Perihal Zambry Kadir VS Belia Masjid Manjung (Politik 1st, Agama 2nd) - Part 2

 
Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung adalah satu-satunya Persatuan Belia Masjid berdaftar di negeri Perak.

Sebelum isu ini, bertahun yang lalu bekas Imam Masjid Daerah Manjung juga pernah menjadi mangsa politik UMNO, aku selitkan kembali cerita kisah Imam iaitu Ustaz Huri Alias. Ustaz ni kalau khutbah semua orang mata segar, yang ngantuk tak jadi lelap, aku tak tahu samada dia baca teks atau dia olah ikut caranya. Tapi kalau dengar pun boleh tahu dia abaikan teks yg disediakan, dia banyak sentuh kelalaian kerajaan dan pengamatan realiti kehidupan manusia hari ini. Pergh! pedas bro! Pakcik-pakcik yang totok pun tercengang mendengarnya.
Ustaz Huri Alias

Kerana tercengangnya totok itu, macam biasa Ustaz ni kena tukar ke pendalaman. Tapi depa silap besar, habis pendalaman juga tahu ditarbiyahkan, pengaruh ustaz ni menjadi sebutan. Aku dapat tahu dia juga ditukar ke tempat lain, dan kini jadi Imam Masjid Jalan Hospital Ipoh. Sabar je la Ustaz! Aku juga pernah ikut dia pergi jamming, layan beb! Skang dah semakin popular tapi bukan 'glamour' yg dicari sebab aku kenal dia, humble dan terbuka.

Semalam ada jemaah masjid bagitau aku, orang2 tua yg totok umno di masjid Daerah Manjung juga menganggap belia masjid tak wujud. Woit! sijil kelulusan belia pun dah keluar terbentang, lagi tak mahu akui ke?! Sian la budak-budak tu, esok korang takde depa yg akan teruskan mengimarahkan masjid ni dan mereka buat program utk orang muda ke masjid bukan ajak berpolitik! Bab ni pun aku peringatkan kat orang PAS, jangankan sebab politik korang abaikan depa ni. Tapi aku tahu program yg depa anjurkan hari tu, ramai org PAS yg turun termasuklah dari ABIM, AADK dan UiTM Perak.
Pameran UiTM Perak

Berbalik kpd isu program belia masjid manjung, aku cuba buat kronologi kejadian sebenar. Jika ada kesilapan, aku minta mat-mat belia masjid manjung perbetulkan dan jika ada ugutan atau apa desakan, korang jangan takut. Kerja baik tak perlu takut tambahan korang ada fakta dari aku yang cuma dapat dari sumber dalaman yg turut tak puashati dengan karenah Umno Lumut. Dan aku juga simpati Pegawai kerajaan di jabatan belia Manjung yang pada awalnya menyokong belia-belia masjid ini tapi pada akhir2 ini dia seolah tertekan dr pihak atasan, dan aku dengar khabar dia akan kena tempias, silap hari bulan dia kena tukar ke ceruk pendalaman mcmana bekas Imam masjid kena. Nasib lu lah bro!
 
Pameran AADK
 
Penceramah Jemputan

Kronologi program yang mendapat halangan:-
Oktober 2011
- Mohon Pendaftaran Persatuan Belia Masjid Daerah Manjung. (PBMDM)
Februari 2012 
- Sijil kelulusan dikeluarkan
Mac 2012 
- Sijil diterima oleh PBMDM & mesyuarat dijalankan utk acara perasmian
April 2012 
- Awalnya dicadangkan utk perasmian tapi sebab kertaskerja masih dlm proses ditunda
May 2012 
- awal may menyampaikan kertaskerja program, jadual acara, penceramah dan bajet kpd Ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha dan turut disampaikan direct kpd MB Zambry Kadir ketika Pesta Laut Pangkor 3 May. Zambry bersetuju secara 'percakapan'diadakan pada tarikh cadangan 26 May namun peruntukan yg dikemuka tidak dipersetujui kerana terlalu tinggi, PBMDM setuju utk kaji balik kos program. Pejabat Belia juga maklumkan bajet dari MB pun problem dalam pertimbangan dr kerajaan negeri, juga diperingatkan segala sponsor berpihak kpd kepimpinan semasa dan teguran bermula dimana jika menjemput penceramah 'orang sebelah' (Ustaz Akhil Khai) ibarat support pihak parti pembangkang dan dianggap isu beasr. Sehingga 21 May tiada sebarang maklumbalas dari Pejabat MB & rujuk Pejabat Belia dimaklumkan 26 May adalah Hari Himpunan Belia di Putrajaya (membabitkan persembahan K-POP) dan dinasihatkan postpone sebab Zambry tak mungkin hadir. 24 May PBMDM buat keputusan postpone ke 30 Jun dan memaklumkan sekali lagi ke Pejabat MB dan dipersetujui tarikh cadangan itu. Pejabat Belia menyatakan Cikgu Rashidi orang kanan Zambry dah maklum pasal perubahan penceramah dan tarikh tapi bajet belum diputuskan. Maka PBMDM mula menempah Banner promosi Karnival & Perasmian PBMDM bertarikh 30 Jun dan membuat jemputan rasmi.

Tak habis lagi.... banner dah tempah, pelbagai agensi kerajaan yg terbabit juga dah setuju walaupun bertukar tarikh. Bermulalah sekatan & dan macam karenah birokrasi yg dihadapi PBMDM. Aku akan dedahkan perbincangan antara Pejabat belia & orang kanan zambry iaitu Cikgu Rashidi yang memaksa PBMDM menukar penceramah dan pebagai desakan seperti segala peralatan yg diperlukan mesti diberikan kpd orang-orang umno dan pelbagai sekatan dgn mengharamkan jemputan kpd orang2 pas serta DS Nizar termasuklah tidak boleh menerima sebarang sumbangan dr ADUN Pasir Panjang.

Aku tak tahu samada Cikgu Rashidi ni bercakap atas keputusannya sendiri mengikut perkiraan akal politiknya tapi yg jelas dia pegawai yg bekerja dgn Zambry. Dan apa yg diucapkan berdasarkan keputusan dari zambry sendiri. Cuma sahabat aku di Pasir Panjang Laut yang juga pemuda umno cawangan sana kata dia ckp tak serupa bikin, salah satu isu yg dia duk kecoh kat kampung perihal Non Muslim masuk masjid (isu adun selangor masuk surau) walhal kata depa dia 'deal' dgn mamat india mana entah pun dalam masjid! Lepas tu nak panggil pemuda mesyuarat siap tipu org muda kampung kata meeting pasal bola walhal nak meeting umno, kalau ckp meeting umno mampuih org muda tak dtg! wakakaaaaaaa............ licik sungguh game dia, patutlah zambry angkat dia ni, bijak menipu! sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga beb!

Bersambung................

No comments: