Trailer ini adalah sebahagian dari rakaman pada tahun 2010 & data sejarah semasa pergolakan team A & B di mana satu pihak cuba menggadaikan tanah milik ini dan pihak bertentangan mempertahankan tanah milik ini. Dokumentari asal 1jam lebih ini juga terdapat pandangan & hasrat bekas pelajar sebelum merdeka. Ia didirikan oleh waris terdahulu dengan kutipan dana dari titik peluh
pekerja ladang estet yang kini dipertanggungjawabkan kepada komiti
Dindings India Association (DIA). Setiap penama pelbagai kaum yang
menyumbang ada tertulis dalam dokumen yang dipegang oleh waris generasi
hari ini antara faktornya untuk membina pusat menimba ilmu.
Namun hari ini, DIA berusaha menghalau pihak sekolah dan menafikan niat usaha orang terdahulu. Amanah yang diberikan tidak dihiraukan lagi. Namun pihak sekolah & PIBG berusaha menyelamatkan sekolah ini atau setidak-tidaknya menangguh penutupan sehingga pembinaan sekolah baru siapsedia digunapakai. Begitupun beberapa aktivis tempatan mahu ia kekal kerana ia mempunyai nilai sejarah yang boleh diangkat sebagai khazanah negara dan seharusnya ia ditambahbaik bukan dirobohkan.
AES, kemalangan tidak berbau tapi AES boleh bau duit pengguna jalanraya! Selagi namanya pengguna jalanraya depa tibai...24 jam operasi. Jangan ingat kalau jam 3.00 pagi jalan lengang boleh desup kat jalan had lajunya 30km/j, bahaya....hantu kak limah nak melintas.
[Ni senarai Lokasi AES di Parlimen Lumut YB Menteri Pengangkutan sendiri. Sumber: Saifullah Zulkifli - koordinator 911]
AES berkhidmat untuk selamatkan nyawa korang, juga nyawa hantu kak limah serta mengkayakan nyawa tokey-tokey AES sahabat para menteri. Kalau nyawa melayang, macamana korang nak bayar surat saman yang sampai ke rumah dan .... kalau tak bayar nyawa-nyawa ikan lah si tokey AES semua samannya orang yang mati eksiden bawa laju. Sayangnya AES terhadap nyawa pengguna jalanraya, siapalah AES tanpa nyawa korang yang berkederat cari rezeki untuk beri makan kpd 'penjaga nyawa'...kapitalis bikin duit dengan nyawa kita.
Selepas saya mengulas andaikata Pakatan Rakyat berjaya memenangi
pilihanraya, seorang rakan Facebook (org Sabah) ptg tadi lepak minum ptg
dan berbual dgn saya dan bertanya apa pula jadi kpd ahli UMNO. Tanyanya
lagi, "Betul ke you rasa, Umno akn berkubur" (Yg bertanya ini adalah
bekas Pemuda Bahagian dan Perwakilan Umno).
Saya katakan ketika
usia belasan tahun, saya pernah juga membantu parti Umno ini. Mana
tidaknya ibu saya bersama beberapa org guru seperti Cikgu Zakaria, Cikgu
Osman dan arwah Cikgu Ramli, Cikgu Zawiyah dan beberapa nama lagi yg
kini berpindah ke PAS adalah pengasas kpd penubuhan Umno Manjung. Pendek
kata awal 80 an dulu, guru2 masih menguasai penubuhan Umno.
Ibu saudara, adik saudara (wakil rakyat Umno Perak), bapa saudara (bekas
ADUN Perak), abg ipar, bapa mertua dan kawan2 ramai yg Umno. Ingat lagi
sewaktu kempen Semarak Tun Dr Mahathir. saya antara diarahkan utk
memujuk kawan2 mengikuti rombongan ke Kg. Gajah. Bas, wang dan makanan
disediakan selain diberikan t-shirt....mewah.
Nyonya Mansor "......kalau engkau aku dah benci, keturunan engkau pun aku tak mahu! Anak kau tak ada..."
KENAPA TAK BOLEH KAHWIN DGN ORG KELANTAN?
Kita mudah menghukum hanya kerana 1 atau 2 perkara berlaku. Semasa
remaja, saya selalu diperingatkan oleh kawan2 atau org tua2, jgn kahwin
dgn org Kelantan atau org N.Sembilan. Org N.Sembilan kononnya sebab adat
perpatih dan Kelantan kerana semangat kenegeriannya.
Sebelum bertolak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan Sabtu pagi baru ni (3 Nov), 2 orang aktivis Pertubuhan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan salah seorangnya merupakan Pegawai Khas DS Nizar sempat mengikuti upacara menanam pokok komuniti setempat di AEON Seri Manjung. Ada cerita disebalik program ini yang sepatutnya tidak berlaku.......
Pengurusan & Lembaga Pengarah AEON menyambut kehadiran Nizar
Mula dulu wujudnya Media Perak (MP), blog milik Hamidah sesedap mulutnya tuduh MP dibayar oleh Pakatan Rakyat (PR) Perak dalam mematahkan serangan 125, 700 viewers video 'Hamidah Halau Rakyat' rakaman MP di sesi dialog masyarakat setempat. Bukan Midah je cakap macam tu, ada juga orang parti dlm PR pun anggap MP dibiayai PR walaupun depa tak tahu apa. Itu dulu.... sekarang terbalik.
Sejak MP mengkritik pimpinan PR lain plak bunyinye orang parti dlm PR,...lebih tak kurang sama je. ... masih ada mentaliti budaya umno dlm PR, tapi bukan semua. Umno berjaya resapkan budaya ini dlm pemikiran terutamanya orang melayu. Bila kritik je tiba-tiba jadi pihak lawan, ertinya dua-dua tak berapa nak raikan kritikan & perbezaan pendapat. Tapi kalau korang kritik sultan, korang bleh kena tangkap...hina Nabi, hina hukum Allah takpa dalam negara ini. Terkini semalam terpancut dlm facebook, aktivis Ahmad Abd Jalil ditangkap atas tuduhan hina sultan dr sebuah negeri.... dlm isu ini aku nampak sultan lebih mulia dari Nabi & Tuhan. Simpati kepada mangsa terbaru dan ahli keluarganya yang barangkali tak boleh tido dibuatnya.
Walaupun Sabah
hanyalah 2 jam 15 minit perjalanannya dari Kuala Lumpur tetapi masih ada
yg belum tiba di Sabah ini. Sudah ketentuan Allah saya cari makan di
sini, bunyi jauh tetapi masa perjalanan ia lebih cepat daripada perjalanan Kuala Lumpur ke Manjung Perak.
Di Sabah kawan tidak ramai. Dlm masa yg sama musuh pun
kurang...Insyallah. Tapi dlm kejauhan ini saya tidak putus2 menerima
kunjungan sahabat handai dari Kuala Lumpur. Tak kira kawan sekampung,
kawan sekerja, kawan atas kawan dan sebagainya.
Selain itu ada
juga rakan2 artis yg masih sanggup mengunjungi saya walaupun sudah 7
tahun saya sudah melupai dunia glamor ini. Apapun bagi saya kawan tetap
kawan dan begitulah juga prinsip mereka.Terima kasih hubungan
sillaturahim tidak terputus.
Antara mereka pernah bertemu saya
di Sabah ini seperti Edrie Hashim, Man Keedal, Ella, Rahmat Mega, Sham
Kamikaze, Hattan, Isma Halil, Joe Wings, Bob Lokman, Iwan (Dangdut),
Awie dan beberapa nama lagi.
Save Gandhi School (SK Simpang Empat Sitiawan) - Part 2
Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat
menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan fikiranku - Mahatma Gandhi
Ada beberapa info yg masuk melalui email, tapi masih terperok dlm inbox sebab masa tak mengizinkan untuk mengesahkan maklumat tu sebelum diulas di blog ini, member yang diberi tugas utk dapatkan segala dokumen berkaitan juga masih buntu! Apa cite bai?! tapi ManjungMari ada la juga 'hidden cikgu' yg roger, kisah dia baca di SINI dan SINI. Sinar juga ada melaporkan, baca di Sekolah 80tahun Ditutup.
Ada yang kata Dindings Indian Association (DIA) nak robohkan sekolah dan nak bina 'Little India' termasuklah rumah kedai yang akan dijual rege lebih RM500k. Secara logiknya, tanah ini akan pindah milik mengikut lot kedai kepada pembeli. Depa jual sebahagian tanah utk bina rumah kedai, hasilnya bina Little India di tapak yang masih tinggal.
Save Gandhi School (SK Simpang Empat Sitiawan) - Part1
Ada rakan FB aku minta tolong hebahkan perihal misi 'Selamatkan Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan' atau lebih dikenali orang lama sebagai Sekolah Gandhi. Dimaklumkan ia bakal ditutup hujung tahun ini, 31.12.2012. Mengenang kisah 2010 yang mendapat tentangan (Siri Kianati Gandhi & Sultan Perak) dari satu pihak (team B) melawan satu pihak (team A) dalaman Dindings Indian Association (DIA), ingatkan sudah berakhir namun lain pula ceritanya.
OPRAH BERANI MEMBAWA ISU DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM
Bismillahirahmanirahim.
Isu yg ingin dibicarakan bukan soal kau Umno, kau Pas, kau PKR atau kau
org kerajaan dan kau org pembangkang. Saya menulis atas nama Allah
utk agamanya. Kita bukan hamba tulisan tetapi hamba yg telah menentukan
tulisan. Bila kita mengikut yg telah menentukan tulisan, barulah
tulisan kita menjadi tulisan.
Ada sultan perangai syaitan buat kerja setan..... bukan setakat MediaPerak.Com yang memancutkan dan pemecah alkisah jembalang ini, bahkan bersepah bloggers selamba menyantak raja hari ini. Gambar raja ber'arak', ber'gay', ber'seks', ber'himpunan kereta', ber'himpunan aweks', ber' www1', ber'atan bin hashim' tersebar tanpa batasan, rakyat yang berjiwa jebat sambut derhaka dan rakyat yang berjiwa tuah pertahan sembah bagaikan Tuhan mereka!
Pagi Jumaat baru ni bini aku tiba-tiba macam nak pitam, sesak nafas...gastrik dia mai serang spt sebelum ni....terkujat tahap gaban la aku. Aku ambil pampers, anak aku dan papah bini aku, zas terus ke hospital. Nak bawa ke klinik swasta memang aku tak layak, tak layak bukan sebab apa....sebab duit! Sampai di wad kecemasan terus depa angkut bini aku masuk ke bilik kecemasan..... aku settlekan pendaftaran, bini aku warga Republik Indonesia, nasib bayaran ikut kewarganegaraan aku...singgit je la! Alhamdullillah, semua ok...terima kasih petugas & doktor HSM bhgn kecemasan pagi tu dan semua pembayar cukai dalam negara ni sebab tanggung ubat bini aku.
Siapa kita nak jumpa Perdana Menteri?
LEBIH SENANG BERBICARA DGN ALLAH DARI RAJA
Kalau kita nak jumpa YB, kena buat temu janji. Kalau kita nak jumpa
Menteri, lagi susah dan kadangkalanya tak dilayannya kita. Nak jumpa
Perdana Menteri...siapa kita nak jumpa Perdana Menteri. Apatah lagi
ingin berjumpa Raja utk mengadu hal.
Gambaran atas ini aku cilok dari website Atigas, lokasi Atigas & Maegma Steel yang berkedudukan di kawasan sensitif alam sekitar tahap 1, tidak jauh dari kawasan pelancongan teluk senangin dan sepanjang pantai pendaratan penyu. Untuk lebih lanjut tentang lokasi ini rujuk posting bahagian 2, baca di SINI.
Teluk Rubiah sudah ditransformasikan dari sebuah pusat eko-pelancongan (ESA Rank II) kepada industri berat. Pelanggaran rancangan fizikal negara ini ada kesakmaannya dgn isu Penyu Segari.
Kali ini aku bawa korang melancong sekali lagi ke Pusat Penyu Segari, sebab ada orang tak faham dengan jelas kenapa Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menyokong usul Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk membantah pembinaan Kilang Besi Maegma Steel & Loji LNG Atigas di Tg. Hantu Segari. Seperti yang aku janjikan sebelum ini untuk memaparkan dalam bentuk graphic & dokumen bagi memudahkan korang faham, jadi agak panjanglah artikel ini. Aku cuba kurangkan kata-kata, biar gambar menceritakannya. Data ini aku dapat ketika menyertai program lawatan & gotong royong kawasan ini 6 Okt yang lalu, fakta dari SAM dan beberapa sumber hujung jari aku dari lebai google - ....Jom kita ke lokasi berkenaan...
Sabtu, 6 Oktober yang lepas aku berpeluang bersama sekelompok aktivis dari pelbagai latar belakang khususnya dari negeri Perak, hadir ke program lawatan & gotong-royong bertemakan HENTIKAN TANGISAN PENYU di Pusat Pengurusan Penyu Segari, Pantai Pasir Panjang Segari anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA [proTeSTeR]) dan MediaPerak.Com.
Antara yang hadir dari Kelab Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar, Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung, UniKL MIMET, Lajnah Alam Sekitar Dewan Muslimat Pas Perak & Warga MediaPerak. Pembabitan dari UiTM Perak ada isu 'kekalutan' & 'kekolotan' timbul selepas program diwar-warkan dalam sebuah blog - Middle Voices, pelajar menjadi mangsa.....aku akan cerita hari kejadian dalam posting ini, dan akan menjawab segala tohmahan ke atas isu 'bantahan projek kilang besi maegma steel & loji LNG Atigas' di bahagian 2 nanti. Tuduhan terhadap Media Perak itu Media PAS Perak, MSK dah jawab dalam blog terbabit diruang komen. Ni label terbaru buat team Media Perak, barua DAP sudah, barua Umno sudah dan kini barua PAS plak....lepas ni mungkin dilabel 'barua soros'.........aku boleh ketawa jelah! wakakaaaa.
Sedang aku menulis ini, banner-banner Zambry yang disimbah cat sedang diturunkan! Ye lah, najib nak datang 18hb ni, maka segala kebaikan akan ditonjolkan dan segala masalah yg timbul disembunyikan. Report polis sudah dibuat oleh pihak-pihak tertentu, maklumat yang aku dapat cctv yg ada di simpang Tesco menunjukan kejadian simbah berlaku dlm jam 3 pagi tadi, cctv blurr takleh cam siapa pembuatnya.
Sambil menunggu bola sepak, sempat tgk berita. Terkejut saya apabila
Petronas pula mengeluarkan kenyataan, kemampuan Petronas utk menyumbang
kpd negara secara berterusan akn menjadi membebankan jika bayaran royalti kpd negeri2 dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kpd 20 peratus.
Gugusan
Kampung Banda Dalam, Jalan Sultan, Stadium Merdeka, Stadium Negara di
Kuala Lumpur; Pengerang di Johor; Tanah Adat Murum, Peleiran dan Danum
di Sarawak merupakan antara nama-nama terbaru korban pembangunan.
Sebagaimana Kampung Kerinchi dan Kampung Pantai Dalam telah pun ditransformasikan pembangunan menjadi Bangsar South.
Selepas bicara Pak Habib - Syed Hussien Al-Attas perihal blogger dari pengalamannya sebagai penulis (kisahnya baca di SH Al Attas: Blogger Santak Raja Macam Tu Je!), ini pula kata-kata sahabat Pak Habib yang hadirnya tanpa diduga. Namanya Habib Rizieq dari Indonesia turut diberi peluang membicarakan didepan bloggers yang bertamu di Wadi Hussien Janda Baik bersama Uncleseekers.
Habib Rizieq : Blogger akan mampu melakukan yg tidak mampu dilakukan ulama , tuan guru, kiyai & para cendiakawan. Mencari redha Allah, blogger harus indipenden walaupun terpaksa melawan arus. Satu-satu ketika kita kena lawan arus, kita lawan arus! Memang melawan arus itu berat, melawan arus itu luar biasa risikonya.
Tulislah apa sahaja samada kisah anak, isteri, suami, ibu bapa, soal
kerja, politik, percutian dan sebagainya tetapi jgn lupakan utk
sampaikan mesej dakwah kita. Kalau tak hari2, dua hari sekali. Kalau
tidak seminggu sekali, dua minggu sekali asalkan kita tunaikan
tanggungjawab sebagai hamba.
Jika bertanya kpd saya, perjalanan penyokong PR masih jauh lagi
walaupun pilihanraya hampir tiba. Jika menang sekalipun prosesnya agak
rumit dan memerlukan masa utk kestabilan.
Maklumlah dah 55
tahun rumah pun dan usang, nak baik pulih pastilah mengambil masa . Paip
airnya tentulah dah berkarat dan mesti diganti termasuk mangkuk
jambannya. Kena panggil Tuan Guru lagi nak halau jin2 yg dah lama duduk
di dlm yg sudah seronok tiba2 hdk dihalau kenalah dibuat dgn
berhati-hati.
Aku ke sini naik kereta paling laju dalam dunia dengan penuh ego, yang benarnya kalau korang naik motor Yamaha Ego pun boleh potong kereta aku. Selepas subuh tak sempat bersetubuh, aku ambil Atan yang biru matanya terpancar ego contact lensnya meneruskan perjalanan dari Manjung. Warga MediaPerak yang lain, Hadie egonya tak mahu naik dengan aku, dia, Ummu Aiman, Ummi Anni dan KakYah semua sama egonya tumpang kereta Fawi Amin yang besor egonya...huhuhuuuu.
