By: Norman
Salam & Selamat Sejahtera
Bertemu kita lagi selepas bercuti bersama keluarga menyambut hari Krimas dan izinkan saya untuk bercerita mengenai Sabah untuk mengetahui mengenai budaya orang di sini.
1. Jika di Sabah, 1 Malaysia telah lama diamalkan. Cuma di Semenanjung kita baru dengar. Di Dalam keluarga isteri saya, ada ibu saudaranya beragama Kristian dan ada yang beragama Budha. Jika orang Islam Sabah berkenalan dengan kekasih mereka berlainan agama tidak mendatangkan masalah yang besar.
2. Jika keluarga itu Kristian kebiasaan mereka tidak kisah jika anak mereka ingin memeluk agama Islam atas dasar perkahwinan dan sebagainya. Kelihatan mereka lebih harmoni dan menghormati agama Islam. Berbanding di semenanjung isu ini sangat sensitif dan boleh menjadi rasis. Dalam erti kata lain, di Sabah masyarakatnya lebih terbuka mengenai pertukaran agama terutama Kristian kepada Islam.
3. Ramai juga teman dari Semenanjung yang datang ke sini. Satu persepsi orang Semenanjung, mereka memandang rendah orang Sabah. Kita meletakkan kita orang yang lebih 'berada' (berharta), moden, bijak dan sebagainya dari orang Sabah. Saya tidak tahu kenapa tetapi persepsi ini telah berlaku sejak dari dulu lagi sedangkan perkembangan atau arus permodenan hampir seiring terutama dengan kehadiran teknologi seperti internet.
4. Saya maklumkan kepada rakan-rakan yang hadir, orang Sabah ini agak 'simple'. Jika bergelar Datuk, Dato' atau Tan Sri mahupun Tun, mereka jauh lebih 'simple' dari mereka bergelar di Semenanjung. Mereka tidak menonjolkan dengan kereta yang mewah atau pakaian yang berjenama tetapi mungkin ramai yang tidak tahu aset mereka berjuta nilainya.
5. Datuk Haris Salleh memang terkenal samada sewaktu menjadi Ketua Menteri dan selepasnya kerana dia mempunyai tanah beribu ekar kerana minatnya yang cukup mendalam di dalam bidang pertanian. Jika mereka yang berumur 30 an dari Semenanjung datang dan bertemu dengannya di mana-mana restoran, pasti menyangka dia hanya seorang bekas guru pencen. Jangan anda tidak tahu dia memandu sendiri keretanya ke rumah mertua saya walaupun usianya sudah mencecah 79 tahun.
6. Semalam saya makan malam di sebuah restoran seafood bersama Tan Sri Ghani Gilong (Mantan Menteri Pengangkutan & Kerja Raya Pusat) dan Tan Sri Herman Lumpin (Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah). Lucu kerana keduanya menggunakan telefon bimbit Nokia bernilai RM 98. Sedangkan pada malam itu mereka berbelanja hampir RM 700.
7. Kedua mereka banyak bercerita peristiwa lama sewaktu mereka menjadi ahli Parlimen suatu ketika dahulu. Tan Sri Ghani memberitahu, sewaktu dia mempengerusikan mesyuarat di kementeriannya, dia memaklumkan untuk membina jalan raya dari Kota Kinabalu ke Ranau. Kata beliau, dia hampir ingin menampar pegawainya kerana bersuara menyatakan tidak perlu dibina jalan raya di sana kerana yang tinggal di situ hanya gajah dan orang hutan sahaja. Begitulah sejak dulu lagi orang Semenanjung memandang rendah orang Sabah.
8. Kawan saya hadir ke Ranau dan ketika itu saya menghadiri kenduri kahwin. Saya menjemput mereka ke rumah pengantin yang merupakan saudara sebelah isteri, tetapi ahli keluarganya seramai 15 orang takut untuk turun kereta. Katanya ada anjing. Ya... di Sabah atau di Ranau, tiada rumah yang tidak dikunjungi anjing. Anjing itu bukan anjing peliharaan tetapi anjing yang sentiasa berkeliaran. Bezanya anjing ini tidak ganas seperti anjing di semenanjung. Anjing ini tidak menganggu langsung orang ramai atau sesiapa sahaja.
