RESOLUSI ALAM UNTUK ZAMBRY KADIR!

Isu Kemusnahan Alam Sekitar samada kemusnahan Hutan, Bakau & Zon Sensitif Alam Sekitar di sekitar Perak & Manjung terutamanya menyatukan individu-individu ke dalam satu kumpulan tidak berkepentingan politik yang mencapai kata sepakat akan bergerak dalam Pilihan Raya Umum 13 akan datang untuk turut berkempen menjatuhkan pemerintah yang melanggar hukum alam terutamanya bagi kawasan Parlimen Lumut atau sasaran tepat DUN Pangkor yang kini menjawat sbg MB Mahkamah Perak. Solidariti ini merupakan peringatan buat semua pemimpin poltik dan bakal pemimpin, jika kalian teruskan perkara ini berlaku lagi di masa datang, kalian juga akan terima kebangkitan ini.

Teguran oleh Jabatan Audit Negara didalam Laporan Ketua Audit Negara- Aktiviti Jabatan / Agensi Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Tahun 2008 adalah jelas merumuskan bahawa Pihak Berkuasa Negeri  lemah khusus tentang aspek pematuhan undang-undang dan penjagaan alam sekitar didalam pengurusan hutan, kerjaan negeri tidak bertindak untuk atasinya.


Begitu juga teguran melalui surat oleh NGO-NGO sperti Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak dan Persatuan Pengguna Perak tidak jalan, melalui akhbar juga tidak dipedulikan, melalui media internet tidak diendahkan, justeru kata sepakat menubuhkan satu 'movement' terbuka yg prihatin terhadap alam terutamanya daerah Manjung, mereka dan masyarakt yang prihatin akan bongkar habis-habisan bagi menyelamatkan bumi hijau Perak, atau sekurangnya mengelakkan dari terus dijahanamkan oleh pemerintah yang mahu meneruskan kedurjanaan ini.

Teluk Rubiah hari ini (Gambaran Sebelum dan Sekarang di FB-Peter Van Der Lans  update di Pulau-Pangkor.Com dan di Facebook.Com/SaveTelukRubiah )

Kuasa dijadikan 'tiket' menghalalkan segala kemusnahan alam demi kekayaan kroni dan orang-orang yang berkepentingan. Alasan lunak pelbagai untuk meluluskan kemusnahan hutan dan pusat riadah zon pelancongan menjadi mangsa transformasi. Akta dimanipulasikan, mengambil sbhgn hutan simpan kekal tapi tidak digantikan mengikut akta, hingga hari ini terus-terusan hutan, bakau dijadikan hak peribadi. Sedarlah wahai pemimpin, apakah kalian tidak lihat bencana yang Tuhan bentangkan, oh, mereka mudah lupa!


Projek Kilang Memproses Bijih Besi di Teluk Rubiah, Daerah Manjung, Perak
Berkaitan Perancangan Fizikal:
1. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai pelan perancangan fizikal;
2. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai peruntukan perundangan*; dan
3. Tidak mematuhi dan mengguna-pakai asas pertimbangan utama menyemak Laporan Penilaian Kesan  Kepada Alam Sekelilng (Laporan EIA) yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
*Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak

Apakah Hutan Simpan Kekal itu disimpan kekalkan utk kroni bikin duit? Kita tahu Jabatan Hutan terapit dan dikambinghitamkan oleh pemerintah atas kelulusan MB, mereka juga gusar melihat rakusnya pemerintah membiarkan Alam dicantas. Mereka ada akta tapi tidak boleh bertindak kerana penguatkuasaan bukanlah milik mutlak Jabatan Hutan, mereka sekadar 'Yang Menurut Perintah'.

Semasa pentadbiran Zambry Abdul Kadir seluas kira-kira 3,948 hektar Hutan Simpanan Kekal dikenal-pasti telah dimansuhkan tidak diganti mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara, 1984. *Sumber : Sahabat Alam Malaysia & Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Perak.

Kenapa & Siapa Zambry?! :- 
Siapa Zambry Kadir? (1)
Siapa Zambry Kadir? (2)
Siapa Zambry Kadir? (3)
Siapa Zambry Kadir? (4)
Dan Bahagian Seterusnya, ikuti di MalaysiaTimes.My

Hey Zambry, sedarkah kamu Orang-orang Jabatan Hutan menangis jagaan mereka diabaikan, dan mereka tidak akan memilih pemimpin yang terus menekan mereka utk memberi hutan dibalak-haramkan berleluasa tanpa aturan hukum alam. mereka hanya mahukan hutan dibangkitkan kembali agar generasi akan datang dapat terus hidup dengan oksigen bersih yg Tuhan Kurniakan. Jagailah nikmat Tuhan itu kerana Tuhan Pencipta Alam itu juga adalah Pencipta kamu sekalian. Jangan sesekali cuba memanggil musibah dengan tindakan benak kerakusan manusia itu sendiri! Tika musibah melanda, yang terseksa adalah rakyat mu!

Solidariti ini adalah untuk sekalian manusia, kita punya hak, hak untuk hidup dalam suasana alamya bersih, sihat dan selamat, ia termaktub dalam Haka Asasi Manusia Sejagat, Bangkitlah! Jangan biarkan alam ini terus menjadi mangsa Si Perakus!

Alunan Solidariti dalam Bahasa Alam!

No comments: