UMNO GUNA PDRM GALI LUBANG KUBURNYA @ PERAK


Di Penanti, Ketua Polis Pulau Pinang semalam mengakui keadaan lebih aman dengan ketidakhadiran BN. TERBUKTI! BN lah yang menghuru-harakan keadaan2 sebelum ini. Arahan mereka kepada PDRM menjadikan kredibiliti PDRM itu amat hina sekali. Arahan ini juga sebenarnya menjadi barah kepada BN terutamanya UMNO.
Tindakan mereka bukan sahaja menjatuhkan imej PDRM tapi ibarat menggali lubang kubur mereka sendiri. Lagi lu hentam, lagi 'tenggelam' UMNO itu sendiri. Ibarat kata Tuan Guru Nik Aziz terhadap kemelut di Perak, " Skang ni Zambry tak mahu masuk lubang kubur yang Nizar(rakyat) gali tapi dia nok masuk hat dia gali sendiri". Ketika ini, Om rasakan 'kontraktor2' yang dilantik Zambry untuk menggali lubang kuburnya itu akan melewat-lewatkan kerja penggalian atau sedaya upaya menutup lubang kubur yang digali oleh rakyat. Namun lewat macamanapun, ajal di tangan tuhan. Siap tak siap itu hanya perancangan manusia.
Sedar atau tidak dengan bantuan PDRM yang mengikut arahan UMNO, sebenarnya ia membunuh UMNO itu sendiri. Kesian plak kat PDRM tambahan orang2 bawahan yang hanya menurut perintah. Yang menjadikan suasana amarah kerana arahan itu mangsanya adalah rakyat yang menjanakan gaji-gaji PDRM. Arahan ini tak mengenal sesiapa, tapi tentunya tidak kepada puak2 BN/UMNO. Jika sebelum ini Perak di bawah pemerintahan PR, BN atau UMNO nak buat perhimpunan atau demo takde pun pak polisi yang mengamuk, rakyat bebas nak buat jamuan makan ke atau jamuan tak larat makan.
Seorang Polis bapa kepada kawan OM pernah menasihati agar tidak menyertai PDRM tanpa bagi sebab2nya, kini OM mengerti sebab2nya nasihat 15 tahun yang lalu itu. OM juga terkenang kembali zaman DR. M yang menggunakan PDRM semasa kebangkitan reformasi di KL bagaimana terkenanya bahang 'sawan' FRU dgn kepulan asap memedihkan mata dan tekak, serta semburan air 'sirap hijau'. Akibatnya, BN/UMNO semakin pupus. Kini, perjalanan 'arahan' ini kembali bagi membantu kemusnahan BN/UMNO. Generasi seterusnya akan memusuhi UMNO dengan perbuatan mereka sendiri.

No comments:

My POST