ZULKIFLI NORDIN DITEGUR

Zulkifli Nordin Ditegur Oleh Partinya

Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin telah dinasihatkan supaya menghormati pendirian parti di dalam isu kalimah 'Allah', demikan kata naib presiden PKR Azmin Ali, lapor malaysiakini.

Ketua whip PKR itu menyatakan Zuklifli telah dipanggil oleh Ketua Umum PKR untuk meleraikan hal berkenaan di dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

“Setelah meltusnya isu kalimah 'Allah', pihak parti telah mengadakan perbincangan dengan Zulkifli dan tindakan telah diambil (berdasarkan kepada perbincangan itu).

“(Di dalam pertemuan itu), beliau telah mengemukakan pandangannya namun pihak parti telah memberitahunya supaya bertindak mengikut ruanglingkup Pakatan Rakyat.”

Zulkifli, yang merupakan ahli parlimen Kulim Bandar-Baru MP, telah secara terbuka mengkrtik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Kristian Herald untuk menggunakan kalimah 'Allah' di dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Dikenali sebagai orang yang berpandangan lantang, terutama dalam hal-hal bangsa dan ugama, peguam syariah itu mendakwa kalimag 'Allah' boleh disalahgunakan oleh orang Kristian dan akhirnya mengelirukan umat Islam.

Keadaan bertambah buruk apabila Zulkifli mencabar Khalid Samad, rakan di kalangan ahli parlimeb Pakatan dari PAS, untuk keluar parti dan menyertai parti DAP kerana mempertahanlan hak bukan Islam untuk menggunakan kaliman 'Allah'.

Walau bagaimanapun, PKR telah mengeluarkan kenyataan media dua hari selepasnya, mengalu-alukan keputusan mahkamah dan menyifatkannya sebagai “perkembangan yang sangat baik yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka”.

Azmin menyatakan (hak) Zulkifli sepatutnya merujuk kepada konsensus (suara ramai) apabila ada isu yang menyentuh soal dasar parti.

“Setiap kali mereka ingin tampil dengan kenyataan menyentuh soal dasar, setiap anggota perlu mematuhi prinsip berkenaan di dalam PKR,” tambah Azmin.
Sumber: Greenboc.blogspot.com

No comments:

My POST