"Saya memang tidak menggalakkan mereka (berdemo) kerana pada pandangan saya anda mesti berbincang tentang perkara ini kerana ia isu yang sangat serius dan jadi pertikaian antara orang Islam dan Kristian," katanya.
Anwar dalam pada itu turut mempertikaikan sikap "pilih kasih" kerajaan yang tidak mengambil tindakan terhadap perhimpunan membantah keputusan mahkamah tersebut.
"Perhimpunan aman harus dibenarkan di negara kita. Sama ada kita setuju atau tidak (dengan sesuatu isu), itu soal kedua," katanya .
Beliau turut menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membenarkan perhimpunan itu sebagai "pendirian hipokrit".
"Di satu segi, (Hishammuddin) tidak benarkan orang menyuarakan pandangan mereka, walaupun atas dasar yang kukuh, tetapi dalam isu ini mereka fikir ia memberi keuntungan politik," katanya dalam sidang media selepas memfailkan tuntutan qazaf berkaitan tuduhan liwat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.
"Saya tidak pertikaikan hak sesiapa untuk berhimpun secara aman, saya pertikaikan kebijaksanaan dan kepura-puraan dan kontradiksi Kementerian Dalam Negeri yang hanya membantu menganjurkan demonstrasi yang mereka kehendaki dan memukul orang lain yang mereka tidak senang dengan perhimpunan aman."
Hishammuddin semalam dilaporkan berkata, kerajaan tidak berniat menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung isu berkenaan, dengan syarat ia tidak menjejaskan keselamatan negara.
Mengulas pandangan menteri itu, Anwar berkata kerajaan sepatutnya cuba menyelesaikan isu ini lebih awal dengan mengadakan perbincangan dengan masyarakat Kristian bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung isu tersebut.
"Sepatutnya dari awal panggil orang Kristian, dengar pandangan dan kekhuatiran orang Kristian dan cari penyelesaian yang sebaik mungkin sebab hal ini tidak boleh dibiar berlanjutan.
"Ia akan menimbulkan ketegangan kaum dan agama yang tidak menguntungkan negara atau politik sesiapa, melainkan orang yang bermaksud mengadu domba di antara kaum dan agama.
"Maksud saya, secara politik, tidak bijak untuk mengadakan apa bentuk perbincangan sekarang ketika emosi sedang memuncak," tambahnya.
Ditanya pendiriannya berhubung penggunaan kalimah Allah bagi orang Kristian, Anwar berkata, perkara itu dibolehkan, berdasarkan pandangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka.
"Dari segi umum, kesepakatan itu ada, cuma dalam penafsiran ini, ada perbezaan. Ulama-ulama uang kita rujuk, termasuk Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah Zuhaili dan Sheikh Taha Jabir, ia dihukum boleh. Tidak boleh melarang (penggunaan kalimah Allah)," katanya.
Walaupun umumnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bersetuju perkataan Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian, mereka bagaimanapun tidak sepakat dalam menangani keputusan mahkamah terhadap Herald The Catholic Weekly, 31 Disember lalu.
Tambah Anwar, kumpulan-kumpulan masyarakat Islam yang membantahnya bimbang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian dijadikan satu langkah untuk menukar agama orang Melayu.
"Yang membangkitkan isu ini, tidak semua menerima (kalimah Allah digunakan oleh Kristian) ialah aspek Melayu di rantau ini dan aspek pendakwahan Kristian selama ini, yang mencurigai tujuan mereka itu (Kristian) untuk mendakyah orang Islam.
"Sebab itu, isu ini sepatutnya diselesaikan dari awal," katanya lagi.
Dipetik dari Malaysikini
HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My POST
-
▼
2010
(140)
-
▼
January
(35)
- PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!
- PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!
- MANTAP BANG BUNG
- AWAS! GILIRAN SELANGOR DISERANG...
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA.....
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...
- KD SRI INDERAPURA: WANG RAKYAT DIKORBANKAN
- MUNCUL PARTI BARU... KEADILAN LEBIH KUKUH
- PKR TUBUHKAN LAGI PARTI LAIN!!!
- BANTUAN SEKOLAH DIPOTONG
- NIZAR MB YANG SAH?
- SUDAH TIBA MASANYA WAN AZIZAH BERUNDUR
- INIKAH PERANGAI BAKAL MB KELANTAN???
- NAMA ALLAH KONSPIRASI DARI DALAM UMNO
- BUKAN ISLAM PUN TAHU HORMAT TOK GURU
- BOM GEREJA PETANDA PILIHANRAYA PERAK & SELANGOR
- KAKI BAKAR
- ZULKIFLI NORDIN DITEGUR
- NAJIB JATUH KERANA ROSMAH
- NIZAR IS BACK!
- CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8
- PAS JANGAN SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG
- GEREJA TERBAKAR KERANA DIAPI-APIKAN
- TERKINI: DS NIZAR SEMAKIN PULIH
- ANWAR TAK HALANG TAPI TAK GALAKKAN
- JANGAN IKUT DEMO!!!
- SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN... BUKAN CERITA...
- BUKAN KALI PERTAMA DS NIZAR DIUJI
- SUDAH TIBA MASANYA KITA CARI WAKIL RAKYAT BARU
- BUKAN MARAH CUMA MENEGUR
- TAK HABIS-HABIS YB ZULKIFLI BERLETER
- PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, BUDDA, HINDU ...
- BILA KITA TERLALU GHAIRAH..TERIMA LAH RM 100 JUTA
- BERTEMU & GAMBAR SEKITAR PROGRAM DS NIZAR
- PELAPIS NIZAR DAN PERANAN BLOGGERS
-
▼
January
(35)
2 comments:
adil cara ameno..sarkasss
adil cara ameno..sarkasss
Post a Comment