TERKINI: DS NIZAR SEMAKIN PULIH



08.01.2010
Oleh OMan

Walaupun rakyat dinasihatkan untuk tidak melawat DS Nizar agar tidak mengganggu kesihatan DS Nizar, namun sifat kemanusiaan yang tebal tidak dapat menghalang lawatan yang barangkali tidak putus-putus. Pelbagai kaum dan beberapa NGO turut dilihat dibenarkan oleh kawalan unit amal untuk tidak menghampakan mereka.

Kedatangan OM tidak dirancang, secara kebetulan pagi ini menemani seorang kawan ke mahkamah seksyen Ipoh, terlintas untuk melawat jika dibenarkan. Alhamdullillah, rezeki kami untuk bertemu dan bertanya khabar dipermudahkan, dari security dibawah hinggalah ke unit amal langsung tidak ada sekatan.

Kelihatan 2 orang india sahabat NGO sebelum DS Nizar aktif di dalam politik giat berceloteh mengimbas kenangan lama, sekurang-kurangnya ia membuat DS bergelak ketawa. Datuk Tasnim juga tampil melawat DS Nizar, mendengar DS menceritakan bagaimana terjadinya kemalangan.

Untuk tidak melengahkan DS Nizar membuat persiapan menunaikan solat jumaat, kami bertindak mengucapkan selamat kepada DS sebelum beredar. DS Nizar sempat memberitahu bahawa beliau telah membaca kandungan tulisan penulistamu OM, Sdr Norman ke atas isu tempatan DUN Pasir Panjang dan persediaaannya. Dan ucapan sampaikan salam dan terima kasih dari DS kepada penulis agar disampaikan kepada Sdr Norman.

Secara kebetulan semasa keluar bertembung dengan bekas pemandu DS Nizar, Sdr Lan dan kesempatan menegur sempat menceritakan kembali peristiwa yang OM coretkan di posting sebelum ini di mana hampir berlaku pelanggaran yang dasyat tapi berjaya di atasi Sdr Lan. DS Nizar pernah berkata' "A" kau bawa kereta', kredit DS utk bro Lan.

No comments:

My POST