Terkejut saya menatap berita utama sebuah
akhbar tabloid yg tertera 'Najib Pengecut'. Rupa-rupanya al kisah PM yg
dikasihi tidak hadir dlm pergulungan hujah yg dibuat oleh Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim...
Bila saya baca hujah tersebut tidak mampulah utk saya mempertahankan PM
yg saya kasihi. Mana boleh bila kita bentangkan belanjawan tetapi kita
tidak mahu berhujah utk dlm pergulungan kepentingan rakyat. Maaf PM 'tak
dapet nak menolong...' u kena dtg sebagai tanggungjawab u sebagai ketua
negara demi utk rakyat.
Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari
Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di
Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak
Teluk Rubiah sudah tergadai dan hilang dari dunia pelancongan, malah akan menjejaskan kawasan pelancongan sekitarnya Teluk Batik & Pulau Pangkor. Baca di bahagian 1 - Visit Perak Year 2012 (1) atau boleh layari cerita yang lebih detail di Teluk Rubiah: Vale of Tears for The Malaysia Project. Cuma di bahagian 1 aku tak bagitau musnahnya Teluk Rubiah berkait dengan 'Rampasan Kuasa Perak 2009', apabila seseorang yang mendapatkan jawatan MB dari kuasa monarki pihak Istana, maka agak sukar bagi MB itu untuk mengatakan tidak apa yang berkaitan dengan kehendak istana. Utk lebih lanjut korang baca di Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (1) & Nizar vs Zambry: Siapa Lulus Teluk Rubiah (2).
Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik.
Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak, ramai yang tahu tapi ada juga yang buat tak tahu atau memang tak tahu menahu langsung. Apa yang tak kena?! Pelancongan dibawah jawatan Hamidah Osman (Sungai Rapat) - Exco Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan & Hal Ehwal Wanita. Seorang Exco Pelancongan sekaligus Exco Industri. Aku tertanya-tanya bagaimana dia nak usulkan & bantah sesuatu kaitan kepentingan dlm portfolio yg dibawahnya, ibarat dia sbg exco industri bawa cadangan buat projek industri di pusat pelancongan, & sbg exco pelancongan adakah dia akan bantah projek industri di zon pelancongan yg diusulkannya?! Oh itu kerja pembangkang kalau nak bangkang & bantah, kerja dia mungkin cadang & setuju je.... aku blurr! Aku nak bawa korang pergi tengok kisah disebalik tempat-tempat pelancongan yang diindustrikan dan bakal diindustrikan....jom!
Gambar Hiasan: Bergaya semua orang besar pergi makan besar. Aku perasan tempat ni semata utk ambil gambar dlm satu majlis, berapa plak kos utk 'studio' gambar ni.....hmmmm, Curi-curi Wang Malaysia!?
Sebelum aku meneruskan kronologi dari PART 2, posting kali ini aku biarkan gambar berbicara pada hari kejadian. Sebab ada la mamat dlm msgnya kat fb kata aku politikkan isu ini, wei! sape politikkan sape! Apa yang cuba dibongkarkan di sini memang kerja orang politik yang mendahulukan kepentingan politik mereka, takkan aku nak salahkan tokey ikan kat pasar. Sebelum tu, aku ulas skit sebelum perbicaraan gambar itu.
Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung adalah satu-satunya Persatuan Belia Masjid berdaftar di negeri Perak.
Sebelum isu ini, bertahun yang lalu bekas Imam Masjid Daerah Manjung juga pernah menjadi mangsa politik UMNO, aku selitkan kembali cerita kisah Imam iaitu Ustaz Huri Alias. Ustaz ni kalau khutbah semua orang mata segar, yang ngantuk tak jadi lelap, aku tak tahu samada dia baca teks atau dia olah ikut caranya. Tapi kalau dengar pun boleh tahu dia abaikan teks yg disediakan, dia banyak sentuh kelalaian kerajaan dan pengamatan realiti kehidupan manusia hari ini. Pergh! pedas bro! Pakcik-pakcik yang totok pun tercengang mendengarnya.
Lama benor aku tak update blog sampai aku sendiri tak jenguk blog aku sendiri. Antara sebabnya aku lebih melakukan aktiviti aku di alam nyata dan alam maya di beberapa page facebook yg terpaksa update setiap hari. Dah bersawang blog ni nampaknya, tapi aku tak kisah sebab aku lebih melayan MediaPerak.Com dalam mengharungi isu-isu terutamanya di Perak, itupun orang PR sendiri ramai yang hentam team MediaPerak sebab tak puashati atas kritikan terhadap mereka. Oit! depa kritik sebab nak betulkan apa yg tak betul, buang budaya umno itu sebelum nak tumbangkan umno! Dan jgn jadi umno lebih dari umno, kalau tak serupa je korang!
Aku terpanggil utk menulis perihal isu yg berlaku 3 bulan yang lalu walaupun maklumat yg bocor ini dapat aku kesan pada hari kejadian dan sebelumnya iaitu program Karnival & Perasmian Belia Masjid Manjung yang menjadi mangsa politik Umno Lumut. Dan aku tak heran sebab aku tahu lama perangai umno lumut punya game, dan maklumat org umno sendiri yg bocorkan bukan sapepun! Tgk isu Teluk rubiah, ada jugak mamat umno ajak berdemo isu Teluk Rubiah pasal Vale (Brazil) pasal Vale bagi Tokey Sekinchan Ikan Bakar utk kontrak penyediaan makanan pekerjanya, macam takde orang tempatan yg boleh sediakan.
Zaid Hanafiah yang lebih dikenali Zaid Galaksi bersama 14 ahli UMNO
Lekir telah sertai PAS baru-baru ini yang diraikan oleh Dato' Seri IR
Nizar Jamaluddin sebagai Adun Pasir Panjang. Ia memberi impak kepada
UMNO Bahagian Lumut terutama Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir
sebagai Ketua Bahagian merangkap Menteri Besar Perak yang tidak senang
dengan perkara ini. Bahkan UMNO Lumut melakukan 'spin' dengan mengatakan
Kumpulan 15 (G15) ini telah kembali kepada UMNO.
Ikuti
wawancara santai ini oleh Team MediaPerak.Com bersama Zaid ke atas
pertuduhan kembali kepada UMNO, pengalaman ketika dalam UMNO dan
penyertaan sebagai ahli PAS.
Sinar Harian hari ini , 8 Mac 2012 memaparkan aduan penduduk 13 buah rumah Kg. Dato' Seri Kamaruddin (KDSK) yang menghadapi masalah kerosakan peralatan rumah, keretakan dinding dan mengancam keselamatan penduduk serta pelajar sekolah yang berhampiran (baca di Lori Ganggu Ketenteraman Penduduk). Disamping itu ia menimbul rasa tidak selesa penduduk dengan keaadaan bunyi bising dan gegaran dari punca lori-lori yang mengakibatkan keretakan dinding rumah.
Namun Sinar tidak menyatakan laluan lori itu diluluskan oleh Majlis Perbandaran manjung (MPM) bagi laluan lori kontraktor projek Industri bijih besi VALE dan TNB Janamanjung. Aktivis Sahabat Alam Malaysia & Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) turut bersama wartawan Sinar mengikuti aduan pnduduk ini.
Sebelum kejadian ini, tahun lepas 5 Oktober 2011, JAASP telah mengadu kepada Vale terhadap Kontraktornya melanggar undang-undang - memasuki & meletakkan kenderaan berat ke kawasan perumahan Taman Seri Manjung, Fasa 1A. Baca aduan dan laporan di Lori Kontraktor Projek Teluk Rubiah Gugat Ketenteraman Penduduk! (klik)
Laluan yang direstui MPM, ia bukan laluan yang dijanjikan oleh VALE utk laluan pembinaan.
Banner yang dipasang oleh penduduk Kg. Dato's Seri Kamaruddin
Semasa penerangan di dalam Dialog Vale bersama NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Aktivis Team Save Teluk Rubiah (Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak) yang turut disertai oleh Wartawan Free Malaysia Today (FMT) pada 5 Okt 2011 (Klik: Dialog Vale vs Aktivis Alam), Vale berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman dengan menggunakan laluan alternatif yang jauh dari perumahan.
Pembentangan laluan alternatif kerja pembinaan Vale dalam sesi Dialog
Pada bulan Februari lalu, aktivis JAASP mengadu laluan di tempat perumahan penduduk tempatan dan Sekolah kepada Pegawai Hubungan Sosial Vale Cik Rafidah. Alasan yang diberi adalah MPM tidak meluluskan lagi laluan alternatif tersebut, ia bukan kesalahan Vale.
Dari alasan itu, JAASP menyatakan sekiranya MPM tidak meluluskan laluan tersebut Vale sepatutnya tidak boleh memulakan lagi kerja-kerja pembinaan sehinggalah MPM meluluskan laluan itu. Malah sebelum ini, laluan dihadapan Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Hospital Seri Manjung & laluan diantara KDSK - Fasa 3A, Seri Manjung telah menerima kesan jalan beralun dan rosak.
Oleh yang demikian, JAASP tidak yakin sepenuhnya dengan kata-kata manis Vale untuk menjaga Alam Sekitar Teluk Rubiah ketika pengoperasiannya nanti, ini kerana perkara seperti ini diperingkat awal lagi telah pun berlaku pelanggaran janjinya.
Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah (JAASP) yang diadakan pada 31 Mac 2012
"Dimanakah janji-janji mereka ketika sesi dialog bersama aktivis sebelum melaksanakan kerja pembinaan? Hal ini ternyata penduduk tidak boleh mempercayai kata-kata Vale. Kita gusar dan ragu terhadap Vale apabila pengoperasian kilangnya terhadap alam sekitar yang dijangka bermula pada tahun 2014. Vale harus menghentikan operasi pembinaannya buat sementara waktu hingga kelulusan laluan sebenar diluluskan", kata Penyelaras Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah yang diadakan pada 31 Mac yang lalu.
Ini laporan versi Sinar Harian:-
LUMUT - “Cari sahaja laluan alternatif lain, kami sudah tak tahan dengar bunyi bising dan masalah rumah retak,” luah seorang penduduk Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK), Ahmad Lotfi Tarmiji, 49.
Menurutnya, kenderaan berat ternasuk lori yang menggunakan laluan di hadapan rumah penduduk sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang selesa dan mengganggu urusan harian.
“Setiap hari lori-lori dengan membawa muatan berat menggunakan laluan di rumah kami sehingga berlaku bergegar.
“Malah banyak harta benda rosak, termasuk dinding rumah retak,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, lori itu menggunakan laluan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Seri Kamaruddin ke simpang Klinik Desa Kampung Datuk Seri Kamaruddin menuju ke projek pembangunan di Teluk Rubiah. Lori berkenaan mula beroperasi dari jam 7.30 pagi dan berlarutan sehingga ke petang malahan ada sebilangan lori yang beroperasi 24 jam.
Ahmad Lotfi sendiri mengakui keadaan rumahnya kini turut retak sejak dua bulan lalu, malah sambungan paip rumahnya juga tercabut akibat gegaran yang kuat.
“Tanda amaran memperlahankan kenderaan sudah diletakkan oleh penduduk sebelum ini, malangnya tidak diendahkan,” katanya.
Katanya, kenderaan berat yang sering lalu-lalang turut mengundang risiko keselamatan kepada pelajar sekolah.
“Jalan alternatif perlu disiapkan segera supaya lori-lori ini tidak lagi menggunakan laluan hadapan rumah kami.
“Diharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Nor Azizah Shafie, 49, berkata, dia sekeluarga tidak tahan dengan keadaan gegaran kuat daripada lori itu.
“Saudara-mara pernah berkunjung ke rumah dan merasai sendiri gegaran itu namun ternyata mereka tidak tidak selesa dengan keadaan bunyi bising ini.
“Bayangkan kami yang menetap di sini. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan pihak berkenaan tidak lagi menggunakan laluan ini,” katanya.
Katanya, sebanyak 13 rumah terlibat dengan masalah itu dan penduduk terpaksa menanggung akibat kesan daripada pergerakan lori-lori berkenaan.
HIMPUNAN TELUK RUBIAH -31.03.2012, 10.30AM di Pintu Masuk Teluk Rubiah
oleh Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAAS Perak)dari gabungan NGO-NGO Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia, Perak Green Pioneer, Media Perak, Perak Consumer Association dan Coalition of Concerned Citizens of Perak (CCCP) dan Kumpulan Aktivis 'Save Teluk Rubiah', Team Bukit Merah serta Team Anti-Lynas. Semua Dijemput Hadir!
19Feb2012, Bekas Imam Daerah Manjung (kini Masjid Jalan Hospital Ipoh), Ustaz Mohamad Huri Alias di Konsert Khalifah Seni. Bakat tersembunyi walaupun selama ini namanya menjadi bualan perihal khutbahnya yang cukup lantang serta menghilangkan rasa mengantuk. Pengisian realiti suasana umat hari ini, dan kini Ustaz membuka langkah baru seorang Imam menyampaikan seni dengan izinNYA.
Petikan gitar oleh Ustaz Huri layan Another You-Cromok (Non-HQ) di belakang tabir Konsert Khalifah Seni.
Ustaz Huri Wawancara Hijrah Artis
Ustaz Huri mengalunkan lagu ciptaannya sendiri 'Jernih SinarMU' di Konsert Khalifah Seni (Visual HD)
yang berlangsung pada 19 Feb 2012 di Marina Island Lumut.
Bermunajatku Sepertiga Malam
Memohon Restu DariMU Illahi
Berikanlah Aku Sinar Petunjuk
Yang Akan Menyuluh Suram Hidupku
Pabila Hati Dipalit Gelita
Jalan Yang Hina Menjadi Pilihan
Walaupun Tahu Mengundang Bencana
Namun Semuanya Sudah Terhijab
(Chorus)
Tuhan..Dengarkanlah
Ku Ingin Kembali...
Terimalah....Rayuanku...
Kerna Sesungguhnya
KAUlah Yang Pengasih
Dan KAU Jua Maha Penyayang
Pabila Kelam Kini Menjadi Jernih
Telah Nyatalah Jalan Yang Terang
Akan Ku Redahi Walaupun Berliku
Hingga Ke Titis Darah Terakhir
(Ulang Chorus)
Fenomena yang diakui biasa
berlaku dalam siri road tour JATI oleh Dr Hasan Ali. Rakaman ini
dirakamkan sebelum aktivis ke kawasan perumahan yang dilaporkan
mengalami bencana hujan ribut petir sekitar daerah Manjung. Khemah Pentas di tengah padang tidak dapat digunakan.
Video Suasana sebelum hujan ribut petir reda & pengakuan Dr Hasan Ali suasana ini juga berlaku di Melaka malah lebih dasyat lagi (10 kali ganda katanya):
Simpati kepada seluruh Mangsa Ribut Petir Seri Manjung, Fasa 3A yang dilanda musibah petang 02.02.2012. Mengikut keluarga mangsa yang daftar kepada J/K Komuniti Penduduk secara sukarela (Kecemasan) diumumkan lebih kurang 170 pintu rumah dari 400 buah rumah setempat. Sebelum kejadian Ribut Petir yg kuat, Petir & Guruh menyelubungi sesetengah tempat sekitar Manjung.
Pelbagai Wakil-wakil badan Politik, PDRM dan Jabatan serta syarikat-syarikat besar spt TNB JanaManjung (TNBJM) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) datang menghulurkan bantuan teknikal dan juga material serta sumbangan kecemasan bagi mengatasi segera. Ia biasa, lumrah budaya Malaysia, kehadiran bagi sesetengah pihak hanya ketika masyarakat menghadapi musibah, segala bantuan perlu diumumkan. Yang tak pernah nampak muka sebelum ini, mala tu ramai yang tayang muka, muka bakal-bakal calon pun muncul. Bagaimanapun penduduk hargai dan ini sememangnya kewajipan pihak-pihak yang berkaitan. Kebanyakan mangsa adalah pekerja BNS, Pegawai Tinggi BNS umumkan ‘pemberian cuti’ kepada Mangsa yang bekerja BNS, secara tak langsung ia mengurangkan beban keluarga utk atasi bencana yg mereka hadapi, Terima Kasih BNS!
Krew OM dimaklumkan oleh seorang sahabat utk liputi kejadian ini, amaran ini telah di’dialog & santai’ bersama Nelayan-Nelayan sebelum kejadian ini pada 31.01.2012 di sebuah kunci air Permatang, Pasir Panjang, gambar di seperti video di bawah ini.
Program itu untuk ‘sekolah’kan masyarakat tentang pentingnya lestarikan alam sekitar, menghindari kemusnahan alam dan hak-hak sebagai nelayan terutamanya. Ia satu langkah permulaan untuk Nelayan Permatang oleh gabungan NGO Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Persatuan Kebajikan Nelayan Pulau Pinang bersama Aktivis Alam Sekitar Manjung terhadap pendidikan dan apa perlu sebagai hak untuk mendapatkan persekitaran alam yang sihat, bersih dan selamat. Namun agak kesal bagi sesetengah pihak terhadap aktiviti ini dengan menghina nelayan-nelayan Permatang Pasir Panjang seperti dibawah ini, dan sebagai aktivis Om menjawab penghinaan itu spt gambar bwh ini. Maaf cakap, ini orang sekutu Umno Lumut yang tak pernah nak ambil iktibar.
