata dari Datuk Jefry Ketingan “Peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukkan Malaysia perlu dihargai perlu juga difahamkan bahawa Sabah dan Sarawak bukan masuk atau menyertai Malaysia tetapi membantu membentuk Negara Malaysia . Ia juga mengingatkan kita tentang perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963," katanya.
Sementara itu Pemimpin Masyarakat Sarawak ,Tuan Baru Bian berkata antara faktor menyebabkan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia kerana ingin mengubah mentaliti rakyatnya ke arah kemajuan pembangunan.
11. Bermula dari situlah, nama negara kita menjadi Malaysia dan bukan Malaya seperti sebelumnya. Jadi inilah yang perlu diperjuangkan oleh PR di dalam kempen menjelang pilihan raya yang akan datang. Selesaikan masalah mereka dengan penuh keihklasan berdasarkan modal insan atas hak dan pengorbanan yang telah mereka lakukan...Insyallah.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2009
(284)
-
▼
December
(14)
- NAK TAWAN HATI PENGUNDI MELAYU WAKIL DAP KENA BERS...
- BERTEMU PM DAN AHLI PARLIMEN PAS
- ADAKAH SULTAN MASIH MENURUTI ASAS RAJA ISKANDAR
- PESANAN UNTUK NIZAR & MELAYUKAH LAGI UMNO
- MEMAHAMI ISI HATI ORANG SABAH
- JANGAN PANDANG RENDAH ORANG SABAH
- SELAMAT DATANG PENULIS TAMU OM
- PEMIMPIN YANG HEBAT ADALAH PEMIKIR YANG HEBAT'.
- JANGAN JADI MACAM MB UMNO
- BANDAR SUDAH DITAWAN
- NIZAR PERLU RASA DIRI MASIH SEPERTI MB
- SALAM TEMAN MANJUNG
- PENULIS TAMU & PENGENALAN
- MENTERI 'BAD' & 'BETTER' PERAK
-
▼
December
(14)
No comments:
Post a Comment