BUKAN KALI PERTAMA DS NIZAR DIUJI



07.01.2009
Oleh : OMan
Gambar Sumber : Sya-PerakExpress

Terlebih dahulu warga OM mengucapkan Semoga Cepat Sembuh kepada DS Nizar, MB Perak ke atas ujian Allah yang agak besar namun, Alhamdullillah DS Nizar masih bernyawa lagi untuk terus bersama rakyat Perak terutamanya.

Barangkali ini ujian Allah yang sentiasa datang kepada umatnya seperti manusia bernama DS Nizar yang sentiasa tidak mengalah dengan sebarang masalah yang dihadapinya, laporan berita menunjukkan betapa ujian kali ini begitu besar mengikut mata kasar kita.

Pada hari ini, kita dikejutkan dengan kemalangan ini, tapi tahukah kita DS Nizar sebelum ini pernah juga nyaris-nyaris hendak dilanggar ketika perjalanannya dalam menemui rakyat?! Ini tidak pernah diberitahu oleh DS Nizar kepada kita, tapi dihadapan mata saya dan pegawai serta wakilnya dari Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang nyaris berlaku pelanggaran yang berjaya dielakkan oleh pemandunya. Begitulah kecekapan pemandu beliau ketika mengiringi DS Nizar ke sepanjang program dan majlis-majlis yang dihadiri DS Nizar.

Ketika kejadian, saya yang menaiki van Pusat Khidmat mengikut di belakang kereta DS Nizar dari program di Kg. Telaga Nenas menuju ke Seri Manjung. Dalam perjalanan secara tiba sebuah kereta di hadapan van yang saya naiki dan di belakang kereta DS Nizar memotong kereta yang dinaiki DS Nizar. Barangkali pemandu kereta ini ingin 'menjenguk' DS Nizar namun sedang kereta DS Nizar memotong sebuah kereta dihadapannya tiba-tiba ia juga turut memotong tanpa amaran, dan kecekapan pemandu DS Nizar ketika itu berjaya menyelamatkan keadaan dengan memintas ke arah tebing jalan berumput dan berjaya mengelak dari pelanggaran dari kereta arah bertentangan. Kami menyaksikan dengan penuh terkejut dan bersyukur.

Sekalung tahniah buat pemandu peribadi DS Nizar kerana berjaya mengelak dari berlanggar dari kereta dihadapannya dan juga yang bertentangannya. Dan hari ini, DS Nizar sendiri cuba mengelak dari pelanggaran yang lebih dasyat dan menggadaikan nyawanya sendiri dgn melanggar pembahagi jalan.

Berita kemalangan boleh didapti di PerakExpress.

No comments:

My POST