Berbalik kepada peristiwa bencana, ada anak muda yg prihatin gua kenali yg bertindak lebih baik dr menunggu kehadiran orang-orang besar, J/K komuniti juga bertindak dgn sukarela, pendaftaran mangsa dibuka dan hubungi pelbagai agensi. Anak muda ini memberi no tel Pegawai TNB JanaManjung ketika J/k umumkan siapa yang ada no tel TNBJM. Kehadiran Pegawai Tinggi TNBJM menjamin sumbangan kecemasan sebyk RM10,000 kepada komuniti, juga permasalahan kuasa elektrik di rumah mangsa juga TNB sediakan Jurutera bertugas serta merta. Satu perkara tentang TNBJM, Pusat Operasinya di Teluk Rubiah mgkin ia antara efek berlakunya bencana ini namun sifat keterbukaan Pegawai Masyarakatnya membuat aktivis boleh bekerjasama dalam melestarikan alam, antara cadangan sumber arang batu kepada sumber angin. Bahkan Pegawai Masyarakat sendiri bersama Pegawai Tinggi TNBJM malam itu berjumpa Aktivis untuk mendapatkan gambar-gambar rumah yang terkesan dari bencana ini dan sempat menyatakan kerjasama dengan Aktivis Manjung melalui NGO Sahabat Alam M’sia & Persatuan Alam Sekitar Perak untuk menanam bakau sejumlah 500 pokok. Dan PT TNBJM mohon adakan kajian atau percubaan dalam kuantiti yang sesuai untuk pastikan ia boleh tumbuh di kawasan-kawasan yang dimaklumkan oleh Nelayan-Nelayan Permatang Pasir Panjang di dialog bersama aktivis alam sekitar 2 hari lepas. Terima Kasih TNBJM!
Bila mana penduduk kata perlu membuat report polis, PDRM hulurkan kemudahan dengan membuka kaunter di lokasi, asalnya setiap wakil rumah diperkecilkan ikut blok utk wakili membuat report, kalau tak jenuh 170org nak kedepan, siapa nak gotongroyong utk bantuan bagi rumah yg perlu diatasi dahulu bagi keselamatan isi rumah malam itu. Nak buat repot kena bagi salinan fotokopi mykad, datang anak muda ini tegur kat mana jam lewat macam ni kedai fotokopi mana ada yg buka, dia syorkan sesiapa yg ada scanner printer boleh dipinjamkan dahulu. Dtg org yg hulur, Selesai masalah! Terima Kasih PDRM kerana melancarkan rondaan di perumahan mangsa-mangsa agar tidak berlaku sebarang yang tidak dingini dan cubaan mengambil kesempatan.
Namun, agak lucu tiada siapa bentangkan punca kejadian, Ya Bencana Allah, kenapa? Iktibarnya? Tentang Kaji cuaca spt di huraian bawah ini?!
Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Dari
rekod kaji cuaca secara online bacaan taburan hujan 24jam 02.02.2012 12:00UTC ;
Seksyen C: Amaran Ribut Petir Menyeluruh. Boleh mencecah kelajuan Angin 50km/j
dan laut gelombang 3.5meter. Bahaya Kepada Bot Kecil.
SEMUA TIDAK DIBANGKITKAN! Kecuali seorang Ustaz
yang gua kenali yang sempat bertazkirah perihal bencana sebelum berhenti
tazkirah untuk memberi laluan MB yang baru sampai. Ya yang perlu adalah atasi
situasi cemas ini dahulu, tak dinafikan, tapi jika menunggu seorang MB hampir 2
jam menjadi utama, maka tidakkah kesempatan masa itu diperbincangkan mencari
punca dan cara atasi jangka masa panjang boleh dibuat bersama penduduk, ambil
pandangan setiap penduduk, selami masalah sebenar mereka, tubuhkan komuniti
bencana ambil tindakan, bukan hanya datang sekadar menyelesaikan jangka pendek.
Penduduk sebenarnya ramai yang merungut, ia bukan kejadian kali pertama .Cuma
kali ini lebih dasyat. Tengoklah kesannya, antaranya bumbung melayang lebih 50
meter spt di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1878093048031&set=a.1878054967079.55458.1712422991&type=3&permPage=1
dan boleh mendatangkan kemalangan jiwa. Ada yang berterbangan ke atas rumah
jiran, kata mereka sampai bila ini harus mereka tanggung yang harusnya rumah
menjadi perlindungan dan keselamatan keluarga. Tapi rumah yang mereka duduki
tidak lagi berada di ZON SELAMAT?!?!
Lihat apa persekitaran kalian. Tidakkah Alam
juga memainkan peranan? Orang Manjung ambil-ambil tahulah apa yang di Rancangan
Tempatan Daerah Manjung, tengok di RAHSIA PEMBANGUNAN MANJUNG dan STRATEGI PEMBANGUNAN MANJUNG oleh MSK-MalaysiaTimes. Moga Ujian ini dihadapi dengan tabah dan carilah iktibar serta ikhtiar agar
ia tidak berulang lagi! Terima Kasih komuniti dan penduduk setempat yang sempat
dirakamkan rumahnya serta aduan-aduan yang diberitahu kepada krew OM.
Persekitaran
yang tidak seimbang dan berhampiran kawasan terbesar pendudukan manusia daerah
Manjung serta Zon-zon sensitif Alam Sekitar. data diperolehi oleh NGO- Sahabat Alam Malaysia.
1. Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk Rubiah, Daerah Manjung. Berkaitan Perancangan Fizikal
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; dan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan utama menyemak
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar.
2. Kegiatan Pemusnahan Hutan Paya Laut di Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perancangan Fizikal, Perhutanan dan Perikanan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*;
• Tidak bersungguh-sungguh mmenguatkuasa peruntukan perundangan*, dan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai Dasar Perhutanan Negara, 1978.
3. Kegiatan Pemusnahan Hutan di Hutan Simpan Segari Melintang,
Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perhutanan
• Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*.
4. Cadangan Pembangunan Kawasan Pelancongan Teluk Segadas Pulau Pangkor, Daerah
Manjung, Perak
Berkaitan Perhutanan
Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut
Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara, 1984
i. Hutan Simpan Lumut - 5.24 hektar - 8 Julai 2009
ii. Hutan Simpan Teluk Muroh- 121.16 hektar - 6 Januari 2010
iii. Hutan Simpan Pangkor Selatan - 2.20 hektar- 31 Disember 2009
Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2012.
Minit ke 2:00 - 2:50, Najib diserbu sebaik turun dari bas.
NGO
& Aktivis Persatuan Alam Sekitar Perak, Sahabat Alam Malaysia &
Persatuan Pengguna Perak bersama Warga Manjung yang prihatin menyerbu
ketibaan Najib dengan penyerahan Memo tentang Kemusnahan Alam Sekitar
khususnya di daerah Manjung.
Keratan Akhbar Sin Chew
Bantahan ini berjalan dengan Aman dan
berjaya menyampaikan memo tersebut yang disambut sendiri oleh Najib
setelah diasak berkali-kali dan jeritan namanya. Rakyat berhak untuk
mendapatkan persekitaran yang Sihat, Bersih dan Selamat, luahan oleh
para aktivis dan warga tempatan.
Isu Kemusnahan Alam Sekitar samada kemusnahan Hutan, Bakau & Zon Sensitif Alam Sekitar di sekitar Perak & Manjung terutamanya menyatukan individu-individu ke dalam satu kumpulan tidak berkepentingan politik yang
mencapai kata sepakat akan bergerak dalam Pilihan Raya Umum 13 akan
datang untuk turut berkempen menjatuhkan pemerintah yang melanggar hukum
alam terutamanya bagi kawasan Parlimen Lumut atau sasaran tepat DUN
Pangkor yang kini menjawat sbg MB Mahkamah Perak. Solidariti ini merupakan peringatan buat semua pemimpin poltik dan bakal pemimpin, jika kalian teruskan perkara ini berlaku lagi di masa datang, kalian juga akan terima kebangkitan ini.
Teguran oleh Jabatan Audit Negara didalam
Laporan Ketua Audit Negara- Aktiviti Jabatan / Agensi Pengurusan
Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2008 adalah jelas merumuskan bahawa Pihak Berkuasa
Negeri lemah khusus tentang aspek
pematuhan undang-undang dan penjagaan alam
sekitar didalam pengurusan hutan, kerjaan negeri tidak bertindak untuk atasinya.
Begitu juga teguran
melalui surat oleh NGO-NGO sperti Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak dan Persatuan Pengguna Perak tidak jalan, melalui akhbar juga tidak dipedulikan,
melalui media internet tidak diendahkan, justeru kata sepakat menubuhkan
satu 'movement' terbuka yg prihatin terhadap alam terutamanya daerah
Manjung, mereka dan masyarakt yang prihatin akan bongkar habis-habisan bagi menyelamatkan bumi hijau
Perak, atau sekurangnya mengelakkan dari terus dijahanamkan oleh
pemerintah yang mahu meneruskan kedurjanaan ini.
Kuasa
dijadikan 'tiket' menghalalkan segala kemusnahan alam demi kekayaan
kroni dan orang-orang yang berkepentingan. Alasan lunak pelbagai untuk
meluluskan kemusnahan hutan dan pusat riadah zon pelancongan menjadi
mangsa transformasi. Akta dimanipulasikan, mengambil sbhgn hutan simpan
kekal tapi tidak digantikan mengikut akta, hingga hari ini terus-terusan
hutan, bakau dijadikan hak peribadi. Sedarlah wahai pemimpin, apakah
kalian tidak lihat bencana yang Tuhan bentangkan, oh, mereka mudah lupa!
Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk
Rubiah, Daerah Manjung, Perak
Berkaitan
Perancangan Fizikal:
1. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan
perancangan fizikal;
2. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan
perundangan*; dan
3. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan
utama menyemak Laporan Penilaian Kesan Kepada
Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
*Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak
Apakah
Hutan Simpan Kekal itu disimpan kekalkan utk kroni bikin duit? Kita
tahu Jabatan Hutan terapit dan dikambinghitamkan oleh pemerintah atas
kelulusan MB, mereka juga gusar melihat rakusnya pemerintah membiarkan
Alam dicantas. Mereka ada akta tapi tidak boleh bertindak kerana
penguatkuasaan bukanlah milik mutlak Jabatan Hutan, mereka sekadar 'Yang
Menurut Perintah'.
Semasa pentadbiran Zambry Abdul Kadir seluas kira-kira 3,948 hektar Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut Seksyen 12, Akta
Perhutanan Negara, 1984. *Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak.
Hey Zambry, sedarkah kamu Orang-orang Jabatan
Hutan menangis jagaan mereka diabaikan, dan mereka tidak akan memilih
pemimpin yang terus menekan mereka utk memberi hutan dibalak-haramkan
berleluasa tanpa aturan hukum alam. mereka hanya mahukan hutan
dibangkitkan kembali agar generasi akan datang dapat terus hidup dengan
oksigen bersih yg Tuhan Kurniakan. Jagailah nikmat Tuhan itu kerana
Tuhan Pencipta Alam itu juga adalah Pencipta kamu sekalian. Jangan
sesekali cuba memanggil musibah dengan tindakan benak kerakusan manusia
itu sendiri! Tika musibah melanda, yang terseksa adalah rakyat mu!
Solidariti
ini adalah untuk sekalian manusia, kita punya hak, hak untuk hidup
dalam suasana alamya bersih, sihat dan selamat, ia termaktub dalam Haka Asasi
Manusia Sejagat, Bangkitlah! Jangan biarkan alam ini terus menjadi
mangsa Si Perakus!