9. Akhirnya rakan saya tadi turun dari kereta. Mungkin untuk menjaga hati saya. Tetapi mereka tidak berani makan. Saya faham kerana mereka bimbang tidak halal atau tidak berselera melihat ada anjing berkeliaran di situ. Ya 'bah' saya pun dulu begitu. 'Bah' itulah bahasa ejekan yang sering diajuk oleh orang semenanjung bila tiba di sini.
10. Perlu diingat, di Kota Kinabalu sahaja mempunyai tujuh kompleks membeli belah. Selain dari Kuala Lumpur tiada pusat membeli belah sebesar One Boneo. Terbaru Suria Komples baru siap beroperasi di mana Metrojaya mengambil tempat. Lebih menarik Nasi Lemak Antarabangsa juga membuka restorannya di sini. Dalam tempoh dua bulan lagu, sebuah pusat membeli belah yang lebih panjang dari Mid Valley akan siap dibina untuk menjadi lapan pusat membeli belah di Kota Kinabalu.
11. Jika anda melihat anak Tan Sri Kasitah Ghadam, Tan Sri Ghani Gilong, Tan Sri Herman, Datuk Haris dan nama-nama lain yang saya ketemui, mungkin anda ingat mereka hanyalah anak guru pencen. Mereka terlalu 'simple' hingakan merasakan saya pula yang 'over' dari cara berpakaian. Mereka tidak seperti anak menteri di semenanjung.
12. Perlu diingat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu adalah yang kedua hebatnya selepas KLIA. Malah setiap hari lebih 20 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu menerusia MAS dan Air Asia. Itu tidak termasuk penerbangan dari Kuching, Miri dan Labuan. Malah ada penerbangan antarabangsa yang singgah ke Kota Kinabalu. Jika tidak silap saya dari Seoul.
13. Bagaimanapun Sabah tidak lari dari kepincangannya. Sabah juga masih tergolong antara negeri termiskin di negara ini. Ada banyak alasannya mengapa ia terjadi sedangkan mereka adalah negeri teramai selepas Kuala Lumpur dikunjungi pelancong dan negeri yang terkenal dengan hasil buminya.
13. Selepas ini saya akan bercerita mengenai suasana politik di Sabah, di mana mungkin ia boleh digunakan untuk PR di dalam kempen pilihan raya akan datang. Di sini juga kita akan mempersoalkan atau membicarakan adakah UMNO terperangkap dengan isu Melayu yang sering dimainkan. Adakah selepas ini UMNO akan memperkatakan 'parti kita parti Bumiputra atau parti 1 Malaysia'??????...kita tunggu.
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2009
(284)
-
▼
December
(14)
- NAK TAWAN HATI PENGUNDI MELAYU WAKIL DAP KENA BERS...
- BERTEMU PM DAN AHLI PARLIMEN PAS
- ADAKAH SULTAN MASIH MENURUTI ASAS RAJA ISKANDAR
- PESANAN UNTUK NIZAR & MELAYUKAH LAGI UMNO
- MEMAHAMI ISI HATI ORANG SABAH
- JANGAN PANDANG RENDAH ORANG SABAH
- SELAMAT DATANG PENULIS TAMU OM
- PEMIMPIN YANG HEBAT ADALAH PEMIKIR YANG HEBAT'.
- JANGAN JADI MACAM MB UMNO
- BANDAR SUDAH DITAWAN
- NIZAR PERLU RASA DIRI MASIH SEPERTI MB
- SALAM TEMAN MANJUNG
- PENULIS TAMU & PENGENALAN
- MENTERI 'BAD' & 'BETTER' PERAK
-
▼
December
(14)
No comments:
Post a Comment