ADUAN MASALAH PENDUDUK TERHADAP VALE


Sinar Harian hari ini , 8 Mac 2012 memaparkan aduan penduduk 13 buah rumah Kg. Dato' Seri Kamaruddin (KDSK) yang menghadapi masalah kerosakan peralatan rumah, keretakan dinding dan mengancam keselamatan penduduk serta pelajar sekolah yang berhampiran (baca di Lori Ganggu Ketenteraman Penduduk). Disamping itu ia menimbul rasa tidak selesa penduduk dengan keaadaan bunyi bising dan gegaran dari punca lori-lori yang mengakibatkan keretakan dinding rumah.

Namun Sinar tidak menyatakan laluan lori itu diluluskan oleh Majlis Perbandaran manjung (MPM) bagi laluan lori kontraktor projek Industri bijih besi VALE dan TNB Janamanjung. Aktivis Sahabat Alam Malaysia & Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) turut bersama wartawan Sinar mengikuti aduan pnduduk ini.

Sebelum kejadian ini, tahun lepas 5 Oktober 2011, JAASP telah mengadu kepada Vale terhadap Kontraktornya melanggar undang-undang - memasuki & meletakkan kenderaan berat ke kawasan perumahan  Taman Seri Manjung, Fasa 1A. Baca aduan dan laporan di Lori Kontraktor Projek Teluk Rubiah Gugat Ketenteraman Penduduk! (klik)

 Laluan yang direstui MPM, ia bukan laluan yang dijanjikan oleh VALE utk laluan pembinaan.

Banner yang dipasang oleh penduduk Kg. Dato's Seri Kamaruddin

Semasa penerangan di dalam Dialog Vale bersama NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Aktivis Team Save Teluk Rubiah (Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak) yang turut disertai oleh Wartawan Free Malaysia Today (FMT) pada 5 Okt 2011 (Klik: Dialog Vale vs Aktivis Alam), Vale berjanji tidak akan mengganggu ketenteraman dengan menggunakan laluan alternatif yang jauh dari perumahan.

 Pembentangan laluan alternatif kerja pembinaan Vale dalam sesi Dialog

Pada bulan Februari lalu, aktivis JAASP mengadu laluan di tempat perumahan penduduk tempatan dan Sekolah kepada Pegawai Hubungan Sosial Vale Cik Rafidah. Alasan yang diberi adalah MPM tidak meluluskan lagi laluan alternatif tersebut, ia bukan kesalahan Vale.

Dari alasan itu, JAASP menyatakan sekiranya MPM tidak meluluskan laluan tersebut Vale sepatutnya tidak boleh memulakan lagi kerja-kerja pembinaan sehinggalah MPM meluluskan laluan itu. Malah sebelum ini, laluan dihadapan Sekolah Kebangsaan Seri Manjung, Hospital Seri Manjung & laluan diantara KDSK - Fasa 3A, Seri Manjung telah menerima kesan jalan beralun dan rosak.

Oleh yang demikian, JAASP tidak yakin sepenuhnya dengan kata-kata manis Vale untuk menjaga Alam Sekitar Teluk Rubiah ketika pengoperasiannya nanti, ini kerana perkara seperti ini diperingkat awal lagi telah pun berlaku pelanggaran janjinya.

Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah (JAASP) yang diadakan pada 31 Mac 2012

"Dimanakah janji-janji mereka ketika sesi dialog bersama aktivis sebelum melaksanakan kerja pembinaan? Hal ini ternyata penduduk tidak boleh mempercayai kata-kata Vale. Kita gusar dan ragu terhadap Vale apabila pengoperasian kilangnya terhadap alam sekitar yang dijangka bermula pada tahun 2014. Vale harus menghentikan operasi pembinaannya buat sementara waktu hingga kelulusan laluan sebenar diluluskan", kata Penyelaras Himpunan Selamatkan Teluk Rubiah yang diadakan pada 31 Mac yang lalu.

 Ini laporan versi Sinar Harian:-
LUMUT - “Cari sahaja laluan alternatif lain, kami sudah tak tahan dengar bunyi bising dan masalah rumah retak,” luah seorang penduduk Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK), Ahmad Lotfi Tarmiji, 49.

Menurutnya, kenderaan berat ternasuk lori yang menggunakan laluan di hadapan rumah penduduk sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang selesa dan mengganggu urusan harian.

“Setiap hari lori-lori dengan membawa muatan berat menggunakan laluan di rumah kami sehingga berlaku bergegar.

“Malah banyak harta benda rosak, termasuk dinding rumah retak,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, lori itu menggunakan laluan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Seri Kamaruddin ke simpang Klinik Desa Kampung Datuk Seri Kamaruddin menuju ke projek pembangunan di Teluk Rubiah. Lori berkenaan mula beroperasi dari jam 7.30 pagi dan berlarutan sehingga ke petang malahan ada sebilangan lori yang beroperasi 24 jam.

Ahmad Lotfi sendiri mengakui keadaan rumahnya kini turut retak sejak dua bulan lalu, malah sambungan paip rumahnya juga tercabut akibat gegaran yang kuat.

“Tanda amaran memperlahankan kenderaan sudah diletakkan oleh penduduk sebelum ini, malangnya tidak diendahkan,” katanya.

Katanya, kenderaan berat yang sering lalu-lalang turut mengundang risiko keselamatan kepada pelajar sekolah.

“Jalan alternatif perlu disiapkan segera supaya lori-lori ini tidak lagi menggunakan laluan hadapan rumah kami.

“Diharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Nor Azizah Shafie, 49, berkata, dia sekeluarga tidak tahan dengan keadaan gegaran kuat daripada lori itu.

“Saudara-mara pernah berkunjung ke rumah dan merasai sendiri gegaran itu namun ternyata mereka tidak tidak selesa dengan keadaan bunyi bising ini.

“Bayangkan kami yang menetap di sini. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan pihak berkenaan tidak lagi menggunakan laluan ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 13 rumah terlibat dengan masalah itu dan penduduk terpaksa menanggung akibat kesan daripada pergerakan lori-lori berkenaan.

3 comments:

Anonymous said...

Ala....korg bodo la..mcm shit...ko tau x vale dh buat bypass road....korg nk slhkn vale...knpe x bisg sgt pd tnbj...sbb tnbj tu kerajaan punye korg tau x..nti sume org kdsk mati sbb cancer....korg kena argue bnda ni pd sapa yg meluluskn bnda ni dan projek ni..jgn ckp mcm shit.BODO!!..

Anonymous said...

Itu korg nk argue sbb kne kt korg....sbb...lori..lalu lintas....10 taun akn dtg jgn tnye knape mjg rami yg menghidapi cancer..tngu jela...menyalak pon x gne da..cme bole menangis je.

Anonymous said...

Kita bakar lori yang lalu. Macam lori bauksit kuantan