19/1/2010
1. Jika benar pilihanraya akan diadakan di negeri Perak dalam masa terdekat ini, adakah PR mampu menang? Berdasarkan pilihanraya umum yang lalu kita berkeyakinan mampu melakukannya tetapi kita mesti sedar itu pilihanraya umum. Kali ini hanya diadakan di Perak dan BN pastinya sudah mengetahui jika benar akan berlakunya pilihanraya.
2. Jika kita sudah menang mereka tidak mahu mengaku kalah, inikan pertandingan semula. SPR tentu sudah maklumkan kepada PM tentang keberangkalian ini. Tentunya mereka sebenarnya lebih bersedia daripada segi persiapan.
3. BN tentulah sudah mengira kedudukan kawasan yang dahulunya tewas majoriti lebih kurang 1 ribu undi sahaja untuk ditawan. Anda mesti ingat undi hantu bukanlah rekaan tetapi kenyataan. Ya... hantu itu wujud dan apakah perkiraan kita untuk mengatasinya.
4. Kita kaji dahulu kawasan yang di dalam perhatian BN.
N05708 - Titi Serong | 79.31 | 276 | 1. Khalil Idham Lim Abdullah | (PAS) | 10,012 | Menang |
2. Abu Bakar Mat Ali | (BN) | 8,863 | Kalah |
N05709 - Kuala Kurau | 77.87 | 378 | 1. Mohd Salleh Mat Disa | (BN) | 7,757 | Kalah |
2. Abdul Yunus Jamahri | (PKR) | 8,224 | Menang |
N05811 - Gunong Semanggol | 78.92 | 285 | 1. Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri | (BN) | 4,889 | Kalah |
2. Ramli Tusin | (PAS) | 6,959 | Menan |
N05812 - Selinsing | 75.99 | 301 | 1. Zaili Cha | (BN) | 5,602 | Kalah |
2. Husin Din | (PAS) | 6,149 | Menang |
N05913 - Kuala Sapetang | 73.59 | 460 | 1. See Tean Seng | (BN) | 6,721 | Kalah |
2. Tai Sing Ng | (PKR) | 7,285 | Menang |
N05914 - Changkat Jering | 72.85 | 334 | 1. Mat Isa Ismail | (BN) | 8,309 | Kalah |
2. Mohd Osman Mohd Jailu | (PKR) | 9,411 | Menang |
N06017 - Pokok Assam | 70.19 | 228 | 1. Yee Seu Kai | (DAP) | 7,574 | Menang |
2. Ho Cheng Wang | (BN) | 6,709 | Kalah |
N06120 - Lubok Merbau | 75.26 | 150 | 1. Jamal Nasir Rasdi | (BN) | 4,592 | Kalah |
2. Mohd.Zainudin Mohd Yusof | (PAS) | 4,664 | Menang |
N07040 - Malim Nawar | 62.93 | 364 | 1. Chai Song Poh | (BN) | 6,439 | Kalah |
2. Keshvinder Singh A/L Kashmir Singh | (DAP) | 7,801 | Menang |
N07145 - Teja | 68.5 | 367 | 1. Yew Sau Kham | (BN) | 6,358 | Kalah |
2. Chang Lih Kang | (PKR) | 6,533 | Menang |
N07554 - Hutan Melintang | 70.12 | 636 | 1. Kesavan A/L Subramaniam | (PKR) | 7,804 | Menang |
2. Thangasvari A/P Suppiah | (BN) | 6,083 | Kalah |
N07656 - Changkat Jong | 71.85 | 410 | 1. Mohd Anuar Sudin | (PAS) | 8,705 | Menang |
2. Idris Hashim | (BN) | 7,806 | Kala |
N07759 - Behrang | 70.43 | 512 | 1. Jamaluddin Mohd Radzi | (PKR) | 6,771 | Menang |
2. Ramasamy A/L Muthusamy | (BN) | 5,744 | Kalah |
6. Jika anda bertanya, mengapa saya tidak membuat analisis untuk PR menawan Perak, saya katakan tidak perlu kerana kita adalah pasukan favourite dan BN adalah pasukan 'underdog' dalam pilihanraya kali ini. Jadi kita mungkin terlena berdasarkan kepada kemenangan lalu. Dengan maklumat dari SPR yang turut bersama mereka dalam menjelma hantu-hantu pilihanraya, tidak sukar untuk mereka menawan kerusi DUN yang disebut-sebutkan tadi.
7. Cukup dengan membawa 10 ribu pengundi hantu untuk diagih-agihkan ke kerusi DUN tersebut, BN akan menang dengan selesa. Anda jangan terkejut andaikata BN akan berjaya menguasai dengan majoriti 41 kerusi.
8. Untuk mengimbangi kemasukan pengundi hantu, PR mesti berusaha dari sekarang untuk menambahkan ahli-ahli parti di kawasan tersebut sebanyak 20%. Manakala jika berlaku majoriti 85% mengundi pada pilihanraya nanti, kita pasti hantu-hantu turut mengundi dalam pilihanraya tersebut.
9. Ini dapat dilihat jumlah undi tertinggi di Perak hanyalah 79.3% iaitu di Titi Serong dan secara puratanya sekitar 73% sahaja. Cuba kita bandingkan peratusan mengundi yang membabitkan tentera. Ada orang kata mereka juga seperti 'hantu kum kum', pergi mengundi untuk kenaikkan pangkat atau menjaga kedudukan sahaja. Akhirnya peratusan di tempat Zamry 84.60% pergi mengundi.
10. Kita mesti melihat apa yang berlaku di Terengganu, apabila pada tahun 1999 ia berjaya dirampas oleh PAS, tiba-tiba sahaja pada 2004 peratusan mengundi di Terengganu meningkat mendadak iaitu secara puratanya 85%. Ia satu jumlah yang tidak masuk diakal.
11. Jadi gerak kerja PR mesti bermula sekarang. Gunakan segala kepakaran yang ada untuk mengenal pasti pengundi hantu ini. Halangan terbesar PR pada pilihanraya di Perak jika ia berlaku bukan kepada faktor pengundi manusia tetapi pengundi hantu yang akan mempengaruhui 70% perubahan undi selain daripada faktor isu dan kempen pilihanraya di mana BN akan menggunakan berjuta wang rakyat untuk disedekahkan kepada rakyat.
12. Manakala YB-YB di kawasan yang disebutkan tadi, kerahkan jentera parti untuk gerakkan aktiviti bersama masyarakat. Kini masa anda untuk duduk bersama masyarakat setempat. Perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya semula hampir menjadi kenyataan dan kini terpulang kepada anda untuk mempertahankan kawasan tersebut atau tindak.
13. Jentera PR di kawasan yang selamat hendaklah turut membantu jentera parti di kawasan maut ketika ini. Jika pengumuman dibuat nanti, mungkin sudah terlambat untuk berbuat demikian. Pastikan bloggers di tempat terbabit lebih aktif. Jika tiada bloggers, bantulah mereka dengan melahirkan bloggers di tempat tersebut.
14. Jika mampu, print kenyataan bloggers kepada masyarakat setempat. Ia dianggap akhbar sampingan kepada untuk menyebarkan maklumat terkini.
15. Dan yang paling penting DAP perlu membantu kempen di kawasan orang Melayu dan menperjelaskan adalah satu penipuan besar DAP ingin menguasai negeri Perak dan menjadi Datuk Seri Nizar sebagai boneka. Kata-kata dari pemimpin DAP mampu mengubah persepsi orang Melayu terhadap pakatan ini terutama golongan tua di kampung-kampung.
Semoga berjaya.
3 comments:
Apa pun kita rakyat yang berakal tetap berusaha berdoa bersungguh-sungguh semoga PR mengambil kembali negeri Perak dari tangan lanun-lanun yang merampas negeri itu jika DUN Perak dibubarkan....Takbir!!!!
konon dikhabarkan bahawa pilihanraya DUN Perak dijangka sekitar bulan Mac-April 2010 ni.. sama2 kita tunggu.. dengar boleh percaya jangan.. apa2pun semua pihak kena bersedia..
HA HA HA....KALAU PR MENANG, SENYAP PASAL PENGUNDI HANTU....KALAU BN, AWAL2 LAGI DAH KATA PENGUNDI HANTU. APA PUNYA BODOH AGEN2 PR DLM PILIHANRAYA MEMBIARKAN PENGUNDI HANTU NI. SAPA YG PERNAH JADI KERANI SPR, AKAN TAU SIKIT PUNYA SUSAH NAK CREATED PENGUNDI HANTU NI.
PR MENANG ARITU ATAS DASAR UNDI PROTES UMNO PADA PAK LAH.....JGN LA CEPAT GHAIRAH SANGAT WOIIII....
Post a Comment