By: Norman
Ternyata YB Khalid Samad ketandusan hujah bila berdepan dengan pandangan saya menyanggah kenyataan beliau yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Kristian diberikan hak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka dalam bentuk ALLAH mempunyai anak bernama Jesus.
Saya telah memberikan pandangan menyanggah tiga alasan yang beliau kemukakan berdasarkan nas, dalil, bukti dan fakta yang saya yakin benar. Malahan ternyata kepimpinan PAS sendiri menyokong pandangan saya. Diantaranya temasuk Musryidul 'Am PAS sendiri YAB Tok Guru Nik Aziz yang membantah Kristian diberi hak mengguna nama ALLAH dalam bentuk yang syirik. Timbalan Presiden PAS YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa turut sama menyokong saya sebagaimana saperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar perdana hari ini. Mereka juga turut memberikan hujah-hujah, nas dan dalil yang mantap untuk menyokong pendirian mereka.
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
“Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.” kata Dr Asri.
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.
Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.
Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”
-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.
5. Walaupun pada dasarnya kita berpendapat penggunaan nama itu boleh mendatangkan kekeliruan tetapi hujah Zulkifli lebih bersifat emosi dan membabitkan Tuan Guru Nik Aziz. Betul kata Dr Asri dari segi hujahnya, ' Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.'
Perkataan ‘Allah’ boleh diguna agama lain
KOTA BHARU – Perkataan ‘Allah’ boleh digunakan oleh masyarakat agama lain kerana di zaman jahiliah mereka menggunakan perkataan itu yang dimaksudkan untuk pencipta langit dan bumi walaupun mereka menyembah berhala sebagai tuhan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkara itu terserah kepada Kerajaan Pusat membuat keputusan kerana beliau enggan mencampurinya dan enggan memberikan komen lanjut.
“Saya tidak mahu campur isu ini kerana dalam akhbar kenyataan tidak menentu. Dulu terjemahan ‘God ‘sama dengan ‘Allah’ adalah salah. ‘God’ disamakan tuhan betul tetapi ‘Allah’ disamakan dengan ‘God’ memang tidak betul.
“Dalam al-Quran pernah disebuat perangai orang Mekah zaman jahiliah yang menyembah tokong dan berhala sebagai tuhan tetapi jika ditanya siapa yang mencipta langit dan bumi mereka akan memberikan jawapan ‘Allah’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Al-Quds Travel Sdn Bhd di sini, semalam.
Menurutnya, perkataan ‘Allah’ dari zaman berzaman disebut masyarakat bukan Islam dan maknanya golongan itu boleh menggunakan perkataan Allah.
Bagaimanapun, katanya, itu terserah kepada Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan supaya tidak mengelirukan masyarakat kerana beliau tidak suka memberi ulasan isu-isu seumpama itu.
"Semua ketua parti tidak suka orang seperti YB ini berada didalam partinya, percayalah...
BN yang kuat sudah tentu tidak suka orang seperti YB, PAS juga tidak suka orang yang menimbulkan masaalah kepada parti seperti YB ini.
Akhirnya tinggal PKR sahaja pilihan YB, PKR pun jika dah kuat esok, juga tidak sanggup lagi memikul beban menanggung orang seperti YB.
Saya lihat sumbangan YB kepada parti tidak ada pun, didalam apa-apa progrem tak ada pun nama YB, munkin antara sebabnya, orang melihat YB ni suka buat kepoh je...
Berilah sumbangan kepada parti yang kita wakili sebaik munkin, disebabkan YB menyibuk didalam perkara2 lain, munkin sebab tu lah YB ada masa nak bertelagah sesama sendiri.
Insaflah YB, YB jadi wakil rakyat pun kerana ihsan DSAI, banyak lagi calon lain nak dipilih jika perangai buruk seperti YB ini nak di ambil kira.
Tiada mana-mana parti didunia ini boleh terima perangai macam YB ini....
Saya sayang YB sebab YB berani berkata benar, tetapi keberanian YB tidak bertempat, tunjuklah keberanian YB kepada lawan bukan kepada kawan.
1 comment:
Allah adalah tuhan sekelian alam .bukannya tuhan kepada org islam saja.kalau anggap org bukan islam ada tuhan lain,maka syirik jadinya.yg berdemontrasi mempertahan nama allah untuk org islam saja,tanyalah diri sendiri sejauh mana kamu tahu tentang nama allah atau allah itu sendiri.dari segi syariat aku rasa ada yg lima waktu tak cukup dan lima waktu yg tak buat langsung pun ada.kepada zul nordin aku sarankan lebih baik pergi belajar kenal allah lebih dulu,jgn buat kenyataan fanatik bahawa awak sangat hebat islamnya.yg dibimbangkan takut org bukan islam salah guna nama allah dan mengelirukan org islam.untuk mereka mengguna nama allah adalah tidak ada nas melarangnya .
dulu
Post a Comment