BERTEMU PM DAN AHLI PARLIMEN PAS

BY: Norman

1. Semalam dari jam 3.00 hingga jam 6.15 malam (Sabah malam), saya menemani bapa dan ibu mertua menghadiri himpunan mereka untuk kejamuan Hari Krimas yang dihadiri Ketua Menteri, Perdana Menteri dan TYT Sabah.

2. Rupa-rupanya, jika tidak silap Perdana Menteri baru tiba pada tengahari semalam daripada Hong Kong. Perdana Menteri bercuti sambil bekerja di sana. Beliau hadir buat seketika dan pulang kembali ke Hong Kong.

3. Di situ selepas bapa mertua bertemu Datuk Seri Najib seketika bertanya khabar, tiba-tiba muncul dua ahli Parlimen PAS, YB Dato' Hj Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Ahli Parlimen Kota Bharu) dan Muhammad Haji Husin (Ahli Parlimen Pasir Puteh). Mereka begitu mesra dengan kedua mertua saya.

4. Kehadiran mereka bersama isteri masing-masing. Saya tidak pasti samada kehadiran mereka ke majlis tersebut atau hanya bercuti ke Kota Kinabalu bersama keluarga kerana ketika itu pemandu sedang menunggu dan laluan trafik agak sesak membuatkan kami terpaksa meminta diri dalam keadaan tergesa-gesa.

5. Saya kagum dengan kedua ahli Parlimen ini kerana mereka begitu mesra menyapa mertua saya walaupun ideologi politik mereka berbeza. Jelas ahli Parlimen PAS lebih bersifat terbuka sejak akhir-akhir ini. Malah mereka sempat menjemput mertua saya berkunjung ke Kelantan.

6. Pada malamnya pula saya bersama lima anggota UTK (pegawai polis dari Kuala Lumpur yang mengiringi Perdana Menteri) makan bersama-sama. Tidak apa yang serius dibualkan, hanya berbual kosong bertanya mengenai karier masing-masing. Kami menikmati nasi padang dan saya mengucapkan terima kasih kerana mereka sudi menerima pelawaan saya walaupun pada malam itu mereka menerima enam jemputan makan malam.

7. Pada siangnya saya melihat reaksi wajah mereka begitu serius. Takut untuk menegur tetapi mereka juga manusia biasa, pada malam harinya kami begitu mesra seolah-seolah sudah kenal lama. Tanpa disedari kami berbual selama hampir tiga jam lamanya.

8. Memandangkan ketua mereka di Kuala Lumpur merupakan kenalan rapat, mereka mungkin lebih selesa untuk berbual dengan saya. Banyak cerita lucu yang disampaikan mereka dalam tugasan harian yang begitu mencabar. Sewajarnya kita patut berbangga mereka anak muda yang sungguh berdisplin dan tidak mengenal erti penat lelah menjaga keselamatan pemimpin negara.

9. Esok saya akan kembali sibuk dengan urusan perniagaan. Mudah-mudahan saya mempunyai masa untuk menulis. Wasallam.

No comments: