ADAKAH SULTAN MASIH MENURUTI ASAS RAJA ISKANDAR

29.12.2009
Oleh OMan

Banyak perkara yang boleh kita ragukan, dan sudah tentunya timbul 'pro dan kontra' akan geniologi kerabat Di Raja Tanah Melayu dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Persoalan Raja Iskandar Zulkarnain itu adalah Alexander The Great juga masih samar. Tulisan ini bukan untuk memperincikan alkisah Raja Iskandar Zulkarnain, akan tetapi konsep perjuangannya sebelum ini berbeza dengan Raja kita yang kini bergelar Ketua Agama islam.

Kesultanan Melaka adalah permulaannya sistem beraja di Malaysia, namun di melaka kini tiada Sultan lagi. Diketahui darah kesultanan Melayu yang masih ada kini adalah dari asal usul berkaitan dengan Raja iskandar, jika melihat pokok keturunan bermula dari Raja Iskandar Zulkarnain yang berkahwin dengan Puteri Shahrul Bariah.

Raja Iskandar Zulkarnain berjaya menyebarkan fahaman Islam semasa penjajahannya, dan bermulalah konsep beraja.

Di situlah timbul tidak boleh menderhaka kepada Raja Pemerintah, sesiapa yang derhaka ia sepertilah ia menderhaka kepada ajaran Islam. Islam diangkat tinggi ketika pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain di tanah jajahannya. Namun pada hari ini, Sultan dilantik sebagai Ketua Agama Islam seperti mana yang terhasil dahulu, cuma pengisiannya berbeza. Jika dulu, Raja Zulkarnain berperanan sebagai Ketua Agama Islam ini dihormati, disanjung dan dihargai rakyat bukan sahaja rakyat beragama Islam dijajahannya, tatkala ketika ini ada rakyat yang tidak kenal akan Sultan mereka.

Ini adalah kerana peranan Raja itu sendiri kalanya dikawalselia oleh pemerintah berparti yang dinamakan Raja Berpelembagaan. Raja tidak lagi berperanan besar terhadap perkembangan Islam itu sendiri walau ia berkuasa penuh terhadap Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Walaupun pada hari ini, malaysia masih mengekalkan konsep rukun yang sama yakni
kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, jika dulu memang wajarlah jika kita mendaulatkan Raja yang membawa Islam itu asas hidup, akan tetapi kini marilah sama-sama kita fikirkan. Sultan kini lebih kepada Kesultanan Melayu yang berpegang kepada sifat Kebangsaan dan dinaungkan sebagai Ketua Negara.

Semoga kesultanan yang ada kini kembali menyambung ke arah kegemilangan Raja Iskandar Zulkarnain mengembangkan pemerintahan Islam yang secara tidak langsung mewajibkan parti-parti politik menurut Islam sebagai tunjangnya di negara ini. Pastinya Islam akan difahami oleh semua rakyat yang berbilang kaum dan agama, dan Islam tidak menindas kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Islam for All.


No comments: