HUMAN RIGHTS & ENVIRONMENTAL JUSTICE: The greatest thing in this world is not so much where we are, but in what direction we are moving.
PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!
1. Hari ini, Zul Kulim masih menulis di blognya mempertahankan apa yang dilakukannya dan seperti biasa dia akan mengambil hujah dari ulama-ulama yang bersependapat dengannya. Persoalannya mengapa dia tidak mengambil pendapat ulama yang tidak bersetuju dengannya.
2. Jadi nasihat saya, kita jangan pedulikan Zul Kulim lagi. Kita akan menjadi sebodoh Zul Kulim jika kita terus melayan penulisannya. Cukuplah setakat ini kita membicarakan tentang Zul Kulim. Nak kata waras, rasanya dia masih waras, nak kata bodoh dia boleh jadi peguam, nak kata alim dia bukannya ulama, nak kata budak-budak, dia dah besar panjang, nak kata apa lagi...entah.
3. Siang tadi saya menghubungi beberapa rakan media. Walaupun ada rakan-rakan dan bekas wartawan saya ini bekerja di akhbar pengampu UMNO, mereka sendiri meluat dengan Zul Kulim. Kata mereka Zul Kulim ini gila 'glamor'. Kalau ikhlas buat laporan polis tak perlu dihebahkan di akhbar.
4. Jadi saya bertanya mengapa perlu kamu melaporkan di akhbar, jawab bekas wartawan saya, bos suruh dan tentu BN suka.
5. Saya menghubungi bekas rakan setugas yang kini bergelar Pengarang, katanya itulah Zulkifli yang kita kenal dulu. Ya, dulu di kalangan rakan media selalu kami membicarakan mengenai Zul Kulim ini. Kami bersependapat kata-kata Zul Kulim susah hendak dipercayai.
6. Selalu di pentas ceramah dia mendahalui keputusan mahkamah kononnya, begitu begini mengenai DSAI. Suka menjadi pendahulu, kononnya dia serba tahu. Tak satu pun menjadi kenyataan dan saya hairan mengapa dia dicalonkan menjadi ahli Parlimen.
7. Jadi bukan menghairankan selepas ini akhbar akan memainkan isu ini untuk tempoh beberapa minggu kenyataan dari Zul Kulim. Lebih hebat andaikata Zul Kulim disingkirkan dari PKR. Pastinya Zul gila glamor ini akan menggunakan akhbar perdana untuk menyerang DSAI, PKR dan PR sendiri.
8. Percayalah kerana Zul Kulim memang terkenal dengan emosinya jika membuat kenyataan. Jangan terkejut dia akan mengungkit jasa-jasa yang pernah dibuat olehnya untuk DSAI. Siapa yang kenal Zul Kulim, kita tidak hairan dengan tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.
9. Dia mempunyai sifat pendendam teramat sangat. Dia tidak berpuashati kerana Sultan Selangor tidak mengenakan hukuman kepada YB Khalid, Presiden Pas juga begitu dan penyokong PR juga, lantas untuk memastikan YB Khalid dilihat orang yang tewas, Zul Kulim membuat laporan polis.
10. Buruk perangai Zul Kulim, tidak puas menghentam YB Khalid di blognya, sanggup untuk melihat YB Khalid disiasat oleh polis. Masalahnya apa yang polis boleh lakukan. Ini soal akidah, soal agama yang bukan di bidang kuasa polis. Macam budak-budak.
11. Persoalannya juga jika benar kononnya dia pejuang Islam tulin mengapa dia tidak membuat laporan polis terhadap Nazri Aziz YANG MEMBENARKAN BEBERAPA NEGERI MENGGUNAKAN NAMA ALLAH??? Menurut kata rakan saya, orang gila pun tak buat kerja seperti ini.
12. Kami bersetuju (rakan media), Zul Kulim sukar dikawal oleh mana-mana pemimpin pun. Jadi eloklah dilepaskan sahaja kerana itu yang dia mahukan. Kita ingin lihat mana parti yang inginkan dia. Tambah rakan saya tadi, suruh Zul buat jemaah Islam je kerana dia tak sesuai jadi orang politik.
13. Saya amat berharap DSAI singkirkan Zul Kulim. Walaupun berisiko tetapi kita tidak ada pilihan. Kita tahu UMNO akan menggunakan Zul Kulim untuk menyerang PR tetapi percayalah isu itu akan berlalu begitu sahaja. Ramai di kalangan penyokong PR bersetuju Zul Kulim disingkirkan, lagipun dia bukan berpengaruh sangat walaupun dia cuba mencari pengaruh.
14. Jika boleh minta Zul Kulim, kosongkan kerusi Parlimen Kulim. Kalau dilakukan bolehlah kita tabik sikit dekat dia, tapi jika tidak...hampes punya pejuang. Kita tunggu dan lihat.
15. Kepada PKR, anggaplah ini sebahagian daripada pemutihan parti sahaja. Ia bagus apatah lagi PKR masih baru dan selepas ini kita sudah boleh mengenal siapa yang benar-benar mampu duduk di dalam satu kumpulan menentang kezaliman.
16. Kepada Zul Kulim pula, selamat tinggal dan teruskan perjuangan dakwah anda. Mudah-mudahan anda mendapat jalan terbaik dalam mengembangkan dakwah anda nanti demi kebaikan umat Islam sejagat.
PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!
2. Zul Kulim telah dua kali mengguris hati PAS. Sebelum ini isu baiah PAS dan kini isu penggunaan nama Allah. Siapa Zul Kulim ini dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan ulama-ulama besar yang lain?
3. Memandai pula dia memberi ugutan kepada YB Khalid untuk menarik kata-katanya, sedangkan Sultan Selangor pun tidak berbuat demikian. Siapa Zul Kulim untuk memberi amaran seperti itu?
4. Belum pernah dalam sejarah Pakatan Rakyat atau BN, ada ahli Parlimen membuat laporan polis sesama rakan sejawatan. Ini kerja orang gila, siapa Zul Kulim ini yang tergamak berbuat demikian?
5. Perangai Zul Kulim lebih teruk berbanding dari perangai ahli-ahli parti lain samada dari PR mahupun dari BN. Dari BN sekalipun jika berlaku perkara yang tidak sependapat, tidak tergamak untuk mereka membuat laporan polis dan cukuplah bertengkar sedikit di Parlimen.
Nyah kau!
6. Jika Anwar masih mahu menyimpan Zul, adalah lebih baik PAS dan DAP menjalinkan ikatan sesama mereka sahaja. Ini kerana PAS dan DAP tanpa Keadilan di Perak masih juga mampu memenangi pilihanraya di Perak nanti.
7. Sikap Zul Kulim yang terus berdegil walaupun telah bertemu dengan Azmin Ali dan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perwatakkan sebenarnya. Saya yakin bukan sahaja PAS dan DAP, UMNO sendiri tidak akan menerima Zul Kulim jika dia ingin menyertai parti tersebut. Mungkin PBS akan pertimbangkan, itu pun rasanya mereka akan menolak orang seperti Zul Kulim ini. Musuh dalam selimut.
8. Siapa Zul Kulim menyuruh YB Khalid keluar dari PAS. Siuman atau tidak dia berbuat demikian sedang Presiden PAS sendiri tidak pernah menyuruh YB Khalid berbuat demikian? Ini bukan kerja orang waras!
9. Waras atau tidak Zul Kulim yang merupakan YB Parlimen Kedah dan juga merupakan ahli PKR tiba-tiba ingin menyibuk tentang negeri Selangor dan ahli PAS ???...Barangkali sudah hilang kewarasan.
10. Zul Kulim jika dia waras, dia sendiri akan keluar dari PKR. Ini kerana dia sudah tidak tahu menghormati ketua, prinsip sefahaman PR, tidak sealiran lagi dengan ideologi parti dan tidak boleh duduk dalam kumpulan. Sepatutnya Zul Kulim yang keluar parti dan menubuh partinya sendiri. Mari kita tengok berapa kerat yang ingin menyertai Zul.
11. Demi menjaga perpaduan Pakatan Rakyat dan juga rakyat yang menyokong PR, singkirkan Zul Kulim. Kata Zul Kulim, dia tidak kisah jika PKR berbuat demikian. Jadi biarlah Zul Kulim tubuhkan parti sendiri atau menjadi penulis blog sepenuh masa.
12. Kepada penyokong PR, kita jangan terkejut jika suatu hari nanti Zul Kulim akan bertindak seperti Ezam Mohd Nor.
AWAS! GILIRAN SELANGOR DISERANG...
2. BN juga sebenarnya sangat iri hati dengan kerajaan PR di Pulau Pinang tetapi memandangkan di pulau mutiara ini BN menerima tumbukan TKO, jadi hajat untuk menyerang atau merampas Pulang Pinang dipendamkan begitu sahaja.
3. Malangnya pemimpin kerajaan PR kadangkala terleka dengan kemenangan lalu sekaligus membuatkan BN mempunyai banyak ruang untuk menyerang kerajaan PR. Kita lupa mereka akan menggunakan SPRM, SPR, polis dan mahkamah bagi melumpuhkan kerajaan PR.
4. SPRM dilihat semakin mengganas walaupun diserang oleh rakyat, pemimpin PR dan pelbagai pihak. Mereka mengambil sikap tidak ambil peduli rungutan atau kemarahan rakyat. Pemimpin PR ditekan dengan pelbagai cara dan adakalanya melangkaui kewarasan manusia. Mereka kini semakin kejam.
5. Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya lebih berwaspada. BN tidak akan berdiam diri dan sedikit kesilapan akan mengundang padah. Mereka mesti ingat, senario mood pengundi ketika ini, BN berjaya menarik kembali hampir 10% pengundi Melayu untuk kembali kepada mereka.
6. Kita mesti sedar berjuang atas dasar keihklasan ini bukannya mudah tanpa iman yang kukuh sepertimana kebanyakan ahli PAS. Seperti saya katakan dulu, ahli Keadilan ramainya berdarah UMNO, jadi mereka sukar untuk hidup dalam kesusahan.
7. Bila susah atau tidak mendapat habuan, mulalah 'pengecut-pengecut ini' menggunakan dialog yang sama, PR tidak memperjuangkan rakyat, PR menjadi boneka DAP, PR hanya untuk kepentingan individu dan bermacam-macam lagi. Inilah susah dapat ahli berjiwa UMNO.
8. Serangan di Selangor ini sebenarnya mempunyai niat 2 dalam 1. Untuk menjatuhkan kerajaan Selangor dan untuk pilihanraya di Perak.
Di bawah adalah berita serangan terbaru terhadap kerajaan PR Selangor. Esok, lusa kita belum tahu lagi apakah jenis serangan yang akan dilancarkan.
Satu Tamparan Hebat - Rais
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pembubaran cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor, yang dipimpin oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai satu tamparan hebat kepada parti itu ekoran rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Rais berkata jika mengikut lunas demokrasi, Khalid sepatutnya mengundur diri dan mengakui kegagalannya memimpin cabangnya sendiri.
"Tetapi sama ada Menteri Besar Selangor sekarang sanggup berbuat demikian adalah soal fakta, dan soal pendirian beliau, tapi kepada rakyat, sudah jelas bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan untuk menyatakan beliau telah dikalahkan oleh komponennya (cabangnya) sendiri dan anggota partinya serta rakyat setempat, " katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.
Rais berkata pembubaran cabang PKR itu menunjukkan perubahan sikap rakyat termasuk rakyat sekitar Kuala Selangor yang sudah tidak menaruh kepercayaan terhadap parti itu.
Keputusan rakyat Kuala Selangor itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pemimpin kecil dan besar PKR yang kononnya rakyat mempercayai mereka, katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Kuala Selangor yang telah membuat pilihan bijak dan menolak parti-parti politik yang tidak jujur dalam pimpinan.
Hari ini, Timbalan Ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa 11 anggota jawatankuasa PKR cabang Kuala Selangor, termasuk Ketua Pemuda dan Wanitanya telah meletakkan jawatan berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdul Khalid.
Arshad berkata cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpin sahaja yang terdiri daripada beliau, Khalid serta seorang anggota jawatankuasanya Faridah Abdul Rahman.
Beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.- BERNAMA
SPRM serbu pejabat exco Selangor | |||
|
Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.
Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri.
Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.
Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.
Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat
Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.
Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.
Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.
BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...PART 2
2. Perkara yang paling penting semua jentera parti mestilah menggerakkan pasukan masing-masing. Pertama kumpulkan kesemua bloggers Perak untuk berkongsi maklumat dengan mereka. Bloggers juga mempunyai maklumat tersendiri dan mempunyai pengaruh yang besar. Berbincang dari segi strategi yang ingin dibuat.
3. Di dalam pertemuan tersebut, Nizar mestilah melantik bloggers sebagai satu unit yang dikenali sebagai Unit Penerangan Khas Perak, semasa kempen pilihanraya. Ia diketuai oleh 'team Nizar' sendiri bersama wakil dari PKR dan DAP. Bloggers mestilah terdiri dari pelbagai kaum untuk memudahkan kesemua kaum mendapat maklumat terkini.
4. Kedua wakil rakyat PAS, DAP dan PKR mestilah duduk semeja untuk membentangkan masalah di tempat masing-masing. Jika jentera tidak cukup, laporkan segera agar Nizar (sebagai Pengerusi PR Perak) boleh meminta bantuan dari PR pusat tentang kekurangan yang diperlukan.
5. Ketiga, Nizar dan Ngeh mestilah meminta PKR menghantar wakil terkuat mereka untuk menjadikan PR Perak hebat dari segi sepakatan. Ketiga-tiga parti mestilah memaklumkan kepada akhbar milik masing-masing mengenai aktiviti bersepadu ketiga-tiga parti politik terbabit.
6. Dana pilihanraya yang secukupnya diperlukan. Dana dari PR pusat mestilah mencukupi untuk kos kempen pilihanraya kali ini. Samada untuk sewa khemah, makan minum jentera parti, kos bendera, poster dan lain-lain.
7. Dana khas? Mulakan kempen pilihanraya menerusi ceramah dan sebagainya untuk mengutip derma bagi dana khas pilihanraya dari setiap ahli dan penyokong PR sekurang-kurangnya RM 10 seorang. Andaikata PR mempunyai 200 ribu ahli (PAS/DAP/PKR), bermakna dana khas ini akan bernilai RM 2 juta.
8. Apa yang mahu dilakukan dengan dana ini? Satu langkah yang paling berkesan di mana di sinilah kekurangan PR sejak dari dulu ialah dengan mewujudkan sebuah CD atau DVD khas untuk diserahkan kepada pengundi atas pagar.
9. CD ini berkonsepkan dokumentari di mana Nizar, Ngeh dan Anwar Ibrahim sebagai wakil PKR akan menjadi pemidato (pengulas) mengenai senario politik di Perak dan isu Nasional. Di mana di dalam CD tersebut akan disiarkan klip video mengenai tragedi-tragedi berlakunya kekejaman polis terhadap rakyat sepertimana berlaku di Kuala Kangsar, Perak, sidang DUN di Perak, peristiwa di mahkamah dan salah laku pemimpin BN.
10. Selain itu dimuatkan misi PR apabila berjaya memerintah negara suatu hari nanti. Dengan mutu rakaman, suntingan dan visual yang menarik, CD untuk tempoh 1 jam ini pastinya akan menarik minat dan memudahkan rakyat atau pengundi atas pagar ini memahami agenda perjuangan PR.
11. Ingat! Gunakan sebaik-baiknya CD tersebut agar ia mendapat impak secukupnya dengan segala maklumat lengkap bersama fakta untuk diserahkan kepada pengundi atas pagar. Diselitkan judul sarikata di dalam bahasa Cina dan India.
12. Mungkin ada yang bertanya berapa jumlah dan kos penerbitan tersebut? Dalam perkiraan saya begini. Kos penerbitan(suntingan, rakaman dan lain-lain) melibatkan kos sebanyak RM 70 ribu. Kos sekeping CD atau DVD hanyalah sekitar RM 3 serta cover yang menarik. Dengan nilai RM 3 CD itu mampu dicetak sebanyak 666,666 keping (lebih kurang) selepas ditolak kos penerbitan.
13. Jumlah tersebut sudah cukup untuk diberikan kepada pengundi atas pagar atau orang-orang tua di kampung yang berat ingin membaca akhbar PR atau pergi mendengar ceramah. Saya masih ingat Al-Arqam menggunakan strategi menjual akhbar untuk berdakwah. Ia dilihat lebih positif daripada konsep Tabligh yang pergi ke rumah untuk mengajak penghuni rumah ke masjid.
14. Pendekatan memberikan CD secara percuma ini akan memberikan kebebasan kepada pengundi atas pagar untuk menilai kepimpinan PR. Fikirkan betul-betul mengenainya dan percayalah ia akan memberikan impak yang besar kepada pengundi? Selamat berjaya..salam perjuangan untuk anak-anak Perak dari saya nun jauh di sana.
By: Norman
My POST
-
▼
2010
(140)
-
▼
January
(35)
- PEDULIKAN ZUL KULIM...!!!
- PR AKAN RETAK...ZUL KULIM UNDUR!!!
- MANTAP BANG BUNG
- AWAS! GILIRAN SELANGOR DISERANG...
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA.....
- BERLAKU PILIHANRAYA DI PERAK, PR AKAN TEWAS JIKA...
- KD SRI INDERAPURA: WANG RAKYAT DIKORBANKAN
- MUNCUL PARTI BARU... KEADILAN LEBIH KUKUH
- PKR TUBUHKAN LAGI PARTI LAIN!!!
- BANTUAN SEKOLAH DIPOTONG
- NIZAR MB YANG SAH?
- SUDAH TIBA MASANYA WAN AZIZAH BERUNDUR
- INIKAH PERANGAI BAKAL MB KELANTAN???
- NAMA ALLAH KONSPIRASI DARI DALAM UMNO
- BUKAN ISLAM PUN TAHU HORMAT TOK GURU
- BOM GEREJA PETANDA PILIHANRAYA PERAK & SELANGOR
- KAKI BAKAR
- ZULKIFLI NORDIN DITEGUR
- NAJIB JATUH KERANA ROSMAH
- NIZAR IS BACK!
- CERAMAH MAT SABU @ MANJUNG vs NIZAR @ WAD8
- PAS JANGAN SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG
- GEREJA TERBAKAR KERANA DIAPI-APIKAN
- TERKINI: DS NIZAR SEMAKIN PULIH
- ANWAR TAK HALANG TAPI TAK GALAKKAN
- JANGAN IKUT DEMO!!!
- SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN... BUKAN CERITA...
- BUKAN KALI PERTAMA DS NIZAR DIUJI
- SUDAH TIBA MASANYA KITA CARI WAKIL RAKYAT BARU
- BUKAN MARAH CUMA MENEGUR
- TAK HABIS-HABIS YB ZULKIFLI BERLETER
- PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, BUDDA, HINDU ...
- BILA KITA TERLALU GHAIRAH..TERIMA LAH RM 100 JUTA
- BERTEMU & GAMBAR SEKITAR PROGRAM DS NIZAR
- PELAPIS NIZAR DAN PERANAN BLOGGERS
-
▼
January
(35)