SALAM TEMAN MANJUNG

23.12.2009
Oleh Norman.Media

1. Jika adik saya, OM menulis lebih ke arah aktiviti PR di sana, saya akan menulis dari sudut pandangan hasil pengalaman di dalam dunia politik suatu ketika dahulu. Artikel yang ditulis di blog ini tidak lah terlalu berat dari sudut penulisan berdasarkan kepada pengalaman, artikel yg berat, pembaca mudah merasa bosan. Maklumlah Melayu malas berfikir. Namun saya akan mengkritik tanpa mengira parti politik yang didokong mereka.

2. Otai Manjung, memang gelaran ini sesuai digunakan oleh adik saya memandangkan ketika kami mula berpindah ke Manjung pada penghujung 1979, ketika itu hanya ada lima buah rumah yang berpenghuni. Rumah banglo pun belum siap dan ketika itu Manjung dikenali sebagai bilik tiga atau bilik dua. Sekarang dikenali sebagai Manjung Lama atau Manjung Baru.

3. Banyak sejarahnya tetapi di ruangan ini bukanlah ruangan untuk menceritakan semua ini. Kita mahu maju ke depan jadi tidak perlu dikenangkan sejarah pahit manis yang lalu.

4. Mungkin sesekali saya akan menceritakan mengenai Daerah Manjung yg wajar dilakukan oleh wakil rakyat kerana semuanya berkait rapat dengan politik. Yang wajar kita dahulukan ketika ini ialah mengenai suasana politik di Perak.

5. Sewaktu bekerja di akhbar dahulu, saya dikenali sebagai Ketua Pemuda Pembangkang. Walaupun saya sendiri tidak menonjol di luar samada di dalam parti PKR mahupun PAS tetapi kenalan rapat di pejabat mahupun di Manjung lebih arif arah perjuangan saya.

6. Pernah suatu ketika dahulu, saya dipanggil oleh rakan sekerja untuk ke bilik perpustakaan pejabat kerana sedang berlaku debat. Kata rakan saya, "Tolong Man, kita tak boleh makan Pak Sheikh ni...".

7. Individu dimaksudkan rakan tersebut ialah seorang Ustaz yang bergelar Pengarang Agama yang juga merupakan mantan Ustaz di dalam jemaah Al Arqam. Sewaktu memasuki bilik tersebut saya mendengar dengan teliti dalil Ustaz tersebut. Rupa-rupanya dia pengkagum Tun Dr. Mahathir.

8. Lalu saya tersenyum, hujahnya mudah kerana dia yakin Tun Mahathir 'Maha' mengetahui. Lalu saya mencelah, "Ustaz saya nak tanya jika kita ingin menghukum sesorang itu berzina apa syarat2nya,"...lantas dia menjawab mengikut hukum Islam. Mudah dipatahkan dan kesan dari debat tersebut saya dan Ustaz ini hampir setahun tidak bertegur sapa.

9. Dikelilingi dalam sebuah keluarga UMNO bukan satu tugas yang mudah. Ibu saya memang cukup dikenali di daerah Manjung. Namun saya bersyukur kerana dia berfikiran terbuka. Tiada seorang pun anaknya yang meneruskan perjuangan parti yang didokongnya sejak Bandar Seri Manjung mula dibuka.

10. Lebih menarik ibu saya boleh duduk semeja dan berbaik seperti satu keluarga dengan jirannya yang kini rata-rata menyokong Pakatan Rakyat. Ibu saudara saya juga kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Wanita UMNO. Bapa saudara pula mantan EXCO negeri Perak di bawah pemerintahan Tajol Rosli.

11. Tidak mengapa lagi, bapa mertua pula adalah mantan Menteri Pusat yang kini bergelar Tan Sri. Jadi bukan suatu yang mudah untuk hidup dengan prinsip perjuangan ini. Namun ia tidak mematahkan semangat saya. Lebih 10 tahun sudah puas dikejar sana sini oleh SB2 negara. Peristiwa dikepung di Kg.Baru sewaktu pihak polis menggila ketika itu masih diingatan. Syukur ketika itu saya membawa kad KDN (Kad Akhbar Kementerian Dalam Negeri).

12. Bersyukur, ramai juga teman-teman lama di Manjung turut sama dalam perjuangan ini. Namun ramai juga yang masih percaya UMNO itu penting. Alasannya Melayu...haaaa. Lucu bila kurang berilmu. Yang lain kerana mereka bergelar kontraktor...jadi faham2 je lah.

Isu seterusnya saya akan bercerita mengenai Dato' Seri Nizar. Suatu yang membanggakan saya, Dato' Seri Nizar pernah hadir ke rumah saya di Venice sewaktu dia sedang sibuk berkempen. Saya melihat beliau memang seorang yang mempunyai krebiliti sebagai seorang pemimpin. Sangkaan itu bukan sahaja tepat tetapi lebih dari itu apa yang ditonjolkan oleh Dato' Seri Nizar apabila beliau mula menjawat jawatan tertinggi di negeri Perak ini.

No comments: